11

3.5K 134 3
                                    

Lampu bilik yang sudah malap iu ditenung lama. Entah mengapa dia tidak mahu tidur pula. Memang dia takkan tidur dengan tenang selagi tidak dapat keluar dari rumah ini. Bunyi bising di luar membuatkan dia berlari memulas tombol. Ah, terlupa dia dikurung. Siapa yang membuat kecoh di luar. Adam? Atau polis datang ingin menyelamatkannya? Tidak mungkin.

"Terukkah cedera tuan?" kata - kata pengawal di hadapan pintunya cuba diamati dengan baik. Dia mendekatkan telinganya rapat ke pintu. Ingin mendengar dengan lebih jelas.

"Tak tahulah. Katanya tuan sampai muntah darah." Anis menekup mulutnya sendiri dengan tangan. Muntah darah? Siapa yang sanggup berbuat begitu pada Adam. Dia tahu itu Adam kerana pekerja di rumah agam ini semuanya membahasakan Adam dengan panggilan tuan. Setelah tiada lagi perbualan kedengaran, dia menjauh kembali dengan pintu biliknya. Kembali menaiki katil dengan seribu tanda tanya.  Baik - baik sajakah Adam ketika ini. Anis meletakkan tangan ke dada. Merasa denyutan jantungnya . Entah kenapa dia harus merisaukan lelaki yang telah menculiknya. Tombol pintu yang dipulas membuatkan dia segera menyarungkan tudung bawal hitamnya. Matanya terpaku ke pintu yang semakin terbuka. Wajah Cik Yah akhirnya muncul di balik pintu dengan sedulang makanan yang dibawanya. Pinti ditutup.
" Makan anis. Ni Cik Yah bawakkan lauk dan nasi untuk Anis." Nasi dan sup ayam diletakkan di atas katil. Anis memandang wajah wanita itu.
" Kenapa hari ni..makan dekat bilik? Erm, Encik Adam mana?" makanan yang terhidang masih lagi belum terusik. Masih lagi banyak pertanyaan yang muncul di benak gadis itu. Selalunya, Cik Yah akan memanggilnya turun ke bawah makan malam bersama lelaki itu.
" Err..Tuan Adam ada urusan. Jadi tak dapat nak makan malam bersama anis hari ni. Tuan suruh Anis makan seorang hari ni." Dahi gadis itu masih berkerut. Urusan? Bagaimana pula kata-kata pengawal yang baru didengarinya sebentar tadi?
" Urusan? Ke Encik Adam tengah sakit sekarang?" Cik Yah pantas melarikan pandangannya. Dia mengeluh seketika dan segera beredar dari bilik itu. Anis terdiam sahaja melihat Cik Yah keluar dari biliknya. Dia tertunduk. Makanan di hadapannya dipandang sahaja namun tidak pula seleranya datang. Akhirnya dia terbaring mengadap ke siling . Memikirkan tanggapan yang datang melayang -layang di benak fikirannya.

------------------------------------------------------
Darah yang tampak jelas di kapas putih itu dijauhkan darinya. Bibirnya yang masih sakit itu disentuh lembut. Matanya terarah pada pasu bunga yang berada di hujung biliknya. Termenung memikirkan apa yang baru sahaja terjadi sebentar tadi. Dia menyeringai sendiri menahan sakit yang timbul di seluruh badannya. Sungguh dia menunggu hari untuk membalas semua kejahatan yang telah dibuat oleh orang tua terkutuk itu.
" One fine day Kamal. One fine day." Adam akhirnya terbaring di katilnya menunggu masa matanya terkatup meninggalkan dunia tuk sementara.

------------------------------------------------------

Dress berwarna merah jambu itu ditenung Anis. Sesekali dia mengeluh dan terduduk kembali selepas keluar dari bilik mandi tadi. Baju t-shirt merah lengan panjang, seluar jeans hitam dan tudung sarung yang sedondon dengan jeansnya masih lagi dirapikan. Dia melirik kembali ke arah dress itu.
"Encik Adam ni tak tahu ke buat - buat tak tahu? Aku pakai tudung kut yang dia bagi dress lengan pendek macam ni siapa nak pakai? Ish." pantas dia menjauhkan dress itu dari pandangan matanya. Pintu bilik dibuka. Kelibat Cik Yah muncul kembali namun kali ni tiada pula makanan yang dibawanya. Manalah tahu, Encik Adam ada 'urusan' lagi.
"Eh, Anis tak pakai lagi baju yang Encik Adam sediakan ni?Encik Adam dah tunggu dah di bawah tu. Nak sarapan sama. Nanti mengamuk pula dia kalau tengok Anis tak pakai lagi baju yang dia pilihkan tu." Dress yang terjatuh dari katil itu diambil semula oleh Cik Yah.
"Cik Yah, Anis minta maaf sangat tapi Cik Yah tahu kan Anis bertudung. Takkanlah Anis nak pakai baju macam ni Cik Yah. Serupa tak payah pakai tudung. Cik Yah, tolong beritahu Encik Adam?" baju yang diberi Cik Yah tidak diambil. Dia benar-benar berharap Cik Yah dapat membantunya. Apatah lagi dia berharap agar angin Encik Adam baik-baik sahaja hari ni supaya dia tidak dipaksa memakai baju seperti ini.
"Macam mana ya.. Cik Yah tak tahu Anis. Tuan Adam yang pilihkan untuk Anis ni. " biarpun sudah berpuluh tahun menjaga Tuan Adam, namun takut pula dia nak memberitahu lelaki yang kuat berangin itu.
"Tolong Cik Yah? Kalau tak..biar Anis yang beritahu. Biar Anis turun sekarang." langkah Anis pantas dihalang Cik Yah yang berada di hadapannya.
"Eh..jangan Anis. Tuan Adam tak suka kalau orang kecoh-kecoh waktu dia nak makan. Takpe, Anis tunggu kejap. Biar Cik Yah beritahu dia kejap ye Anis. "perlahan gadis itu mengangguk. Melihat Cik Yah keluar dari biliknya.

