14

3.4K 129 7
                                    

Adam merenung sekeping gambar lama yang kebetulan diambil sewaktu di bilik bawah tanah bersama Anis pada waktu itu. Gambar itu ditatap lama. Sungguh sepi biliknya saat ini sehingga kedengaran penghawa dingin yang mengeluarkan rasa sejuk untuk dirinya. Setitis, dua titis air mata mula terjatuh pada gambar itu. Pantas dia menyeka kasar air mata di pipinya.
"Tu me manques tellement maman. Pourquoi me quittes-tu. Je ne suis pas aussi fort que tu le penses. Aidez moi. Aidez moi.." lelaki itu menahan sebak di dada. Sungguh sesak rasa dadanya tika ini. Entah bagaimana dia makin rindu akan ibunya. Orang yang selama ini dia ingin lindungi. Bibirnya diketap. Ada sesuatu yang mengganggu fikirannya ketika ini.

-----------------------------------------------------------
Anis melihat pengawal yang lalu lalang di taman luar dari tingkap biliknya. Kemudian matanya terarah pula pada pintu pagar nun jauh di sana namun masih lagi boleh dilihat. Masih ada yang menjaga. Dia tidak tenang. Dia ingin keluar dari sini. Dia tidak ingin lagi mempunyai kaitan dengan raksasa kejam yang menculiknya! Anis akan segera ke balai polis apabila dia terlepas dari neraka dunia ini. Bajunya yang dipakai sewaktu mula - mula ke sini sudah dilipat rapi. Tunggu masa saja untuk turut dibawa keluar dari sini.
"Macam mana cara untuk aku keluar dari sini." dia membina plan sendiri. Sesekali tombol pintu diperiksa untuk melihat jika nasibnya baik. Dia duduk seketika dan mengeluh.
" Macam manalah aku boleh terfikir cadangan kahwin yang gila tu. Kalau aku kahwin dengan dia, silap - silap aku kena dera, kena pukul, lepastu aku merana. Aku tak sanggup." Pantas dia memeluk tubuhnya sendiri. Kata - kata yang keluar dari mulutnya membuatkan dia sendiri takut mendengarnya. Tombol pintu diputar dari luar. Pantas Anis menyorokkan baju yang dilipat itu ke belakang tubuhnya. Mukanya masam tatkala wajah raksasa itu muncul di sebalik pintu.

