10

3.6K 139 7
                                    

Usai balik ke rumah agam, Anis kembali ke terkurung di dalam biliknya. Adam pula mungkin sama balik ke biliknya sendiri. Dia memandang beg - beg shopping yang berderet di atas katilnya. Entah bertuah atau tidak, dia tidak peduli. Dia hanya mahu keluar dari situ. Walaupun ibunya tidak melayannya dengan baik, namun dia mempunyai adik yang sentiasa faham dirinya. Mereka rapat dan saling memahami. Sungguh dia rindu akan adiknya. Anis teringat akan perbualan dia dan adiknya sewaktu mereka tidak boleh tidur pada waktu itu.

"Akak..bercinta tu best tak?" tiba - tiba Hana bertanya padannya yang sedang cuba menidurkan diri. Dia menjawab sambil menutup mata.

"Tak best. Belajar lagi best." serta merta sebuah bantal melayang terkena mukanya. Dia pantas membuka mata.

"Hana!" terjerit kecil dia melihat kenakalan adiknya. Hana tertawa.

"Padan muka. Orang tanya betul - betullah akak. Jawablah.." Hana mula menongkatkan dagunya. Masih lagi duduk bersila di atas katil.

"Manalah akak tahu. Hana ni. Tapi yang akak tahu, tugas kita sekarang ni untuk belajar. Okey?" perlahan Hana mengangguk.

"Hana tahu. Hana nak jadi pelajar cemerlang!" Anis tersenyum sendiri. Dia harap dia dapat berjumpa dengan adiknya lagi selepas ni. Air mata yang mula terasa hangat diseka pantas. Ah, jangan jadi seorang yang lemah Anis. Kau boleh. Tangannya bergerak meletakkan kesemua beg - beg itu ke tepi katil. Mengambil keputusan untuk membersihkan diri. 

------------------------------------------------------
Dia tersenyum sendiri teringat akan Anis yang dianggap naif itu. Bagaimanalah gadis senaif itu boleh selamat dalam kejahatan dunia. Adam memandang I phonenya lama. Entah apalah yang patut dibuka dia juga tidak tahu. Dia tiada instagram yang popular dalam kalangan remaja kini. Begitu juga line ataupun wechat mahupun facebook. Dia cuma ada whatsapp sahaja. Itupun untuk memudahkan kerjanya. Sedang dia membelek - belek telefonnya, pintu diketuk kuat lalu terbuka dari luar.

"Tuan, tuan.. Tuan besar datang tuan." tercungap - cungap salah seorang pengawalnya itu datang menyampaikan berita. Serta merta Adam menelan air liurnya yang kering tiba - tiba. Dia cuba beriak tenang.

"5 minit. Suruh dia tunggu di pejabat saya." Pengawalnya mengangguk akur. Bergegas Adam membuka t - shirtnya, mencari kemeja putih di dalam almari. Apabila berjaya dipakai, dia menyarungkan juga seluar slacknya dan merapikan rambut. Setelah dirasakan kemas, tombol pintunya dipegang lama. Satu keluhan kecil dilepaskan sebelum dia menapak keluar pergi ke pejabatnya. Terlihat dua orang pengawalnya di depan pintu masuk dan dua orang pengawal bapanya juga.

"Pastikan pintu budak tu terkunci rapi." dia sempat berbisik pada pengawalnya sebelum masuk ke dalam. Wajah bapanya dapat dilihat jelas dari pandangannya. Buku limanya tergenggam erat. Kamal tersenyum sinis.

"Lama tak jumpa, anak kesayanganku."

------------------------------------------------------
"Apa!? Jadi ibu jual akak pada orang luar.ibu..Ya allah ibu!!" Terjerit Hana memandang ibunya yang langsung tiada riak bersalah pada wajahnya.

