BAB 7

81 2 0
                                    

Mia terjaga dari tidurnya . Dia melihat jam pada telefon pintarnya .

" hahhhh , baru pukul 3 lebih . Sakitnya kepala aku , mungkin sebab aku tidur awal sangat kot . Telan panadol lah , okey sikit kot nanti . "

Dia turun dari katil dan berlalu ke pintu . Dia berjalan dengan perlahan , badannya masih lemah kerana pening masih belum hilang .

Badan Mia semakin terhuyung hayang .

Bukkk !

" uish , bunyi apa tu " Noah yang terkejut dengan bunyi yang kuat itu terus menarik headphone dikepalanya . Hatinya berdebar debar .

Noah turun dari katilnya dan berjalan kearah pintu .

' bunyi apa pulak tadi tu , aku baru syok tengok film ' getus hatinya .

Dia membuka pintu lalu melihat badan Mia yang sudah terlentang di atas lantai .

" ehh , Miaaa , Miaaa ! ! ! , kau dengar tak aku cakap ni ?? Wehhh , bangunnn . " dia menampar lembut pipi Mia .

Tiada respon .

" masalah betul la budak ni , kang aku dah kena angkat la , bawak pi bilik la , haihhh , menyusahkan je la "

Dia mengangkat Mia dan berjalan kearah bilik Mia .

Dia berfikir sejenak  .

' baik aku letak dia dalam bilik aku je , bilik tu pon besar , bukan kecik . Lagi pon tak payah penat - penat aku dokong dia jauh - jauh '

Noah menukar arah perjalanannya . Dia masuk kedalam bilik dan meletakkan tubuh Mia keatas katil bersaiz kingnya .

Dia menutup pintu bilik dan kembali ke katil .

Noah menyandarkan tubuhnya pada katil lalu membuka laptopnya . Cerita Avangers Infinity War itu langsung tidak menarik perhatiannya

Dia berasa agak janggal dengan situasi seperti itu kerana Mia jarang sekali berada didalam biliknya .

Tangannya ligat menekan pad laptop dan meng'off'kan laptop lalu letak di meja sisi katil .

Dia melihat wajah Mia . Entah kenapa tangannya bergerak dan mengusap pipi Mia . Dia sendiri agak terkejut dengan perbuatan seperti itu .

Badan Mia bergerak sedikit dek sentuhan dari tangan Noah .

' cantik jugak Mia ni , aku baru perasan . '

' stop Noah , dia adik kau kot , jangan buat bukan - bukan '

' tapi tak apa kot aku buat macam ni , yela aku kan jarang baik dengan dia '

' baik - baik jugak. Kau tu bernafsu Noah '

' aku takkan sentuh adik aku la '

' tapi dia cantik kot sejak dia besar ni '

" urghhh ! Stop la "

Dia menarik tangannya kembali , entah kenapa fikirannya bercelaru seperti itu , dadanya berdegup kencang .

' takkan aku dah jatuh cinta
dengan adik aku sendiri '

' ahhh ! , gila lah , tak akan dan tak pernah , gila ke aku nak jatuh cinta dengan adik sendiri , stop '

Noah bangun dan mengambil bantalnya , matanya meliar keseluruh biliknya .

" aku tido atas sofa la , tenang sikit , huh "

Dia berjalan kearah sofanya . Diletakkan bantal lalu dia merebahkan tubuhnya , matanya mula layu .

Noah mula dibuai mimpi pada malam yang sudah pagi itu .

Akan Ku JagaWhere stories live. Discover now