Mia pov
"Selesanya tidur kat sini , luasnya katil ni , tapi asal sejuk sangat ehh " aku masih memejamkan mata .
Pelik jugak , biasanya kalau aku on aircond sampai 28°C je . Tapi asal sejuk sangat ni .
Mata yang layu aku paksa untuk bukak. Aku perhati keadaan bilik tersebut , konsep bilik ni lain dari yang lain .
Dan katil aku pon saiz Queen je . Asal pelik je ni .
Entah - entah aku kena culik !
" ahhhhhhh ! ! ! ! ! ! ! ! ! "
Aku terdengar seperti seseorang berlari dan membuka pintu bilik .
Selimut ku tarik dan menutup seluruh badan ku , aku takut , berdebar .
" apasal kau jerit - jerit ni , terkejut laa " suara tu macam tu kenal je .
Aku buka selimut yang menyelubungi tubuh ku . Aku melihat muka Noah menahan geram .
" adik dekat mana ni abang , kenapa tempat ni pelik " aku bangun dan menuju ke arah Noah . Aku peluk dengan erat seerat - eratnya , air mataku mula mengalir .
"Hoi , ni rumah kita la , ni bilik aku , yang kau menangis ni kenapa ? "
Ehh , bilik abang .
Setahu aku, abang mana pernah bagi siapa - siapa pon masuk , kalau nak kemas bilik pon dia sanggup kemas sendiri , ini pelik ni .
" Tapi kenapa Mia ada dalam bilik ni " aku melepaskan pelukan dari tubuh nya , perasaan segan dan malu mula datang .
"Mana aku tahu , kau pengsan depan bilik aku semalam , aku ingat nak biar je kau tido kat luar , tapi aku ni takdelah kejam sampai macam tu sekali . So aku angkut la kau tido dalam bilik aku , nak hantar kau pi bilik kau sendiri memang tak lah . Dah la aku kena cempung kau , pastu berat pulak tu . " aku mendengar penjelasan abang dengan penuh teliti .
"Ohh , baru teringat , semalam adik rasa tak sedap badan je , sebab tu adik keluar nak ambil panadol , tapi tiba - tiba je pening lepas tu sedar - sedar dalam bilik abang " aku melihat Noah berjalan kearah balkoni , aku turuti langkahnya juga .
"Kau okey tak sekarang ? "
"Mia okey je " aku mengambil tempatku di kerusi yang berada dibalkoni itu . Noah hanya berdiri sambil menikmati suasana pagi .
Kawasan ini sememangnya tenang kerana kawasan ini adalah perumahan elit , jadi tidak ada sebarang kekecohan yang kedengaran .
Aku diam , tidak tahu apa yang harus aku bicarakan , begitu jugak Noah .
" ehem " Noah berdehem .
"Aku jujur la dengan kau , roti tu sebenarnya aku yang makan , aku betul - betul mintak maaf . Aku tak tahu pon tu roti kau dan kau nak sangat roti tu ."
Aku senyap , sedih tu memang sedih , tapi aku lagi happy kalau abang mengaku .
Noah berpaling badannya kearah ku .
YOU ARE READING
Akan Ku Jaga
RomanceMengisahkan tentang Mia Zulaikha yang hidup dalam kemewahan daripada perusahaan abangnya Tengku Noah Haidat . Kehidupannya dikongkong oleh abangnya . Mia yang masih naif tidak mengetahui asal kelahirannya , dan dia juga harus berhati - hati k...