Hyejin pov
-----------------Setelah selesai aku membersihkan darah milik Jungkook yang bertakung dalam bathtub tadi , langsung aku membersihkan diriku daripada kotoran tersebut .
"Acik Min , bersihkan bilik ni , bersihkan sebersih yang boleh . Jangan sampai harabeoji tahu perkara tadi . Faham ? Lagi satu , kunci bilik ni , jangan benarkan sesiapa masuk kecuali Jungkook dah balik rumah"
"Baiklah Hye" kata Acik Min patuh pada arahan ku
"Jangan lupa masak bubur ayam untuk Jungkook" pesan ku
"Baiklah Acik akan siapkan" aku hanya mampu mengangguk faham
.
.
.
.
.
.Aku cuma berpakaian casual dan kemas untuk pergi ke hospital . Aku duduk di hadapan cermin besar dibilikku , dan menatap diriku yang menangis teruk tadi
"Eyebag aku pun semakin ketara , muka pun lesu . Hmm" keluhan berat dilepaskan dengan perlahan
.
.
.
.
You just want attention ~
You dont want my heart--"Hello Dr.Han bercakap , siapa ni ?" Tanya ku dengan suara yang serak
"Oppa ni , kenapa suara Hye macam ni ? Sakit ?" Oh Jimin rupannya
"Tak sakit pun , cuma ada sebab tertentu , kenapa telefon ?" Tanya ku
"Oppa dah dengar pasal Jungkook" mata ku membutang besar
"Ma- ma- macam mana oppa ta- tahu ?" Menggeletar aku bertanya
"Oppa tengah call Acik Min , nak tanya tentang keadaan dekat Korea , terdengar Hye menjerit , dan Acik min dah maklumkan dengan Oppa pasal Jungkook . Kamu janganlah marahkan acik Min , Oppa yang berkeras suruh Acik bagitahu oppa" terang Jimin panjang lebar
"Tak marah pun , Hye nak rehat sekejap . Kalau ada ap-apa call Hye ja"
"Hmm tapi bukalah pintu bilik kamu ni , cramp kaki oppa berdiri macam patung cendana dari tadi"
Eh bila masa pulak dia balik ni ? Aduh !
Aku berdiri dengan penuh kemalasan dan membuka pintu "Masuklah , kenapa tak inform awal yang Oppa dah balik dari Pulau Langkawi ?"
"Nak bagi surprise , tapi tengok keadaan ni oppa pulak yang surprise sebab dah kucar kacir pasal Jungkook"
"Oh" pendek sahaja balasanku kepada Jimin
"Oppa nak tanya , macam mana Jungkook ada dalam rumah kita ?"
Aku merehatkan tubuh ku di katil dengan malasnya sambil menutup mata
"Hmm panjang ceritanya Oppa" balas ku kembali
"Eh baring tepi sikit , Oppa pun nak baring jugak . Hah okay sila pendekkan cerita anda"
"Mengada sungguh"
"Hmm cerita dia macam ni"
.
.
.
.
.
.『Flashback』
"Harabeoji , Hye dah buat keputusan muktamad , nah ambilah surat ni" kata ku kepada harabeoji
"Surat pertukaran penjaga pesakit ? Surat siapa ni ?" Tanya harabeoji
"Baca dulu" balas ku pendek sambil membetulkan kedudukan kaca mata ku
"Hye. . . Nak jaga dia ? Harabeoji ingat kamu dah lupakan peristiwa lama tu , sudahlah Hye , bina kehidupan baru , harabeoji risau kamu akan sakit balik , tolonglah fikir masak-masak"
Air mataku bertakung membina empangan yang hampir sahaja pecah , harabeoji tolong bagi Hye peluang terakhir . . . Tolonglah . . .
"Dah cukup masak dah Hye fikir ni Harabeoji , bagi Hye sekali lagi peluang , dia mungkin akan ingat Hye balik . Letak kepercayaan harabeoji kepada Hye , Hye akan cuba pulihkan dia kembali" pinta ku kepada harabeoji
Kelihatan harabeoji mengeluarkan sebatang pen dari poketnya , ya dia menandatangani surat permohonan tersebut
"Ambil surat tu . Keluar dari bilik ni sekarang , kalau ada apa-apa yang terjadi terhadap Jungkook , dan berita kurang menyenangkan sampai ke telinga harabeoji , kamu tahulah padahnya . Keluar sekarang" marah harabeoji sambil membuang muka
Aku menguntum senyuman nipis di bibirku , harabeoji mungkin tak percaya dengan aku , tak apa aku akan buktikan sendiri aku mampu pulihkan dia !
『End Flashback』
"Macam tulah ceritanya , Hye harap sangat keadaan dia stabil sekarang dan Hye harap yang Oppa akan diamkan perkara ni dari harabeoji" pinta ku terhadap Jimin
"Baiklah , oppa faham yang Hye masih sayangkan dia , tapi tolong , Oppa tak suka adik kesayangan Oppa ni kembali macam dulu . Muram , senyap , selalu sakit sampai terkena penyakit Aneroxia" kata Jimin , risau benar dia tentang aku , bertuah aku dapat abang macam dia
Aku hanya mampu mengangguk perlahan , tidak mampu untuk membalas apa-apa
"Pergi tukar baju , biarlah malam ni kita lawat dia , Oppa pun rindu dengan dia sebenarnya , tapi tak tahu kalau dia masih ingat oppa"
"Em baiklah"
"Pasal Jungkook , Oppa dah bagitahu asisstant kamu supaya tempatkan dia di bilik VVIP , tingkat paling atas"
"Thank you oppa" balas ku pendek , Jimin hanya mengangguk faham
Dan akhirnya aku tidur disebelah Jimin dan menunggu malam tiba untuk melawat Jungkook .
Jungkook. . . Tunggu aku datang .
.
.
.
.
.
.
.
.
To be continued . . .Share ✅
Vote ✅
Comment ✅×××
30 votes ✅
15 comments✅Dan saya akan update kahkahkah ✅
#KoalaBatakKauPeTau ? Pftt maaf chapter bosan :')
YOU ARE READING
[SU] The Psychotic Patient
Short Story[ SEDANG DIKEMASKINI ] Han Hye Jin , seorang doktor muda yg terkemuka di Korea , seorang yg baik , peramah , seorang yg sangat lembut hatinya , berkasar apabila perlu . Hye Jin bukan sahaja berpesonaliti yg lemah lembut , dia juga seorang yg tegas...