part 8

223 9 0
                                    

Aku pun menerima mikail. Walaupun aku berat hati. Berat hati sebab takut dia buat ni nak jadi pak sanggup. Tapi pujuk punya pujuk dia rela bukan sebab pak sanggup.

Sebaik sahaja kami bernikah kami terus pulang ke kampung halaman New York. Kampung halaman lah sangat. Ye lah kalau nak kata kat Malaysia ni kampung tak jugak sebab takde apa-apa. Kat New York ni kami ada kawan dari uni daru hospital yang kami dah anggap macam keluarga.

Nasib baiklah mikail ni faham . Dia kata kalau nak kerja kerja je dekat dengan dia kalau tak takpe sebab dia boleh tanggung. Aku ni bukannya yang senang duduk terpaksa lah aku cari kerja kalau tak stress aku takde kerja.

Aku dah kerja kat sini dalam empat bulan maknanya aku mengandung dalam 7 bulan tak terasa weii. Tak lama lagi aku nak jadi ibu. Yeay!!

Aku nak beranak bulan 12 ni dah hampir bulan 12 dah maknanya dah hampir krismas. Kalau hampir krismas mikail kata banyak pesakit. Walaupun aku dah nak beranak aku nak juga kerja. Mikail ada juga suruh cuti takut nanti beranak masa rawat pesakit ahhaha.

Tapi betullah pesakit makin ramai tapi sebab doktor kat sini baik dorang bagi aku satu je. Prihatin bukan.

Budak yang aku rawat ni nama dia Daniel. Kesian sangat kat dia . Dia ni periang dan suka sangat dengan krismas. Tapi kaki dia patah jadi tak dapat nak buat banyak. Nampak sangat air mukanya nak jatuh tapi ditahan. Air di matanya sudah penuh dan cukup untuk membasahi mukanya. Dia nampak sungguh sedih terpancar di mukanya. Ibu dan bapanya mulai risau kerana takut dia akan berubah menjadi seorang yang muram sebab ahli keluarga mereka pernah menjadi muram. Tapi aku ada idea!

Sempena nak krismas ni aku nak bagi dia sesuatu untuk balikkan mood dia yang periang tu. Aku akan beri sesuatu yang dia amat suka dan memang nak. Skateboard. Ibu dengan ayah dia kata dia  memang suka sangat dengan skateboard dia dah ada 5 kat rumah.

Esokknya....

Aku pun memberi dia skateboard tersebut. Mukanya mulai mengukir senyuman paling bahagia. Comel ada lesung pipit yang dalam. Tapi dia kata takut adik kembarnya nak jugak dan berdendam. Dia tak suka orang berdendam. Ya adik kembar. Baik kan dia ni. Tapi aku dah tahu dah yang dia ada adik jadi aku sediakan lagi satu. Muka adiknya pun mulai berubah daripada sedih ke happy. Ni sebab aku suka budak. Senang nak happy kalau ada budak.

Tapi aku ada lagi pesakit nama dia Amelia aku dah rawat dia dalam 4 bulan jugak jadi maknanya dari aku start kerja sampai sekarang lah. Mikail pun rupanya rawat dia. Amelia ni spesial sikit sebab dia ada cancer. Cancer usus. Dia terlampau banyak makan makanan segera sebab apa? Sebab keluarga dia bukan senang . Lagi-lagi dia ni anak tunggal memang mak dengan bapak dia nak bagi yang terbaikkan. Dia ni jelah harta mereka. Dekat New York ni mahal nak bayar kos apa semua. Nasib baik ada insurans. Nak bayar kos hospital ni pun mak bapak dia kena banyak fikir. Dan aku dengar dorang sanggup jual rumah dan tinggal di sebuah bilik sewa. Kasih sayang ibu bapa memang macam tu sanggup buat apa je untuk kebaikan anak. Sedih sangat aku dengar dah lah time mengandung ni perasaan swing. Tapi kalau mereka lambat bayar hospital faham.

Tapi kejadian bulan lepas lagi sedih. Masatu mak dengan bapak amelia tengah jalan nak jeguk amelia. Jauh perjalanan nak ke hospital dalam 30 minit je tinggal. Tapi yang lagi kesiannya dorang JALAN KAKI! Kesian dah lah selipar tu dah macam apa aku plan nak belikan pasangan sejoli ni kasut sport supaya senang nak jalan ke nak lari ke kan.

Tapi....

Malang tak berbau semasa mereka hendak melintas jalan bersama ada kereta ni bawak laju gila sampai rejuh mereka ni. Tapi pemandu tu dasar tak bertanggungjawab dia boleh lari. Dahlah macam tu jam pulak kalau jam ambulans pun lambat sampai lah sebab padat. Pendarahan mereka aku dengar teruk jugak. Tapi mereka tak dapat diselamatkan. Masa aku dengar dari mikail aku terus lepaskan tangisan aku. Berderai air mataku. Lalu kering kerana ingin tabah ketika memberitahu amelia. Tapi sekali lagi air mataku jatuh. Tidak dapat ku tahan lagi. Amelia menerimanya dengan tenang je. Dia kata...

"Dont cry. Please dont. Im going to see them soon in heaven."

Pandai pulak budak ni bercakap. Air mataku terus diusap amelia. Budak - budak memang sweet. Lalu mikail terus memeluk kami dengan erat. Amelia ni dah aku anggap macam anak sendiri. Semua pesakit aku aku anggap macam anak sendiri.

"Amelia baby, you can call me daddy and this is mommy" ucap mikail sambil mengusap kepala amelia. Amelia hanya tersenyum.

Kalini aku dah ada dua anak. Aku akan jaga amelia dengan sepenuh hati. Bukan senang nak dapat anak istimewa.

Hari demi hari pun berganti tak lama lagi aku akan jadi ibu lagi. Excited amelia pun excited apatah lagi mikail. Sempat lagi kami berpiknik tapi di hospital sebab tak boleh bawa amelia jauh-jauh. Tapi seronok hospital kami ada pantai.

Asal Kau Bahagia!Where stories live. Discover now