------------------------------------------------------
Baju yang dipegang itu dirapikan. Dia melihat Tuan Adam yang sedang bermain telefon pintarnya. Nafasnya dihembus perlahan lantaran langkahnya makin dekat dengan pemuda itu.
"Tuan Adam." perlahan namum cukup untuk Adam mendengarnya.
"Ya Cik Yah? Mana budak tu? Tolong jangan cakap dia buat hal lagi kalau tak nak saya sakitkan dia. Saya dah tak ada masa nak main - main dengan perangai dia." Cik Yah mengeluh sedikit sebelum mengeluarkan kata - kata.
" Erm, Tuan Adam. Baju ni, Anis tak nak pakai sebab dia kata dia bertudung. Mustahil dia nak pakai baju seksi macam ni." Telefon pintar yang berada di tangannya tadi dilempar perlahan ke meja.Baju itu diambil dari tangan Cik Yah.
" What the heck are she trying to say. I don't fucking care with her tudung or aurat or what ever it is. Hahah.. let me see her. Memang aku kena jemput jugak baru dia nak makan ke." pantas dia bangun dari kerusinya dan menuju ke bilik Anis. Baju ditangannya digenggam kuat. Pintu yang dikunci itu dibuka.

------------------------------------------------------
"Wear this thing jeune fille." baju itu dilempar ke arah Anis. Terkejut gadis itu dengan kehadiran Adam di dalam biliknya.
"Saya..saya tak boleh pakai. Tolong faham . Saya.."belum sempat Anis menghabiskan kata - katanya, Adam mencelah.
"What? Because you wearing hijab? Ada aku suruh kau pakai?! Tak kan? Kau yang nak pakai so jangan semakkan kepala aku dengan alasan bodoh kau tu. Every time i ask you to open this hideous looking hijab but you insist! So tell me is that my problem now?" Cik Yah yang berada di belakang hanya mampu menunduk. Hendak membantu, dia tidak tahu.
"Encik Adam tak belajar agama ke! Tak tahu islam?! Allah yang suruh saya pakai benda ni! Ya memang ini bukan masalah encik tapi ni masalah saya dan kalau saya bukak tudung ni sama macam Encik ragut maruah saya!" Adam tertawa kecil mendengar ayat dari gadis itu. Tangannya digenggam erat tanda marah. Pantang betul ada orang yang tak mendengar katanya lagi - lagi perempuan seperti Anis.
"Soon or later I'll make sure aku calarkan jugak maruah kau tu Anis. So jangan nak cakap pasal maruah and agama dekat aku sebab memang mak bapak aku tak pernah ajar pun. Sekarang kau pilih kau nak pakai baju ni or kau nak mati kelaparan dalam bilik ni?" Gadis itu terdiam. Matanya disatukan dengan pandangan mata Adam. Lama.
" Saya lebih rela tak makan kut dari pakai baju ni." Adam mengangguk. Serentak dia memandang  pengawal yang menjaga pintu bilik Anis.
"Fine. Aku ubah fikiran. Kau hantar dia ke bilik bawah tanah. Kalau ada sesiapa yang aku nampak bagi makanan dekat dia satu hari ni, aku bunuh." Adam berura - ura ingin pergi pabila Cik Yah menghalang.
"Adam, Tuan Adam ini pasal baju je Tuan. Jangan ikutkan hati sangat Adam." langkah kaki Adam terhenti.
" Biarkan. Perempuan macam ni kena ajar. Fille ingrate." laju dia beredar dari situ. Otaknya celaru. Malas mahu berfikir perkara yang tidak penting baginya. Cik Yah memandang Anis yang tertunduk menitiskan air mata. Pengawal yang sudah bersedia membawanya dihentikan seketika.
"Berlembut dengan dia." kata Cik Yah pada dua orang pengawal itu. Mereka menganggukkan kepala. Takut. Resah. sedih. semuanya bercampur dalam perasaan Anis kini.

------------------------------------------------------
jeune fille - gadis muda
fille ingrate - gadis tak sedar diuntung.

""""""""""New chapter yo. Long time no seee. Make sure to vote n comment as many as possible. Lot of love😘""""""""""""""

OBSESSIVE Where stories live. Discover now