"Lateefa belajar sungguh-sungguh eh pakcik akan selalu doakan kamu maaflah pakcik dapat tolong sampai sini je" kata pakcik tua yang sanggup tanggung kos pembelajaran aku.
"Ye pakcik saya ni bersyukur sangat pakcik sanggup tolong pakcik nanti kalau lateefa berjaya lateefa cari pakcik eh" sedih pulak masa nak pergi ni.
'Maaflah pakcik dapat tolong sampai sini je'
Line ni aku paling tak suka sebab anak pakcik ni kata dia takut aku nak kikis harta pakcik jadi dia halang pakcik tu daru tolong aku lagi. Pakcik ni nak tolong orang dah kira baik kot. Apa punya orang lah sekarang ni.
Masa nak masuk gate kapal terbang tu pakcik sempat bagi aku duit sikit untuk bekal aku kat New York. Ni pun memang lagi sayulah keadaan. Walaupun aku baru kenal pakcik ni sekejap tapi aku macam rasa dah lama dah ,aku menumpang kasih dengan dia sebab mak bapak aku dah meninggal . Walaupun aku tak sempat nak kenal mak bapak aku tapi aku dapat rasa betapa indahnya kasih sayang seorang bapa melalui pakcik ni. Seorang bapa yang sanggup berbuat apa sahaja janji hidup anak dia bahagia. Tapi yang sedihnya pakcik ni ada anak yang pendek akal!
Dekat kapal terbang tu aku duduk bersebelahan dengan kawan karib aku Mikail. Dia ni je lah kawan yang aku percaya gila. Kami kawab dari kecik si memang rapat lah. Tapi keluarga dia orang berada tapi tak sombong. Tahun lepas mak dengan bapak dia meninggal di hanyut banjir dahlah dia ni anak tunggal memang takde siapalah nak dia bergantung. Nasib dialah anak orang berada ada jugak harta. Harta yang mak bapak bagi kat aku dah habis dah aku pakai untuk sambung belajar.
Masa masuk dalam kapal terbang tu kami sempatlah berebut siapa duduk kat hampir tingkap. Walaupun tu tempat Mikail tapi aku yang menang. Jadi dia ni terpaksa duduk dekat tengah. Tapi nasib dia malang sebab orang sebelahnya ni berdengkur memanjang.
Dekat tingkap tu bukan main banyak lagi awan. Aku ada jugak nampak kerbau dalam satu kumpulan tengah berlari masa kapal tu sedikit rendah.
Lepastu aku tertidur. Bukan tidur biasa tapi tidur mati. Aku tidur dengan masker muka sebab dalam tu kering gila kulit. Mikail pun ikut pakai al maklum dia ni kacak dan ramai wanita tergilakan dia kat uni pensyarah pun ada jugak yang minat kat dia.
Tiap hari dia makan percuma, belum lagi loker dia penuh dengan makanan, surat . Tak pasal-pasal aku kena teman dia habiskan makanan dia katanya tak sanggup nak buang sebab rezeki. Surat tu kami baca lepas habis kelas.
YOU ARE READING
Asal Kau Bahagia!
Randomcerita ni author buat dia pendek sikit. mikail merupakan kawan karib lateefa yang memendam perasaan sejak lateefa menceritakan tetang karim yang meupakan suami lateefa. Karim pulak berubah setelah berkahwin adalah rumah tangga mereka akan bertahan? ...