Ahh kenapa dengan mata aku ni. Wahai mata tidurlah kau...huh! - omel Aira sendirian.Ahah! Baik aku turun bawah.
Malam itu Aira tidak dapat tidur dengan lena. Dia membuat keputusan untuk ke dapur. Sambil mencapai gelas di dalam rak, dia terdengar bunyi pintu rumah dikuak.
Aik? Takkan pencuri kot? Pencuri apa pukul 3 pagi macam nih. Maybe hantu?!- desis Aira
Dia membuat keputusan untuk melihat gerangan yang membuka pintu rumahnya. Dia pon berlalu ke depan. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat?? Bukan pencuri, bukan perompak apatah lagi hantu. Tetapi...
"Kakak? Ya Allah kakak..kakak pergi mana hah? Pagi² buta macam ni baru nak balik. Dengan mabuk² bagai." Tanpa menunggu jawapan daripada kakaknya, Aira segera mendapatkan kakaknya yang terhuyung-hayang itu.
"Ah! Don't touch me! Kau budak² apa tahu hah! Aira..Aira..hidup ni kita kena enjoy yahh. Hahahahaaha." -sawan ka apa.
"Astaghfirullahhalazim kak..kak Syafini yang Aira kenal dulu tak macam ni. Kak Syafini yang Aira kenal dulu sopan, lemah lembut, baik..tapi sekarang? Mana semua sifat tu kak..mana semua tu?" -kata Aira dalam keaadan yang sedikit sebak kerana kecewa dengan perubahan kakaknya.
"Kau tanya aku mana semua sifat tu Aira?! Hah?! Kalau kau nak tahu kau lah punca aku jadi macam ni kau tahu tak?! Selepas kau lahir je ibu dengan ayah lebih sayangkan kau daripada aku?! Aku? Macam mana dengan aku?! Takde sapa nak kisah pasal aku?!"- Aira terdiam. Ya. Apabila muncul Aira dalam hidup Puan Nora dan Encik Mukhriz, Syafini disisihkan oleh Ibu dan ayahnya. Tetapi kasih sayang kepada anak-anak mereka tidak pernah berbelah bahgi.
Aira cuba menenangkan kakaknya. Dia mengusap belakang kakaknya tetapi malangnya ditepis kasar.
" Sudah! Kau jangan halang laluan aku! Semak aku dengan kau ni!"- Syafini menunjal kepala Aira lalu berlalu meninggalkan Aira di ruang tamu.
'Kenapa kakak berubah sampai tahap ni kak. Ibu dan ayah tak pernah pilih kasih. Diorang pon sayang kakak. Diorang nak yang terbaik untuk akak.'
-monolog Aira sendiri.____________________________
Tokk Tokk Tokk
"Masuk."
"Boss. Maafkan kami boss. Kami masih lagi tak dapat menjejaki perempuan tu boss."
Lelaki yang segak berkaca mata hitam itu mula mendengus kasar apbila mendapat berita daripada anak buahnya.
"Korang buat kerja macam mana hah! Aku tak kira! Walau macam mana pon aku nak korang bawak perempuan tu depan aku! Faham!"
"Faham boss. Kami akan usahakan."- kecut perut aku kalau dapat boss macam ni. Aku jadi diorang dah lama aku letak jawatan.
" Keluar. Kau Adri. Tunggi sini." Kata lelaki bengis itu kepada salah seorang anak buahnya.
Setelah semua anak buahnya keluar, Adri kembali menghadap lelaki tersebut. "Ada apa boss nak jumpa saya?"-soal Adri
"Aku nak kau ambik kunci ni. Lepastu kau hantar motosikal aku kat rumah. And satu lagi kau bawak kereta aku datang sini. Aku nak keluar jap."
"Baik boss." Adri mengangguk faham.
"Dah. Kau boleh pergi sekarang."
'Kau tunggu Erin. Tak lama lagi kau akan jatuh dalam tangan aku. ' monolog lelaki itu sambil tersenyum sinis.
