3 Minggu Berlalu
"Rashim , nanti keluarkan barang ii , lepastu bawak masuk rumah " arahnya kepada pemandu yang telah di bayarnya 3 minggu yang lalu untuk bekerja dengannya.
"Baik tuan Noah . "
Mia hanya mendengar sahaja apa yang dibualkan .
"Jom masuk . Kau laparkan ?? , nanti naik atas siap ii kita makan luar . "
"Okey " Mia memandang jam berjenama polo ditangannya .
'Baru pukul 10 . Baik suruh mak Esah masak je . Tak payah penat ii pi kedai . Membazir je '
Itu lah Mia Zulaikha . Personalitinya memang begitu . Dia tidak suka membazir jika sesuatu yang diinginkan boleh dibuatnya sendiri . Dia tahu , kalau setakat makan dekat hotel bertaraf dunia sejuta kali pon , duit mereka tak akan habis . Tapi itu lah Mia Zulaikha . Kalau dihabiskan duitnya kepada fakir miskin . Tentu sekali dia akan berikan seluruh duit yang ada dalam poketnya.
Mia menuju ke biliknya yang berada di tingkat tiga rumah agam 4 tingkat tersebut .
Mia meletakkan beg tangannya di atas katil dan menuju ke arah meja soleknya . Dia mencabut tudung yang setelah sekian lama membungkus kepalanya .
Jeda
'Allahh , rotii !! . Nasib baik aku ingat . '
Mia menuju kearah katil dan membuka beg tangannya . Dibelek belek beg tangannya .
"Ehh rasanya aku simpan roti dalam beg ni . " dibeleknya lagi beg tersebut .
"Mana ni , tak ada pon ." Dia duduk diatas katil . Termenung. Roti yang dia idam selama ni hilang tiba ii .
"Mana ni , tak ada pon . Dah la susah nak dapat roti tu . Huaaaa , senang ii pulak hilang ." Mia mengesat matanya , sememang memangnya dia amat sedih .
Tok Tok Tok
Mia terkejut dengan ketukan tersebut dan..... dia menyambung kembali sedihnya .
"Masuk lah . "
Noah membuka pintu dan mengangkat keningnya . Muka Mia merah dan tubir matanya dilimpahi air mata .
"Haihh , dah kenapa pulak ni . Kau jumpa tikus ke ?? Nangis bagai ni kenapa , cuba cerita . " Noah melabuhkan punggungnya di atas sofa yang terletak bertentangan dengan katil Mia .
Mia hanya membisu .
"Ni kenapa ?? Tikus cium mulut kau sampai tak boleh bercakap ?? "
"Abangggg !!! . Roti Mia mana . Dah la jauh nak beli roti tu . Mia memang lama dah nak makan roti tu . Tapi tiba ii dia hilang . Nak cakap Mia makan , Mia tak makan pon sebab Mia nak simpan makan kat rumahh . Bla bla bla bla....."
Riak wajah Noah berubah .
'Mati la aku , tu lah kau Noah . Bodoh sangat kenapa . Asal la kau makan roti budak manja ni . Kan dah menangis macam hilang anak dah . '
"... lepastu Mia bukak je beg ni , roti tu dah tak ada . " terang Mia panjang berlebar lebar .
"Abang dengar tak ni ?? " Mia berasa geram apabila ceritanya tidak di dengari oleh Noah .
Noah tersentak .
"Haaaaah ?? . Ah em erm , a..aku aku dengar la . Jangan la fikir pasal roti tu . Mana tahu jatuh kat airport ke , kau tertinggal dalam flight ke . Mana kita tahukan . Erm dah la , siap ii . Kita makan luar ." Noah cuba menukar topik .
"Abang pergi la makan sorang ii . Mia tak selera . " dia bangun dan menarik tangan Noah keluar dari biliknya lalu menutup pintu biliknya .
Noah termanggu di hadapan pintu bilik Mia .
'Tak kan la sebab roti sampai tak nak makan . Haihh aku tak paham betul la mood perempuan ni . '
Tok Tok Tok
"Mia betul ke kau tak nak makan ni ?? "
Senyap . Tiada respon daripada Mia .
'Betul ii merajuk budak ni . Macam mana ni ?? . Biarlah . Nanti aku order la makanan untuk dia . '
Noah berlalu ke arah lift dan menekan butang aras bawah .
Selesai mandi Mia merebahkan badannya keatas katil yang empuk kesayangannya .
Mia mengelap pipinya . Dia kembali menangis . Mungkin orang akan anggap dia seorang yang manja dan dahagakan perhatian . Tapi sudah lumrah dia sememangnya seorang yang manja .
Mia melelapkan matanya dan cuba untuk tidur . Keletihan , kesedihan dan stress akan hilang jika dia tidur dengan nyenyak .
Dengkuran halus kedengaran . Tak sampai 5 minit dia sudah dibuai mimpi .
YOU ARE READING
Akan Ku Jaga
RomanceMengisahkan tentang Mia Zulaikha yang hidup dalam kemewahan daripada perusahaan abangnya Tengku Noah Haidat . Kehidupannya dikongkong oleh abangnya . Mia yang masih naif tidak mengetahui asal kelahirannya , dan dia juga harus berhati - hati k...