NOAH POV
Aku menyuap Mia makan . Peliknya aku hari ni , asal aku tiba - tiba baik dengan dia ni .
Mungkin sebab rasa bersalah aku kot .
Please , don't overthink sangat Noah .
Aku berbual tentang kerja sahaja . Untuk hilangkang kejanggalan yang berlaku .
Aku tahu , aku cakap la sampai esok pon , sepatah apa pon dia tak faham .
Ding
Dong
"Nah sudu , aku nak gi bukak pintu jap . " Mia meneruskan suapannya .
Aku berjalan kearah pintu sambil berfikir siapakah yang datang.
Pintu agam itu dibuka .
"Hai babyyy " suara gedik mula bergema digegendang telinga ku .
Ell .
Kenapa dia datang , damn it .
"Ada apa kau datang ni ? Hari cuti kan , let me have fun with my family . Hari - hari tengok muka kau kat office , muak lah " aku mula benci dengan perempuan ni .
Ell adalah anak kepada rakan kongsi ku datuk Ishak . Datuk Ishak merupakan ahli perniagaan yang pernah hampir muflis , tetapi disebabkan aku , syarikatnya membangun semula .
"Ehh , suka hati I lah , ini kan bakal jadi rumah I jugak , and u will be my husband one day nanti . So I kena biasakan diri dengan rumah ni . " kata Ell sambil meluru masuk kedalam rumah tanpa membuka kasut .
"Ell , please hormat rumah aku , please la bukak kasut ni . Entah apa kau dah pijak masa datang sini , lepas tu kau pijak lantai aku . Geli lah . Kau ni muka je cantik , otak letak kat lutut ."
"Ehh , you , don't you dare okey . I ni anak datuk Ishak lah . You should hormat I . "
Ell mengghempas tubuhnya diatas sofa ruangtamu tersebut .
Mia yang baru habis makan datang ke ruang tamu . Dia agak terkejut melihat Ell dan pemakaian perempuan itu .
Ell melihat kearah Mia dan membuat muka menyampah .
"Ehh , aku tak kesah lah siapa bapak kau , kau dengar sini . Bapak kau tu rakan kongsi aku , kalau aku tak tolong dia dah lama dia bankrup . Now siapa yang perlu hormat siapa . "
Muka Ell berubah .
Dia bangun menuju kearah aku . Mia yang berdiri di sisi sofa hanya memerhati pergaduhan kami .
"You tipu . Papa I tak akan terhutang budi dengan orang lah . You penipu " Ell memukul dada ku dengan tangannya .
"Weh perempuan ! kau sila berambus dari rumah aku dengan kasut kau yang kotor dengan muka kau fake dengan baju kau yang tak cukup kain . Aku sakit mata lah tengok kau ! " hati aku mula panas dengan perangai Ell .
"Sampai hati you buat I macam ni . Fine , I keluar ! " Ell keluar dengan muka yang tidak puas hati .
"Pandai pon kau keluar ingat kan dah tak tahu jalan keluar sebab otak letak kat lutut . Hahahahaha " puas aku memerlinya . Memang patut pon dia kena macam tu . Tak ada adab langsung .
YOU ARE READING
Akan Ku Jaga
RomanceMengisahkan tentang Mia Zulaikha yang hidup dalam kemewahan daripada perusahaan abangnya Tengku Noah Haidat . Kehidupannya dikongkong oleh abangnya . Mia yang masih naif tidak mengetahui asal kelahirannya , dan dia juga harus berhati - hati k...