"Ibu tak jual lah! Orang tu tanya - tanya pasal Anis dekat ibu. Ibu selorohlah tanya kalau ibu jual dia nak ke. Alang - alang dia setuju.." Hana menangis teresak - esak mendengar penjelasan ibunya. Begini terukkah ibunya...

"Berapa ibu jual kakak.." tanya Hana ringkas.

"RM 50 000. Kau jangan risaulah. Budak tu hensem, nampak macam orang berada. Lagipun aku dah tak sanggup nak menjaga Anis tu. Hari - hari menyusahkan aku." Ibunya dipandang kosong. Sampai hati ibunya membuat kakaknya begitu. Jika orang itu bapak ayam...kakak..maafkan Hana..

"Kau lorat - lorat pasal dia, entah - entah dia selesa duduk dekat rumah orang kaya tu." kata Kalsom lagi.

"Ibu tak fikir ke... kalau orang tu bapak ayam..macam mana Ibu nak tanggung dosa tu ibu.. Semata - mata untuk RM 50 ribu tu.." Kalsom terdiam. Seperti baru tersedar dari sebuah kenyataan.

"Takkanlah..hahah..kau jangan nak fikir macam - macam Hana. Takkanlah sampai .. ke bapak ayam." laju Hana meninggalkan ibunya bersendirian. Memikirkan sendiri hasil dari tindakannya. Pantas saja beriya - iya tidak mahu melaporkan pada polis. Sungguh, dia kecewa.

------------------------------------------------------
Tertutup matanya menahan sakit di mulut dan perutnya. Darah yang mengalir di hidung diusap sekilas. Dia cuba bangun untuk kali ketiga.

"Masih nak bangun? hum? Hahhaha..kau ni memang lembek sama macam mak kau! "tajam mata Adam memandang bapanya. Dia berdiri mengepal penumbuknya.

"Hahhaha..nak tumbuk? Larat ke kau? Berani? hum?" Kamal pantas menendang perut anaknya sehingga Adam terhempas kuat ke dinding.

"Memang hobi aku pukul kau dengan mak kau! Sayang, kita tak tinggal sama sama kan..? Kalau tak..hari - hari aku boleh buat hobi aku." Kamal tertawa berdekah - dekah. Dia menyandarkan badannya pada meja kerja di situ sambil melihat anaknya kembali bangun.

"Kau rindu mak kau tak? Hahhahhaha..aku rasa..rindulah kat mak kau. Rindu nak pukul dia lagi. hahhahahaha" Kamal tertawa lagi. Dia melihat Adam yang sudah mara ke depan.

"Kurang ajar kauu!!!" tumbukannya mengena pada pipi bapanya namun tidak lama sebelum Kamal kembali membalas di perutnya berulang kali sehingga Adam terjatuh ke lantai.

"Berani kau pukul aku anak tak guna! " sekali lagi dia menendang perut anaknya. Adam sudah tidak berdaya melawan bapanya. Tidak mampu untuk bangun kembali.

"Biarkan aku ...sendiri." perlahan Adam bersuara namun cukup untuk sampai ke pendengaran orang tua itu.

"Takkan. Takkan kau faham tak!? Sampai bila - bila aku akan seksa kau macam mana aku buat pada mak kau! Dan kau.. sampai bila - bila kau takkan dapat pertahankan orang yang kau sayang Adam. Macam kau biarkan mak kau mati sendiri." Adam menjerit marah. Tidak..dia tidak buat perkara sebegitu! Kamal meludah anaknya sebelum dia keluar dari situ dengan senyuman yang cukup sinis. Perlahan air mata Adam jatuh ke pipi. Dia memegang rambutnya kuat. Menarik - narik rambutnya yang sedia kusut. Sungguh dia tidak mahu hidup sebegini. Apa salahnya..apa salahnya..apa salahnya..terduduk dia seorang diri melawan perasaannya sendiri yang mula bercampur.

------------------------------------------------------
Vote n comment 😭

OBSESSIVE Where stories live. Discover now