Jam ditangan nani menunjukkan pukul 6:30 pagi ,awal lagi nani sudah bersiap dan selesai menunaikan solat subuh , pada hari pertama persekolahan di sekolah baru nani tidak mahu lambat kerana setiap perlakuan disiplin nya akan sentiasa diawasi oleh bapanya.
Bunyi enjin kenderaan memecah kesunyian di pagar sekolah .Setibanya nani di pintu utama sekolah,nani terus menuju ke kelasnya dia tingkat tiga sekolah kebangsaan sri bangsar .Kedatangan nani disambut oleh rakan rakan semejanya iaitu Ifa dan Farahana .nani hanya tersenyum lega melihat rakannya , sebelum dia membiasakan dirk di sekolah baharu.
Pada waktu rehat , ketika berjalan menuju ke kantin , salah seorang dari ketua The Wannababes dan seorang ahli bernama maya dan nadhirah terlanggar badan nani .Nani terjatuh tersungkur akibat perbuatan mereka ." Hoi ! Buta ke mata letak kat mana , kat lutut ke ? Wait a minute , kau pelajar baru ke ,oh by the way im maya and this is my bff nadhirah " nadhirah berkata " eww ape ni babe kenapa you kenalkan i dengan budak jijik ni , jatuh privacy i nanti " . The wannababes adalah kumpulan yang paling ditakuti oleh setiap pelajar kerana kekasaran mereka , mereka adalah pembuli dan ahli cheerleaders sekolah .nani hanya tersenyum dan meminta maaf kepada mereka .