Khairana berpeluk tubuh sambil memerhatikan seseorang.Sebenarnya dua orang.Yes!Dua orang!
"Kau tengok apa tu?"soal Aira yang tiba-tiba muncul di situ.Khairana memuncungkan mulutnya ke arah sebuah meja.Aira mengikut arah yang ditunjukkan oleh gadis itu.Keningnya terjongket sebelah.
"Wow!Panas!Siapa perempuan tu?" Soal Aira sambil memerhatikan gadis yang duduk berhadapan dengan Fateh.
"Aku syak,tu isteri Fateh."Khairana serkap jarang.Matanya tajam merenung gadis yang sedang berbual bersama Fateh itu.
"Apa kata kau pergi tanya.Lagipun, korang berdua nak berbincang kan? Ha,pergilah"Aira pantas menolak tubuh Khairana tanpa mendengar ayat yang ingin diluahkan gadis itu. Khairana menjeling Aira bagai nak makan.Kau tunggu Aira..Kau buat aku macam ni.Sanggup kau ek..Malam ni aku gigit pipi kau!
Khairana mengambil nafas lalu dihela.Bajunya diperkemaskan lalu dia melangkah ke arah Fateh dengan yakin.Fateh yang sedang asyik berbual,berhenti bercakap apabila Khairana berdiri di sisi mejanya.
"Eh?Ha..Cik Ana.Silakan duduk"pelawa Fateh ramah. Khairana menarik kerusi yang berada di sebelah Fateh menjauh.Dia kemudiannya duduk di tengah-tengah mereka berdua.
"Cik Ana,saya perkenalkan ni Sarah. Sarah,ni Cik Ana.Owner kedai ni" Khairana dan Sarah berjabat tangan.
"Nice to meet you Cik Ana"ujar Sarah sambil tersenyum manis.Khairana mengangguk.Senyuman kecil diberikan.
"Okay,berbalik kepada tujuan kami datang ke sini.Company kami akan mengadakan event tak lama lagi.So, saya nak buat tempahan cupcake for pekerja and kek besar satu.Kami nak buat majlis ni meriah kali ni sempena nak meraikan pengerusi kami yang akan bersara tak lama lagi."terang Fateh.Khairana mengangguk faham. Mereka kemudiannya mula berbincang..
•#•#•#•#•#
Aira menerpa Khairana apabila gadis itu kembali semula.Lengan gadis itu dirangkulnya erat.
"Ha,macam mana?Perempuan tu isteri dia ke?"soal Aira tidak sabar. Khairana mengangkat bahunya.
"Entah"balas Khairana sepatah.
"Aik?Entah je jawapan kau?Takkan tak tau? Punya lama berborak,entah je jawapan kau?"soal Aira tidak puas hati.Mukanya berkerut-kerut tanda pelik.
"Yelah..Aku mana tau itu isteri dia ke bukan..Dia tak bagitahu pun.Dia just kenalkan yang perempuan tu namanya Sarah.That's all"terang Khairana.Aira menghela nafas kecewa.
"Kau tak tanya ke?Kan aku suruh tanya tadi"marah Aira.Khairana menggeleng kepala.
"Tak nak lah aku.Dia datang untuk bincang pasal kerja.Bukan datang untuk ditemu bual.Lagipun,seganlah aku.."dalih Khairana.Aira menggeleng kecil.
"Kalau macam gini gayanya,memang sampai bila-bila pun kita takkan tau" ujar Aira hampa.Dia kemudiannya berlalu dari situ.
Khairana memandang langkah rakannya itu pelik.Apahal minah tu? Sepatutnya aku yang sedih.Ni dia pulak yang emo.Fateh tu crush aku ke crush dia sekarang ni?Haih! Macam-macam..
YOU ARE READING
ABANG PHOTOGRAPHER
RomanceMuhammad Fateh..seorang yang bijak dan kaya.Mempunyai daya tarikannya yang tersendiri. Amat dikenali dengan sikapnya yang periang.Sering dipuji oleh orang sekeliling atas kepandaiannya.Ramai juga yang mengambil kesempatan terhadap kekayaan keluargan...