Bab 2

1.7K 49 8
                                    

"PASTIKAN kondo aku siap sebelum hujung minggu ni. Kau tahu kan aku tak suka duduk hotel lama-lama. Kalau tak siap juga, aku saman kau. Buat lantai pun sampai dua bulan." Khalis geram. Kalau tidak dikenangkan sepupu sendiri, sudah lama dia saman Darien. Sibuk minta job. Tapi kerja senang pun makan masa nak siap. 

"Maaf." Seorang gadis melanggar bahunya. Khalis menoleh sekilas. Gadis itu terburu-buru melepasinya. Khalis tidak ambil kisah. Perkara tidak disengajakan pun. 

"Kau dengar baik-baik. Aku nak balik kondo aku hujung minggu ni. Hujung minggu ni! Faham tak???" Khalis memutuskan panggilan. Boleh gila dibuatnya kalau terpaksa tinggal di hotel lama-lama. Tinggal di rumah papa memang kirim salam ajelah. 

Khalis menyimpan telefon dalam poket. Lebih baik dia lupakan soal Darien. Sekarang dia perlu membersihkan dirinya. Dia mahu berendam dalam tab mandi sepuas-puasnya. Sesi mesyuarat yang panjang hari ini membuatkan dia berasa teramat letih. Lepas mandi, dia mahu terus tidur. Besok pagi dia ada urusan di Klang. Cuti pun tak serupa cuti. Banyak sangat urusan. Sabtu pun dah macam hari Isnin. 

Khalis menekan butang lif ke tingkat 5. Dia berseorangan dalam lif. Terasa hidupnya begitu sunyi. Tiada kawan untuk berborak dan meluahkan perasaan. Hanya ada Umie Farihah, pembantu peribadinya. Itu pun berborak cuma soal kerja. Jarang berborak soal peribadi. Tapi dia rasa bahagia begini. Dia tidak perlu sakitkan hati sesiapa atau rasa sakit hati. Pintu lif terbuka di tingkat lima. Tiba-tiba perutnya memulas. Dia rasa tak tahan mahu membuang air besar. Khalis melajukan langkah. Biliknya bernombor 518. Tiba di hadapan bilik, dia tercari-cari kad akses pintu. Tak jumpa. Diseluk poket kot. Tak ada. Dicari di dalam beg bimbit, pun tak ada. 

"Kenapa waktu ni juga kad akses ni nak hilang. Dahlah sakit perut." Khalis menyelongkar poket seluarnya. Setelah puas meraba-raba, dia menarik sekeping kad yang terselit pada buku notanya. Dalam tergesa-gesa, dia tidak perasan buku notanya jatuh ke lantai. Dia terus sahaja meluru masuk sebaik sahaja pintu terbuka. Beg bimbitnya dicampakkan ke atas katil lalu terus ke tujuan utamanya untuk ke tandas. 

"Diaorang bagi makan apa ni? Memulas sangat perut ni," omel Khalis setelah keluar dari tandas. Entah apa yang dia makan semasa jamuan petang tadi, sampai perutnya memulas semacam. Mujurlah tidak berlarutan. Tuala dicapai. Pakaiannya ditanggalkan satu per satu hingga akhirnya dia hanya bertuala separas pinggang. Baju dan seluar dibiarkan bersepah di atas katil. Sekarang masa untuk berendam!

"CIK NAK saya panggilkan teksi ke?" seorang lelaki menegur. 

Suhaila menoleh. Daripada pakaian seragam yang dipakai, lelaki itu pasti pekerja hotel. Suhaila menggeleng. Rasanya dia patut pulang ke bilik dan memikirkan apa langkah yang perlu dibuat untuk mengatur kembali hidupnya. Karlisa sudah jadi orang asing. Tidak mungkin dia akan tinggal serumah dengan Karlisa lagi selepas ini. 

Suhaila melangkah melepasi lobi menuju ke lif. Dia harus lupakan semuanya. Saiful dan Karlisa sudah sah sebagai suami isteri. Dia hanya akan jadi orang ketiga. 

Pintu lif terbuka di tingkat lima. Suhaila keluar dari perut lif. Nampaknya hanya dia seorang turun di tingkat lima. Langkah Suhaila terhenti. Air matanya gugur lagi. Dia rasa tidak sanggup kembali ke biliknya. Enam bulan lalu, dia membayangkan di bilik itu dia dihias dan didandan cantik pada hari bahagianya. Sekarang semuanya hanya tinggal mimpi. 

Kenapa Karlisa sanggup menikamnya dari belakang? Kalau Karlisa berterus terang dari awal, dia sanggup putuskan perhubungannya dengan Saiful. Apa yang Karlisa buat sekarang bukan setakat menghancurkan hidupnya, tapi seakan membunuh dirinya perlahan-lahan. Mungkin dia masih boleh bertahan jika Saiful bersanding dengan perempuan lain. Tapi, Saiful bersanding dengan Karlisa. Karlisa sahabat baiknya. Sahabat yang sudah dianggap saudara. 

"Ya Allah... tabahkanlah hatiku." Suhaila memasukkan kad akses ke dalam slot dan terus menolak pintu bilik. Kakinya tertendang sebuah buku nota yang berada di kaki pintu. Tanpa mengendahkannya, dia terus masuk.

