18

794 64 19
                                    

Hai sayang-sayang sekalian ? Rindu tak ? HEHEHEHEHE ! Dah jangan buang masa ! Jom baca !

Author pov
——————

Setelah 4 hari berlalu , Irene masih teringat akan ayat yang diucapkan oleh Inspektor Park Jimin . Ayat itu masih terngiang-ngiang ditelinganya .

"Tch . Kau jangan ingat aku lupa apa yang kau dah buat dengan kami semua Bae Irene" Kepalanya dilentokkan diatas meja pejabatnya . Runsing ? Ya , teramat runsing .

"Apa yang aku dah buat sampai dia benci aku sangat hah ? Bukannya dia pernah suka aku ke ? Ni dah kenapa sampai dia boleh benci aku ?" Irene mengusutkan rambutnya .

Tok tok tok !

Bunyi ketukan pintu mengejutkan Irene yang sedang serabut itu .

"Haih siapa pulak kacau aku waktu rehat ni ...." keluhnya perlahan .

"Masuk !" Sahutnya dari dalam .

"Doktor Bae kita kena periksa— OHMAKHIJAU ! Ya tuhan doktor ! Kenapa serabai ni ?" Tegur Doktor Hwang dihadapan pintu .

"Oh Doktor Minhyun ? Masuklah . Saya serabut sikit ni . Minta maaf" kata Irene yang sudah mengatur rambutnya kembali .

"Oh....emm Doktor Irene , kita kena periksa keadaan pesakit yang bernama Jeon Jungkook . Saya tengok dia tu dah makin senyap . Seram pula saya nak periksa dia seorang diri" kata Minhyun yang menggaru kepalanya , malu .

"Oh kalau macam tu jomlah kita pergi" pelawa Irene yang sudah bersiap sedia dengan buku rekodnya .
.
.
.
.
"Encik Jeon , saya tanya sekali lagi ya ? Sila berikan respon dan jawapan" Doktor Im sudah menarik nafas berat berkali-kali dihadapan pesakit Jeon Jungkook ini .

Namun apa yang dilakukannya hanya merenung potret seorang wanita yang kelihatan ceria seperti matahari yang menyinari bumi .

"Encik Jeon ada masalah dengan orang lain ke selain kes pembunuhan ibu bapa Encik Jeon ?" Lembut sahaja Doktor Im berkata .

Jungkook sudah menggengam tangannya . Rahangnya bergerak-gerak dan urat mula menonjolkan dirinya . Mata helangnya melirik tepat ke arah Doktor Im .

"Encik Jeon—"

"KALAU AKU TAK NAK JAWAB TU TAK NAK LAH ! TAK FAHAM KE BEBAL ?!" Sergah Jungkook sambil menghempas tangannya diatas meja besi yang sudah meresap udara sejuk itu dari pendingin hawa itu .

Tersentak Doktor Im dibuatnya . Kepalanya dipicit perlahan lalu dia mendapat arahan untuk menghentikan sesi soal jawabnya .

"Doktor Im Jaebum kan ? Tidak mengapa , saya dan Doktor Hwang akan ambil alih dari sini ." Kata Irene selaku ketua Unit kod merah di hospital itu .

"Pergilah rehat dulu . Tenangkan diri ya ? Saya tahu doktor penat soal dia" prihatin sahaja sikap Minhyun kepadanya .

Doktor Im hanya mengangguk akur akan arahan Irene dan Minhyun lalu menunduk hormat dan keluar dari bilik serba putih itu .

Mata Irene kini memandang tepat ke arah Jungkook yang sedang merenung sayu ke arah potret ditangannya itu .

"Jeon Jungkook" ucapnya sepatah dan perlahan namun tetap dapat didengari oleh Jungkook .

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 16, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

[SU] The Psychotic Patient Where stories live. Discover now