Jam di dinding bili nani menunjukkan pukul 10:15 minit malam . Nani masih lagi memegang pen ditangan tanda mengulang kaji ,papanya sudah awal lagi keluar bagi menyelesaikan kes terbaharunya ,nani sudah biasa ditinggalkan bersama orang gaji rumahnya kerana menjadi tanggungjawab makcik salmah untuk menyediakan segalanya buat nani dan ayahnya di rumah.
Selang beberapa minit ,telefon di atas meja berdering , terpapar di skrin telefon tertera nama " papa" .nani membuka mesej tersebut yang bertulis " pada hari esok kamu tidak perlu hadir ke sekolah kerana papa sudah membuat keputusan untuk memindahkan kamu ke sekolah yang lebih baik,ini demi kebaikan kamu dan nama keluarga kita". Nani segera menekan papan kekunci telefon bimbitnya untuk membalas mesej " kenapa pulak" .Bapanya membalas " ini demi kebaikan kau ! Aku taknak air muka aku jatuh ".nani hanya membalas " ok " untuk mengakhiri perbualan.
Keesokan harinya , disekolah nani memberitahu syuhada bahawa dia akan berpindah ke sekolah baharu .Syuhada hanya memberikan senyuman tawar kepada nani , kerana dia akan kehilangan rakan baiknya sendiri . Nani juga berasa berat hati ingin meninggalkan syuhada bersendirian di sekolah ,mahu sahaja dia membawa syuhada bersama tetapi jika dia boleh buat begitu sudah lama dia buat .
Hari terakhirnya di sekolah lama , nani ingin mengucapkan terima kasih kepada guru dan rakan rakannya kerana banyak membantunya dalam pelajaran .Dalam masa yang sama juga dia perlu mengucapkan terima kasih kepada fiqry kerana telah membayarkan air untuknya .Nani segera berlari ke kelas hujung untuk mendapatkan fiqry " assalamualaikum cikgu ,boleh saya berjumpa dengan fiqry sebentar ". Fiqry terkedu seketika siapakah gerangan tuan puteri yang ingin berjumpanya ? Tanpa berlengah fiqry bingkas bangun dari tempat duduknya untuk ke luar kelas . " eh awak rupanya ,ada apa ?" Tanya fiqry . Nani menjawab " saya nak ucapkan terima kasih sebab belanja saya air " . " oh itu je ke , kenapa tak jumpa esok kenapa perlu harini ?" . Nani menjawab " saya perlu pindah le sekolah lain ". Fiqry terkedu seketika , hancur hati fiqry tidak dapat dibayangkan oleh orang lain , " oh kalau begitu boleh bagi nombor telefon awak pada saya , manalah tahu nanti saya rindu awak ke ?" Riak wajah nani bak buah strawberry .muka nani kemerah merahan menahan malu ." Nah , kalau takda apa apa lagi saya mintak diri dulu " , fiqry menjawab " okey jaga diri elok elok ye sayang " kata kata tersebut membuatkan hati nani berbunga dengan hanya perkataan " sayang " yang keluar oleh mulut fiqry.