Helikopter hospital mula terbang ke udara menuju ke destinasi iaitu ke pohang . Dyo mendonggak memandang helikopter tersebut . Dia berharap agar noonanya selamat . Setelah 10 minit berlalu satu lagi helikopter datang .
" Korang naik helikopter tu . Mesti korang dah penat . Balik dan berehatlah . Thanks sebab dapat jayakan misi ni " Jaesuk mengarahkan mereka bertiga menaiki helikopter yang disediakan khas untuk mereka . Tanpa bantahan mereka naik dengan berhati² . Helikopter pon mula terbang di udara .
" Tak sangka noona betul² jadi zombie.....hmmm zombie berlemak " Dyo tersenyum lemah . Mengingati gurau senda dia pada jihyo . Tak sangka hanya kata² itu....menjadi kenyataan .
Pakkkkkk
Kepala dyo diketuk perlahan oleh jungkook . Adik kepada dyo . Dyo menoleh memandangnya . Apa masalah budak ni .
" Mulut kau lah masin sangat . Tengok noona dah jadi zombie berlemak " Kata jungkook cuba membuat lawak supaya tiada siapa yang bersedih . Kakaknya bukan mati . Dia cuma dijangkiti sahaja dan akan diselamatkan. Tapi....mengapa dikau menjadikan kakak mu sebagai bahan lawak wahai jungkook ?
" maaf wey . Kita kawan balik eh ? Aku tak nak tengok noona stress sebab kita selalu gaduh " kata dyo . Matanya memandang tepat ke dalam mata jungkook .
" pfft kids hahahahah kau mimpi apa hah ? Lepas kena virus tu kau jadi tak betul eh? Aduhhhh sian kau . Nanti aku bawak pergi rawat balik eh " Jungkook ketawa berdekah² . Sakit perutnya . Joongki yang mendengar kata² dyo tadi juga turut ketawa . Mimpi apalah budak ni .
" K fine . Aku series kau boleh ketawa ...teruskan lah ketawa . Joongki hyung pon ketawalah...dyo takmau restu hubungan hyung ngan noona " Dyo memuncungkan mulutnya seperti itik . Merajuk ! Tangannya disilang ke dada . Malas mahu melayan dua ekor manusia ni dari tadi tak berhenti gelak .
-Bersambung-
Maaf sikit
YOU ARE READING
(c) Kill The Zombie 2
AksiAku song jihyo . Aku dah lama berkhidmat dengan agensi army untuk memulihkan kembali korea dari wabak zombie . Aku mula menyertai agensi ni sejak aku mula² sampai di pohang . Tempat dimana satu²nya yang masih tiada wabak zombie . Aku cuba anggap mi...