Sesudah aku menyarungkan baju jubah dan tudung labuh bersama handsock , aku mencapai beg bimbit yang mengandungi telefon pintar dan sebuah buku novel lalu turun ke tingkat bawah .
Aku tercari-cari kelibat Noah .
Takde pon
Pin pin
" Uish mak kau terpelanting " terkejut aku dibuatnya .
Rupa-rupa nya Noah sudah berada didalam kereta .Aku bergegas keluar dan menyarung kasut , stokin yang berada didalam genggaman tangan aku genggam .
Ahh , pakai atas kereta la stokin ni , nanti abang membebel lambat .
Aku berlari anak ke kereta Audi milik Noah lalu membuka pintu kereta dan masuk kedalamnya .
Noah terus memandu kereta keluar dari perkarangan rumah .
Aku menyarung stokin yang tidak sempat pakai tadi . Mataku mengerling muka Noah .
Muka macam tahan berak je , asal berkerut sangat
Seat kereta yang empuk itu disandari oleh aku .
" Abang okey tak ? Dari tadi masam je muka . Kenapa ? "
Noah hanya memalingkan mukanya kearah ku dan meneruskan pemanduannya.
" Abang kenapa ? Senyap je ? Abang sakit hati lagi ke pasal perempuan tadi ? "
" Takde pape lah , kau senyap je . Aku tengah stress ni " muka Noah kembali berkerut .
Uish , aku tak pernah lagi tengok muka abang semarah ni , kenapa ehh ??
Baik aku senyap dari kena marah ngan dia tak pasal - pasal aku buat hal merajuk macam semalam .
Hehehehe .
Buku novel yang berada didalam beg bimbit di bawa keluar .
Aku membuka bahagian yang aku dah lipat masa baca dekat Paris hari tu .
Bait - bait kata yang ditulis aku hayati .
'Mungkin hanya aku yang bertepuk sebelah tangan . Mana mungkin si dia mengetahui isi hatiku . Tetapi aturan Tuhan tidak kita ketahui , mungkin sahaja tangan yang bertepuk itu disambut juga si dia .'
Aku tak pernah rasa bercinta , malah bercinta pon tak pernah .
Tapi cerita cinta aku suka sangat baca , biasa la , perempuan kan . Aku meneruskan bacaan yang tergendala sebentar tadi .
Perjalanan sebentar tadi sudah memakan masa sejam .
Bahagian yang terakhir dibaca aku lipat .
Bosannya , lama gila nak sampai .
" Abang sebenarnya nak pergi mana ni ? Kalau tahu lama macam ni nak sampai , baik adik duduk rumah je tadi "
Noah hanya fokus memandang kehadapan , langsung tidak bersuara malah berpaling ke arah aku juga tidak .
Ish , malas la layan abang ni , bukan nak jawab pon apa aku tanya . Baik aku tido lagi bagus.
Aku terjaga dari tidur kerana berasa amat sejuk . Jam pada dashboard menunjukkan suku tengahari .
Peliknya tempat ni , lain dari yang lain .
"Abang , abang . Kita kat mana ni ?? "
. . .
"Aik , mana abang ni . "
YOU ARE READING
Akan Ku Jaga
RomanceMengisahkan tentang Mia Zulaikha yang hidup dalam kemewahan daripada perusahaan abangnya Tengku Noah Haidat . Kehidupannya dikongkong oleh abangnya . Mia yang masih naif tidak mengetahui asal kelahirannya , dan dia juga harus berhati - hati k...