8

4.1K 137 7
                                    

Adam menghembus nafasnya kasar apabila orang yang ditunggu masih lagi tidak sampai. Bilik khas untuk sesi kaunselingnya itu dipandang. Selang 2 minit, tombol pintu diketuk dan dibuka. Terpampang wajah cantik kaunselornya di muka pintu. Kaunselor itu duduk tanpa disuruh. Dia tersenyum menutup mata.

"Maaf ya. I lambat sikit hari ni. A lot of things to do nowadays." dia membebel sendiri.

"So are you trying to say that my things is not an important things to do miss Fauziah?" Adam memandang wanita itu namun dia tahu tidak sedikitpun wanita di hadapannya ini berasa gentar malah mungkin lebih bahaya dari dirinya.

"Of course you're important honey" sekilas gadis itu bangun sedikit dan menunduk membelai pipi Adam.

"Most important things that i can't solve until now..u know.." Fauziah duduk semula bersama senyuman di bibir.

"Anyway, i told you to call me fiffy. Not fauziah. Remember?" Adam tersengih melihat wanita di hadapannya ini. Kelakar melihat perangai manusia sekarang .

"How about i change it to ..dear? Is it alright to you?" kening Adam terangkat mengajukan soalan pada kaunselornya.

"Don't flirt me honey. Your dad gonna pissed off you know. After all.. I'm his." bibirnya yang ditacap gincu berwarna merah itu tersenyum lagi. Adam cuba tersenyum mendengar perkataan ayah itu muncul di telinganya. Tidak mahu menunjukkan kelemahannya.

"Oh come on dear, my old dad? Are sure you don't want the young one?" dia masih lagi ingin meneruskan permainan. Sesekali dia menggosok belakang tengkuknya .

"After you have all his wealth maybe." Fauziah sudah membuka briefcasenya mengeluarkan sebuah fail yang mengandungi identiti pesakitnya.

"Soon." selamba Adam berkata.

"How are you today Adam? Started our conversation with a flirt, doesn't seems like you have a mental illness today." Wanita itu menulis sesuatu dalam kertasnya.

"Bien. Very good. Very happy. So go and tell that old man I'm fine here and stop making my life such a disaster." suaranya sudah ditekankan sedikit namun riak wajah Fauziah masih tenang seperti biasa.

"Masih tak boleh lupa pasal mak you?" sengaja wanita ini memancing Adam.

"Kenapa dengan mak aku? Dia mak aku. Should i forget her?" Adam bertanya kembali kepada Fauziah. Rambut hitamnya diraup ke belakang sebelum memandang wanita itu tajam.

"Well..you know, you should forget about her, her case, her killing case..her killer.." wanita itu tersengih . Laju adam menghentak kuat meja yang menghubungkan antara dia dan Fauziah.

"Kau jangan berani - berani cakap pasal benda tu Fauziah! Je te tuerai!Berambus atau aku bunuh kau!" giginya diketap kuat. Menahan amarah yang kian membuak - buak. Wanita itu tertawa. Ikut sama berdiri dan melawan pandang Adam.

"Kau nak bunuh aku? Jentik aku pun kau takkan beranilah. Kau tu penakut. Selamanya penakut dengan bapak kau. Selamanya gila. Selamanya tak siuman. Selamanya hidup dalam bayangan pembunuhan mak kau!" serentak leher Fauziah digenggam kuat dan dihentakkan wanita itu ke dinding.

"Mati kau perempuan tak gunaa!!!" tidak tentu arah Fauziah cuba mencari nafas. Terbeliak matanya dan tangannya memegang tangan Adam cuba melepaskan cengkaman.

"Adam!! Lepaskan dia!" serentak dua orang pengawal masuk dan menarik Adam menjauhi Fauziah. Agar sukar untuk mereka walaupun Adam cuma seorang. Akhirnya cengkaman itu dapat dilepaskan. Terbatuk - batuk Fauziah menahan sakit di lehernya.

"You're dead Adam! Kau tunggu!" laju Fauziah menapak pergi dari situ bersama - sama pengawalnya. Adam menjerit bak kerasukan. Sakit hatinya masih belum hilang. Sungguh itu bukan kaunselor normal yang ingin memulihkannya namun kaunselor yang lagi cuba menjatuhkannya. Kaunselor dari nama sahaja. Fauziah inilah tali barut bapanya yang sering memberitahu informasi tentang dirinya sehingga ke hari ini.

