Nama aku Mia Zulaikha .
Sedapkan nama tu ?
Anggun Melati . Tu nama mama aku . Mak aku orang biasa je. Tak kaya pun.
Tapi dia untung , dapat kahwin dengan Tengku Saleh .
Seorang ahli koporat yg kuat bekerja .
Dia ada beberapa syarikat dalam negara dan berpuluh syarikat di luar negara. Sangat kaya , sangat mewah .
Percintaan mereka sangat bahagia sehingga mendapat hadiah yang tidak ternilai , seorang cahaya mata . Iaitu abang aku Tengku Noah Haidat .
Abang aku ni tak pernah nak bahasakan diri dia abang dan diri aku ni adik . Ye la salah satunya yang aku tahu dia tu ego . Ego dia memang tinggi , tinggi tinggi gunung Kinabalu , tinggi lagi sayang sama kamu . Ehhh , laguuu.
Dan abang aku ni jugak lah yang tak bagi aku sekolah seperti budak budak biasa . So aku kene sekolah dekat rumah. Belajar dekat rumah , buat kajian kes dekat rumah , buat kajian sains dekat rumah. Senang cerita semua dekat rumah. Alasannya aku ni terlalu naif hal hal dunia . Ish , tak boleh terima kan alasan tu .
Jadi semua jadual hidup aku dia yang akan tentukan . Dia yang cakap okey. Dia akan tentukan sampai aku dah ada anaknya yang pertama . Gila kan . Kesian suami aku nanti akan selalu di pulaukan . Hahahahaha
YOU ARE READING
Akan Ku Jaga
RomanceMengisahkan tentang Mia Zulaikha yang hidup dalam kemewahan daripada perusahaan abangnya Tengku Noah Haidat . Kehidupannya dikongkong oleh abangnya . Mia yang masih naif tidak mengetahui asal kelahirannya , dan dia juga harus berhati - hati k...