"Lateefa lateefa kau ni tidur pun cantik kan" sambil aku menengok dia tidur aku terus ambil gambar dapat juga aku guna gambar ni untuk ugut dia.
Dengkuran dia mengalahkan orang sebelah aku. Sekarang ni aku tersekat di tengah-tengah orang yang berdengkur. Nak berdarah telinga aku mendengarnya.
"Lateefa makanan dah sampai bangunlah" susah juga nak bangunkan dia. Satu cara je aku boleh bangunkan dia iaitu dengan membaca yasin ditelinganya.
Terus dia bangun dari tidurnya.
"Apa kau buat ni mikail aku ingat apa lah kau baca yasin tadi kot-kot kapal ni nak terhempas ke apa ish kau" bebelnya
"Dah kau berdengkur kuat sangat sampai bangun pun susah"
"Mana de aku dengkur" boleh pulak dia ni tak mengaku. Suka hatilah janji aku dah tahu macam mana rupa kau masa tidur.
Aku ni tak suka sangat makan makanan kapal sebab tak sedap. Macam rasa makanan kat hospital.
Tapi lain pulak ceritanya dengan Lateefa."Banyak selera kau makan!" Sindir ku sebab banyak gila dia makan sampai makanan aku pun dia kebas.
"Kau ni aku lapar lah yang kau tu kata tak nak makan sampai habis membazir tau kau juga kata yang ni semua rezeki" dia sinidir aku pulak. Selalunya kalau situasi macam ni kami akan mula berbalas cakap.
"Kau ni aku manada membazir, aku kasi kau habiskan kan!"
"Suka hati kaulah"
Lepas siap makan tu kami main game . Tapi markah dia seri. Memang nanti akan ada game lagi lah ni sebab kami tak suka seri.
~~~
"Oi kau tinggak kat mana?" Tanyaku kepada mikail."Kau ni panggil oi oi ingat aku takde nama ke... aku tinggal sebelah apartment kau lah kenapa?"
Aku ni sebenarnya penakut sedikit mungkin banyak sikit. Dah lah sampai kat sini malam. Gelap. Sunyi. Macam-macam boleh jadilah kan.
"Boleh tak kau hantar aku" kataku dengan membuat muka yang comel.
"Aish kau ni yelah nasib baik kau ni comel kalau tak aku tiup je kau" ek eleh dia ni berani ke nak tiup orang. Nafas tu tak kuat lah wei nak tendang orang.
Wah! Besarnya apartment ni. Sebenarnya tak besar sangat cukup untuk student je lah. Lagipun ni bangunan pakcik tua tu jadi aku nak bayar sewa dia kurangkan sikitlah. Apartment mikail tu pun pakcik tua tu yang punya. Dia ni dah banyak tolong kami aku bersyukur sangat ada orang yang hati mulia macam pakcik ni.
"Eh kau tak nak masuk ke? Eh aku lupa sorry" kataku sedikit je lagi aku nak terjebak dalam masalah. Masa kau tanya Mikail tu muka dia dah lain buruk masam gitu. Ni baru satu malam kat New York dah jadi macam ni doa je lah banyak - banyak supaya tak jadi apa-apa yang tidak diingni.
Lepas tu mikail terus pergi dengan terujanya ke apartment dia. Aku ni penakut jadi pintu tu aku kunci rapat-rapat takut jadi apa-apa. Lagipun dekat negeri orang mana tau apa-apa.
Sampai je mikail dekat apartment dia terus dia video call aku. Dia nak tunjukkan yang apartment dia pun cantik jugak. Sebenarnya rupa apartment kami sama je design dia.
Dapur dia terbuka takde pintu atau dinding. Dapur ni ada dekat kiri selepas masuk. Tandas tu tertutup tapi dekat kanan bertentangan dari dapur. Lepas tu sebelah kanan tandas ada tempat basuh baju. Lepas semua tu barulah bilik tidur dsngan ruang tamu . Ada beranda pulak tu baik benor pakcik ni. Dahlah pemandangan dia cantik!
YOU ARE READING
Asal Kau Bahagia!
Randomcerita ni author buat dia pendek sikit. mikail merupakan kawan karib lateefa yang memendam perasaan sejak lateefa menceritakan tetang karim yang meupakan suami lateefa. Karim pulak berubah setelah berkahwin adalah rumah tangga mereka akan bertahan? ...