-----------------------------------------------------------
"No. Jangan dekat. Cakap dekat situ je dah boleh kot" pantas Anis menahan Adam dari melangkah dengan lebih banyak. Adam tersenyum dengan senyuman yang cukup menaikkan bulu roma Anis. Dia tidak menghiraukan kata - kata Anis dan duduk di sebelah wanita itu.
"Awak nak apa. Nak sakitkan saya lagi?! Nak bentak saya lagi!? Haa memang patutlah. Memang patut awak buat macam tu sebab perangai awak memang jahat! Saya benci awak. Eh, awak ingat semua yang ada dalam dunia ni awak boleh beli ke!? Allah tu maha adillah! Awak tak berkuasa mana pun! Macam sebesar zarah jelah! Hah, lepastu.." Anis terdiam. Ayatnya tidak dapat disambung dek kerana jari yang melekat di bibirnya. Terbuntang matanya melihat Adam yang tidak berperasaan itu. Namun ada sesuatu sayu di dalam mata lelaki itu.
"Shuh. I just need your face right now. I beg you for just 5 minutes, let me do my own way." Perlahan lelaki itu berkata. Anis dapat menangkap linangan air mata di mata lelaki itu. Dia terpana.
'Takkanlah.. mustahil raksasa ni menangis.' suara hati gadis itu cuba mentafsir apa yang berlaku.
"Je jure devant dieu que je vais le détruire maman. Dieu seul sait combien je t'aime." Dia tidak faham apa yang diungkapkan lelaki itu. Tapi dia dapat rasakan keikhlasan pada wajahnya. Mata Adam cukup menggambarkan seribu satu rahsia yang bermukim di hati. Sungguh, Anis hanyut dengan pandangan lelaki itu. Adam meraup wajah Anis perlahan membuatkan gadis itu memejamkan matanya. Setelah selesai, dia membuka matanya kembali. Mata mereka bersatu. Jelas di penglihatannya Adam menelan air liur yang mungkin tersekat di kerongkong. Lelaki itu mendekatkan wajahnya. Anis laju memejamkan mata. Apa yang patut dia lakukan. Mungkin dia sudah tidak dapat berundur. Perlahan...... TICK!
"Aaaarghhhh!!" Anis menjerit sakit menyentuh rapat dahinya. Seperti ingin terkeluar air matanya menahan sakit. Wajah lelaki itu kali ini berubah menjadi seram sekali lagi. Apa yang tak kena dengan mamat ni!
" Lol..petty woman. Do you think i will kiss you? Not in thousand years." Sumpah saat ini gadis itu terasa ingin menampar nampar laju raksasa ini. Lelaki ini yang mula mendekat tapi dia pula yang dikatakan gatal. Dasar lelaki monster!
" Encik ni kenapa! Encik yang dekat - dekat dengan saya lepas tu saya yang salah! Eee sakittt!!!" Merah dahi gadis itu setelah tangannya dilepaskan dari menyentuh dahi. Adam tergelak sinis.
" Aku...aku cuma nak tengok kau tu perempuan jenis apa. Tapi memang betullah kau ni gatal." Bibirnya diketapkan tatkala mendengar tuduhan tidak berasas lelaki itu.
" And one more thing, aku paling tak suka dengan perempuan yang campur hal business aku. My business, is mine. Whatever happen is my responsibility and not yours. Kalau kau berani lagi.. kacau business aku... Aku patah - patahkan jari kau sampai kau tak mampu nak makan sendiri." Adam tersenyum seram. Membuatkan Anis mengecut keseorangan di bucu katil. Perlahan lelaki itu bangun dan berura pergi dari situ. Namun pergerakannya terhenti. Dia menoleh ke arah Anis. Serentak pandangan mereka bertembung namun Anis melarikan pandangan. Adam mula menukar haluan ke sisi bertentangan katil. Dia membongkokkan badannya melihat Anis yang menikus. Tangannya diangkat membuatkan gadis itu sedikit berkutik. Perlahan ia mendarat ke dahi gadis itu. Mengusap lembut kesan merah akibat jentikannya. Anis terdiam sekali lagi. Memandang Adam dengan pandangan yanh sukar dijelaskan. Tertanya - tanya apakah yang sebenarnya bermain di benak lelaki ini. Setelah merah berkurangan, Adam berdehem. Laju dia melangkah pergi dari bilik itu. Meninggalkan seribu tanda tanya yang bermain main di minda Anis. Dahinya disentuh. Dia mengetap bibir merasakan degupan pantas di dadanya. Perasaan ini....apakah.

-----------------------------------------------------------
1. Tu me manques tellement maman. Pourquoi me quittes-tu. Je ne suis pas aussi fort que tu le penses. Aidez moi. Aidez moi -  i miss you so much mama. Why you leave me. I'm not as strong as you think. Help me. Help me.

2. Je jure devant dieu que je vais le détruire. Dieu seul sait combien je t'aime. - I swear to god i will destroy him. Only god knows how much i love you.

From ep 13:
1. maintenant commence à manger - now start to eat.

-----------------------------------------------------------
Thanks for all of your support guys. Honestly speaking, i continue this chapter because of all your positive comment n support. Ikhlas memang terharu tengok korang teruja baca cerita ni. So, continue to read n support me. I love you guys.
Jangan lupe vote and comment okey guys!😋😋😋😋

OBSESSIVE Where stories live. Discover now