Sebaik sahaja pintu tertutup, dia terduduk dan terus menghamburkan tangis di belakang pintu itu. Dia meraung sendirian. Tiada lagi bahu Karlisa untuk dia tumpahkan tangis. Tiada lagi Karlisa untuk mendengar masalahnya. Dia menangis kerana Karlisa. Adakah selama ini persahabatan mereka tidak bermakna? Suka, duka, tangis dan tawa bersama hanyalah sandiwara Karlisa!

KHALIS RASA tenang berendam di dalam bathtub. Hilang semua masalah yang terbeban di kepalanya. Kalau berada di rumahnya, lagi seronok dia berendam dalam jakuzi. Tiba-tiba ketenangannya terganggu. Kenapa dia seakan-akan terdengar suara orang menangis? Apa yang menghairankan, suara itu seakan-akan dekat saja. 

Takkan ada orang masuk biliknya? Siapa pula nak kenakan dia? Khalis keluar dari bathtub. Tuala diambil untuk menutupi sebahagian tubuhnya. 

 Sementara itu, Suhaila yang terduduk menangis sejak tadi bangun dan bersandar pada pintu bilik air yang berdekatan dengan pintu masuk bilik. Dia mengesat air mata. Cukuplah setakat ini dia bersedih untuk kedua-dua makhluk yang mengkhianatinya. Dia tidak akan goyah hanya kerana Karlisa merampas orang yang dia sayang. 

Telefon dikeluarkan untuk menghubungi seseorang. Tiba-tiba pintu bilik air terbuka menyebabkan Suhaila terdorong ke belakang. Keseimbangan tubuh tidak dapat dikawal. Telefon di tangan tercampak. Mungkin jatuh ke dalam bathtub yang penuh dengan air. Dalam hati, dia hanya mampu membayangkan tubuhnya bakal terasa sakit kerana tergelincir ke lantai. 

Terasa ada tangan menahannya daripada jatuh, mata yang terpejam dibuka perlahan-lahan. Suhaila terasa badannya ditarik ke dalam pelukan seseorang. Mata dipejamkan semula, tidak berani bertentang mata dengan entah siapa. 

Hidungnya terbau haruman yang sangat maskulin. Dia khayal seketika dek haruman itu. Tangannya tersentuh sesuatu yang sejuk. Saat matanya dibuka semula, Suhaila terkejut apabila melihat tangan sendiri sedang merayap di dada bidang seorang lelaki. Tidak berkelip mata Suhaila melihat wajah itu. 

'Handsomenya dia... mata tajam ibarat mata helang. Rambut panjang dan lurus. Nampak menarik dalam keadaan basah. Pipi berlekuk di kedua-dua belah.' 

"Kau siapa? Macam mana boleh masuk bilik aku???" Suhaila dan Khalis bersuara serentak. Mereka berdua kebingungan. 

Tiba-tiba wajah bingung Khalis bertukar girang. Senyuman nakal terpamer di bibir. Di sebalik bingung, Suhaila pula seakan terpukau. 

"Bagus juga ada orang menyerah diri macam ni. Tak payahlah aku nak cari lagi." Khalis tersenyum girang sambil memperkemaskan pelukannya terhadap Suhaila. Bukan selalu perempuan datang menyerah begini. 

Suhaila tergamam. Baru dia sedar mereka berdua orang asing. Tidak seharusnya dia hanyut dibuai bisikan syaitan. Dia berusaha untuk melepaskan diri. Namun sempat juga bibir lelaki itu singgah di pipinya. 

Suhaila panik dan terus menendang keting Khalis. 

"Aduh!" 

 Kesempatan itu Suhaila ambil untuk lari keluar. Dia berjaya membuka pintu, namun tubuhnya ditarik masuk sehingga dia berada semula di dalam pelukan lelaki yang entah siapa itu. Pintu yang sudah terbuka ternganga luas. 

"Assalamualaikum." Kelihatan empat orang lelaki berdiri di luar. 

Suhaila tergamam. Kenapa hari ini nasibnya begitu malang? Dia meraung dalam hati. Dia ditangkap sedang berada dalam pelukan lelaki asing. 

"Kamu ni Aiman, kalau tak memalukan papa, tak boleh ke? Papa kecewa dengan kamu." Seorang lelaki berusia menyelit antara empat lelaki tadi. 

"Papa..." Khalis melepaskan Suhaila. Lelaki yang dipanggil papa tadi kelihatan sangat marah. Suhaila diserang rasa takut. Apa pula yang akan terjadi selepas ini? Bagaimanakah nasibnya sekarang?

 "Papa, perempuan ni orang gaji tu yang hantar. Dia saja nak perangkap Ai." 

"Kamu sendiri yang bawa perempuan masuk bilik, kenapa mak cik kamu yang salah? Papa nak kamu dengan perempuan ni menikah malam ni juga!" 

Seakan seketul batu besar menghempap kepala Suhaila. Dugaan apakah lagi yang perlu dilaluinya? Kenapa dia harus jadi isteri kepada lelaki itu? Apakah lagi ujian yang harus dia terima hari ini? Tidak sampai sejam dia habis menangis kerana Saiful, kini dia terpaksa menikah dengan orang yang tidak dikenalinya pula

Bibik MileniumWhere stories live. Discover now