"I swear all of you will be punish one day. One day." Adam terduduk di lantai bilik. Hanya menunduk dan mengusap wajahnya perlahan.

------------------------------------------------------
Laju Fauziah keluar dari rumah agam itu. Dia akui Adam merupakan seorang lelaki yang bahaya dan juga gila dek kerana tekanan yang dialaminya namun tidak pernah pula mencederakannya sepanjang mereka berinteraksi. Tak guna. Sudah semakin berani lagaknya anak kekasihnya ini. Sesampai sahaja ke kereta, dia terus mengeluarkan telefon dan cermin kecil di dalam begnya. Dia mengarahkan cermin pada lehernya. Merah dan semakin melebam. Sakit hatinya melihat kesan lebam ini. Dia memegang telefonnya dan mula mendail nombor Kamal.

"You! I'm nearly dead today. Guess what your beloved son do to me!" laju sahaja Fauziah ingin membuka cerita. Biar Adam terima padahnya.

"HE NEARLY KILL ME! Dia cekik I! Dia cakap dia tak takut dengan you and boleh bunuh you bila- bila je dia nak. I'm scared honey.." Fauziah menambah - nambah cerita untuk membuatkan kisahnya tampak lebih menarik.

"Seriously? Okey.. I'll be back as fast as I can okey honey? Wait me there.." perempuan itu meletakkan telefon ke tepi. Senyuman bahagianya muncul kembali. Jangan ingat kau boleh terlepas Adam .

------------------------------------------------------
Perlahan Anis turun dari tangga. Dia memerhati sekeliling. Tiada pula kelibat Adam menunggunya seperti sarapan pagi tadi. Dia memandang pula ke belakang, ke arah seorang pembantu rumah yang dipanggil kak Jina.

"Kak Jina, arh..encik Adam mana?" Anis hanya berdiri selepas turun dari tangga walaupun di pelawa duduk di sofa oleh Kak Jina.

"Kejap lagi dia datang. Anis duduk diam - diam di sini ya. Kak Jina nak ke belakang. " Anis menangguk faham. Apabila kelibat Kak Jina hilang dari pandangan, gadis itu mula berjalan ke pintu utama. Sesekali dia melihat ke kiri dan kanan kemudian ke belakang. Tiada orang. Perlahan dia membuka pintu utama yang besar itu. Berjaya. Tidak berkunci. Dari berjalan, dia berlari laju ke arah pintu pagar. Laju lariannya mengharapkan tiada yang mengejarnya. Namun lariannya terhenti apabila terlihat dua orang pengawal di pintu pagar yang sedang berbual di situ. Anis menelan air liurnya. Langkah kakinya terundur dengan sendirinya. Namun juga terhenti apabila terasa telah melanggar seseorang di belakangnya. Automatik dia pandang ke belakang. Anis beku. Adam di belakangnya hanya merenungnya tajam. Pantas tangannya mengenggam erat lengan Anis membuatkan gadis itu sedikit kesakitan.

"Nak pergi mana?" keningnya dinaikkan memandang gadis ini. Apabila melihat Anis kaku, Adam tersengih.

"Kalau kau rasa kau nak lari, lupakan. Cause I'm not stupid. Sekarang ikut aku." tangan Anis ditarik kuat mengikutinya ke kereta.

"Masuk!" tenang Adam menyandarkan dirinya ke kereta. Memerhati wajah kusam gadis di hadapannya. Huh, tak menyelerakan langsung.

"Tak nak. Saya tak nak pergi mana - mana. Saya penat." Anis cuba melawan kata - kata lelaki itu namun matanya tidak dipandang.

"Wow..le chat sauvage. Dah pandai melawan. Masuk atau kau pakai je baju ni seumur hidup kau." Anis menggigit bibir mendengar kata - kata lelaki gila ini. Geram dengan perangainya.

"Then let's do that. " masih berdegil dengan keputusannya.

"Masuk atau aku cium kau. I'm not toying with you right now sweety. Aku buat apa yang aku cakap." pandangan mata mereka bertemu. Akhirnya Anis mendengus dan masuk ke dalam kereta mewah milik Adam. Sungguh dia masih tidak dapat melawan renungan mata lelaki itu. Tak guna.

le chat sauvage - wild cat
je te tuerai - I'll kill you

-----------------------------------------------------
vote n comment😘

OBSESSIVE Where stories live. Discover now