part 9

202 7 0
                                    

Hari ni aku kena masuk hospital. Dahlah kerja kat hospital beranak pun kat hospital yang sama jugak.

Nak tahu siapa yang akan jadi bidan aku setentunya mikail. Dia ni over protective pun ada. Dah nama laki sayang bini kan . Lagi-lagi laki ni seorang doktor.

Mikail sanggup cuti tau walaupun dia boleh je jaga aku kat hospital masa kerja. Boleh je dia lawat kan. Lagipun aku dah hafal lah selok belok hospital ni. Come on lah ni lateefa okay!

"You amelia macam mana?"
"Dia okay je nanti dia lawat you lepas bersalin"

Selepas 3 jam bertarung nyawa akhirnya aku selamat melahirkan seorang anak lelaki pada 10 disember.  Aku bersyukur sangat. Sebenarnya kami tak tau pun apa jantina. Kami tak kisah. Tapi lelaki mikail gembira terus. Walaupun aku sebenarnya nak perempuan tapi apakan daya. Takpe umur masih muda.

Selepas aku dimasukkan ke dalam wad. Selang berapa jam aku pergi melawat Amelia dengan anakku Amir Bisyari. Sepatutnya amelia yang lawat aku tapi dia lemah. Baru je berapa hari dia dah lemah masatu bukan main dia aktif boleh lagi berjalan ni nak naik kerusi roda pun susah. Jadi terpaksalah aku yang melawat dia. Dia memang tak sabar nak jumpa adik dia. Aku layankan je lah permintaan dia. Janji dia dapat jumpa sebelum... aku dah sediakan mental aku untuk hari tu.

"Mommy!" Sapanya dengan nada yang lemah. Mikail yang menyurung kerusi roda ku pun kelihatan gembira.

"Baby! Look this is your brother Amir" sambil aku mengunjukkan amir kepada amelia. Amelia nampak sangat teruja melihat adik lelakinya.

Tapi amelia merapu dua ke tiga harini dia kata nak jumpa mak dengan ayah dia. Walau dia tau mereka dah takde.

"Mommy daddy im going to meet my parents again" ucapnya sambil menagis teresak-esak. Aku tahu yang sesuatu akan terjadi harini. Tidak lama kemudian mesin yang membantu dia untuk bernafas berhenti. Aku hanya mampu menangis kerana masih lemah selepas melahirkan amir.



Asal Kau Bahagia!Where stories live. Discover now