"Fateh?"
Hampir gugur jantung Fateh apabila melihat gerangan yang menyebut namanya itu.Ya Allah..Rindunya aku dengan suara tu.
"Ana kenal Fateh?"soal Farhan apabila suasana tiba-tiba menjadi sepi. Khairana tersentak.Dia pantas menggeleng kepala.
"Aaa..T tak.Saya-"belum sempat Khairana menghabiskan ayatnya,Fateh pantas mencelah.
"Kami tak kenal pun abang Farhan. Jumpa pon tak pernah.Mungkin Cik ni tengok nama dekat baju Fateh kot. Kan? Betul tak?"soal Fateh.Khairana terkedu.Sedikit sebanyak dia terasa dengan kata-kata Fateh itu.
"Aaa...Haah.Betullah tu.Sa saya tengok nama dekat baju"bohong Khairana. Dia mengetap bibirnya.
"Ohh..Saya ingatkan awak dah kenal.By the way,ini adik sepupu saya,Fateh.Fateh,kenalkan ini Ana.Girl yang abang cerita semalam"ujar Farhan tanpa menghidu suasana tegang antara mereka berdua.
Fateh memandang Khairana sambil tersenyum.
"Selamat berkenalan,Cik Ana"ucap Fateh.Khairana mengangguk.
"Selamat berkenalan..Err.. Berboraklah dulu.Saya nak pergi bilik air sekejap"pamit Khairana.Dia kemudiannya melangkah pergi dari situ.Fateh hanya melihat dengan anak matanya.
"Fateh.Duduklah dulu"pelawa Farhan. Fateh hanya menurut.
Khairana berlari masuk ke dalam bilik air.Tanpa dapat ditahan lagi,air matanya jatuh berguguran.Dia jatuh terduduk melepaskan kesakitan yang dirasainya.
"Fateh..Aku sakit,Fateh.Kenapa kau buat aku macam ni?Kau buat aku sedih..Aku tunggu kau selama ni.Tapi, aku tak sangka.."
TOK!TOK!TOKK!
Pintu bilik air diketuk dari luar. Khairana mengesat air matanya.Dia kembali berdiri. Wajahnya yang sembap segera dibersihkan.Setelah memastikan wajahnya tiada kesan air mata,Khairana memulas tombol pintu bilik air.
Bagai nak terkeluar jantungnya apabila melihat wajah Fateh yang sedang merenungnya tajam.Khairana mengemam bibirnya.Dia cuba untuk tidak menitiskan air matanya di situ.
"Ehem!Err..Maaf.Saya nak keluar" ujar Khairana sambil melangkah keluar.Belum sempat kakinya melepasi kawasan itu,tiba-tiba tangannya digenggam kemas. Khairana berhenti melangkah.Ya Allah,ENGKAU kuatkanlah hati hambaMU ini..
"Ana"panggil Fateh senada.Khairana kaku.Wajahnya dipalingkan ke arah lain. Dia tidak mahu Fateh melihat dirinya ketika itu.Dia terlalu lemah.
"Ana"panggil Fateh lagi.Khairana memejamkan matanya seketika. Dia cuba untuk mengumpulkan kekuatan.
"Hmm"Khairana membalas.Nada suaranya cuba dikawal sebaik mungkin.
"Lupakan saya"pinta Fateh. Khairana kaku. Betulkah apa yang didengarinya itu tadi?Tak mungkin!
Khairana menggeleng perlahan. No,Ana!Jangan menangis!Kau kuat Ana!
"A apa encik cakap ni?"soal Khairana berpura-pura tidak faham.
"Ana,saya tau awak still ingat dekat saya.Tapi,saya minta sangat-sangat supaya awak lupakan saya.Saya dah kahwin.Saya dah ada family.Saya dah bahagia sekarang.Please.Jangan tunggu saya lagi"pinta Fateh.Dia melepaskan pegangannya lalu ingin melangkah pergi dari situ.Belum sempat Fateh berlalu,Khairana pantas menarik lengan baju Fateh.

YOU ARE READING
ABANG PHOTOGRAPHER
RomanceMuhammad Fateh..seorang yang bijak dan kaya.Mempunyai daya tarikannya yang tersendiri. Amat dikenali dengan sikapnya yang periang.Sering dipuji oleh orang sekeliling atas kepandaiannya.Ramai juga yang mengambil kesempatan terhadap kekayaan keluargan...