Khairana yang sedang berbual rancak bersama Adwa terdiam apabila Fateh tiba-tiba muncul di hadapan pintu kelas mereka.Khairana dan Fateh saling berpandangan buat seketika sebelum Fateh bertindak mengalihkan wajahnya.
"Ya,Fateh?Awak nak jumpa siapa?" Soal Cikgu Ikhwan.Fateh berjalan menghampiri meja Cikgu Ikhwan untuk memberitahu hasratnya.
Khairana hanya memerhati tindak tanduk Fateh sehinggalah jejaka itu keluar daripada kelasnya.Adwa yang melihat Khairana senyap daripada tadi menyiku lengan gadis itu.
"Kau kenapa Ana?" Soal Adwa risau. Khairana menggeleng.
"Oh ye..Kau ada dengar cerita tak pasal anak pengetua?" Soal Adwa lagi. Khairana menggeleng kepala.
"Aku dengar, dia nak pindah sekolah tahun ni" ujar Adwa memulakan cerita.
"So?Apa kena mengena dengan aku? Biar jelah dia nak pindah pun"balas Khairana dingin.
" Tak adalah..Kau tak pelik ke?Dia kan dah form 5,buat apa dia nak pindah-pindah bagai?Tahun last kot.."
Khairana meraup wajahnya beberapa kali.
"Urmm..Adwa.Kau kenal tak Fateh?" Soal Khairana separuh berbisik. Adwa mengerutkan dahinya.
"Fateh?Fateh mana ek?" Soal Adwa sambil menggaru keningnya yang tidak gatal.
"Alah..Fateh yang baru masuk tadi tu.." Jelas Khairana.Adwa berjeda seketika.
"Yang baru masuk tadi?Kau kenal Fateh tu?!" Soal Adwa sedikit menjerit.Khairana tayang muka seposen.
"Habistu,kalau aku tak kenal,macam mana aku tau nama dia??" Ujar Khairana sedikit geram.Adwa ketawa malu.
"Haah kan?Tapi,macam mana kau boleh kenal dia tu?Korang berdua rapat ke?" Soal Adwa bertubi-tubi.
"Entahla..Kitaorang tak adalah rapat sangat.Kenal gitu-gitu je.Kenapa?" Soal Khairana aneh.
"Kau tau tak Fateh tu siapa?"
"Tau..Jiran aku.Dia sebaya dengan kita semua.Kenapa? Kau kenal dia jugak ke?Atau dia tu boyfriend kau?!Weyhh..Sorryla.Aku tak ada niat pun nak rampas boyfriend kau.Weyh.. Maaf lah.Aku tak tau"Khairana memohon maaf.
PAPP!!
Adwa menampar lembut lengan Khairana.
" Kau apahal nak tampar-tampar aku?!"marah Khairana.
"Ana!Kenapa kau ni lembap sangat?!" Marah Adwa.Suaranya mulai naik seoktaf. Khairana terkebil-kebil memandang Adwa.
"Wey..Aku tau lah kau marah aku rapat dengan boyfriend kau.Tapi, janganlah cakap aku lembap.Terasa aku!" Omel Khairana.Adwa menjegilkan matanya.
"Kalau kau nak tau,Fateh tu lah anak pengetua!!!!" Jelas Adwa dengan suara yang tertahan-tahan.Khairana berjeda seketika.Cuba untuk mentafsir maklumat yang diberikan Adwa itu.
"Fateh?Jiran aku?Anak pengetua?Ketua Murid? Kau biar betul??Aku tak percaya lah" Khairana menggeleng.
Adwa menghembus nafas lemah. Susah nak bercakap dengan Khairana ini.Dia perlukan bukti dahulu baru dia boleh percaya barangkali.
"Kau ikut aku balik ni.Nanti aku tunjuk sesuatu dekat kau" ujar Adwa diikuti anggukan Khairana.
KRINGGG!!!!
Loceng berbunyi menandakan sesi persekolahan tamat.Seperti yang dijanjikan,Adwa membawa Khairana ke suatu kawasan.
"Eh?Ini bilik pengetua.Kau nak buat apa dekat sini?Kau nak menceroboh ek?"tempelak Khairana.
YOU ARE READING
ABANG PHOTOGRAPHER
RomanceMuhammad Fateh..seorang yang bijak dan kaya.Mempunyai daya tarikannya yang tersendiri. Amat dikenali dengan sikapnya yang periang.Sering dipuji oleh orang sekeliling atas kepandaiannya.Ramai juga yang mengambil kesempatan terhadap kekayaan keluargan...