________________________
Telefon yang dicas itu diambil oleh Aira lalu dicabut kabelnya. Dia membuka notification yang menandakan mesej WhatsApp masuk.
Aliya:
Assalmualaikum Aira. Weyh jom kluar nak. Aku bosan la.Me:
Waalaikumsalam. Tak boleh la Aliya. Takde orang dekat rumah. Aku nak mintak izin macam mana?Aliya:
Kau ni Aira. Bengap betul lah. Telefon kau ade kau telefon lah diorang. Aduh kau nih.Me:
Ye tak ye jugak kan?😅 ok lah kalau macam tu. Nanti aku call diorang. By the way, nak jumpa kat mana?Aliya:
Jumpa kat tempat biasa lah.Me:
Ha yelah. Ok bye. AssalmualaikumAliya:
OK. Bye. Waalaikumsalam.Selepas menerima mesej daripada kawannya Aliya, Aira dengan segera mencapai tualanya lalu ke bilik air. Dia kemudian bersiap untuk keluar berjumpa dengan Aliya setelah mendapat keizinan daripada ibunya.
..........
"Aliya! Sori late. Lama kau tunggu?"
-soal Aira kepada Aliya yang menunggunya."Takde lah baru je. Aku pon baru sampai tadi." - balas Aliya
Mereka sekarang berada di Taman Titiwangsa. Setelah rancak berbual, mereka membuat keputusan untuk bersiar-siar di sekitar taman.
"Kakak kau macam mana? Masih dengan perangai dia?" -tanya Aliya yang memecahkan kesunyian. Terdengar keluhan kecil di mulut Aira apabila rakannya bertanya tentang Syafini iaitu kakaknya.
"Macam tu laa dia. Jujur aku cakap weyh aku rindukan dia yang dulu. Dia yang sekarang memang buat aku kecewa. Mabuk sana sini. Pening kepala aku."
"Habis tu? Mak kau tak buat tindakan ke?" -tanya banyak laa minah senget ni.😑
"Macam² dia dah buat. Nasihat pon tak masuk kepala otak. Tetap de–––eh! Apani lepas laa!! Awak ni sapa?!"- belum sempat Aira menghabiskan ayatnya, dia tersentak dek kerana seorang lelaki yang tiba² merentap tangannya. Dengan pantas dia meleraikan tangannya daripada genggaman lelaki tersebut.
" Erin..Erin..kau ingat kau boleh lari dari aku ke hah?! Kat sini eh kau selama ni! Lepas apa kau buat dekat aku, kau ingat aku lepaskan kau macam tu je?! Hah?! Jawab?!" -kata lelaki tersebut kasar kepada Aira yang terpinga-pinga.
"Maaf. Awak ni sapa hah?! And by the way saya bukan Erin. Saya tak kenal awak dan mustahil saya buat sesuatu dekat awak dulu sampai awak nak marah2 macam ni."
"Eh kau jangan buat² tak kenal aku laa. Oops lupa pulak. Makin cantik kau sekarang ni. That's why kau dikategorikan perempuan murahan!"
Pangg!
Lelaki tersebut terkelu. Tidak sangka perempuan yang disangkakan Erin di hadapannya itu telah menamparnya.
Aira semakin cuak apabila melihat muka menahan amarah lelaki itu. Jelas kelihatan uratnya menaik.
Harap muka ja hensem tapi akal cetek.huh!"Awak jangan nak tuduh saya sesuka hati awak eh! Saya bukan perempuan murahan. Saya masih ada maruah diri. Dan saya rasa awak ni dah gila agaknya. Jom Aliya. Kita balik daripada bertekak dengan dia ni." -kata Aira lalu menarik tangan Aliya sambil menjeling ke arah lelaki itu. Dan mereka pon pergi.
YOU ARE READING
Penjara Terindah
RomanceMulai sekarang ni tempat kau! kau jangan sesekali nak cuba keluar dari rumah ni! orang² aku sentiasa perhatikan kau! kau faham?! - Akhyar Asyhafi Waaa takutnye sayaaa...(sambil tayang muka cool) - Aira Farisha Ishh kau ni! kau tunggulah nasib kau...