Part 5

309 5 0
                                    

Lelaki tersebut mengeluarkan seutas loket daripada poket seluar jeansnya. Loket yang berbentuk hati itu dibuka lalu ditunjukkan kepada aku. Terasa bagai satu hentakan besar yang menimpa aku ketika ini apabila melihat gambar kakak aku Airin Syafini di dalam loket tersebut. Rupa-rupanya, Erin yang dimaksudkan oleh lelaki itu ialah kakak aku sendiri, Airin Syafini.

"Kau nampak tu? Loket ini lah yang kau hadiahkan kat aku. Tu gambar kau terpampang dalam tu."-kata lelaki tersebut.

Dia ni memang betul² silap orang.-monolog aku dalam hati. Takkan nak cakap depan² pulak. Naya aku kang.

" Asal kau diam? Takut?(tersenyum sinis). Well Airin. Buat masa ni kau dalam tangan aku. Aku akan seksa kau hidup²."

Hishh. Tak boleh jadi ni. Tapi takkan aku nak mengaku yang aku bukan Erin. Nanti dia akan cari kakak aku pulak. Tak silap arwah kakak aku dia kerja kan. Takpa aku akan menyerah demi kakak.

"Ok. Saya setuju. Terserah laa awak nak seksa saya pon kalau itu yang dapat puaskan hati awak."- balasku tenang.

" kalau kau tak setuju pon aku tetap seksa kau jugak."- Katanya sambil memintal loket itu.

Aduh sakit tangan aku. Kalau ya pon tak payah laa ikat ketat sangat. Alaa solat pon belum lagi nih. Ahah! Apa kata aku mintak dekat dia.

"Awak. Boleh tak kalau awak buka ikatan ni. Sakit tangan saya awak. Boleh laa awak...lagi satu saya belum solat lagi. Boleh tak nak pinjam bilik kosong kejap?"- kataku sambil menayangkan muka aku yang paling comel ini. Erkk

"Kau? Solat? Hahahahaha. Setahu aku waktu kau dengan aku dulu tak pernah pulak sentuh pasal bab² agama nih. Merepek ah kau ni."-fuh terasa hati cek..

" Manusia boleh berubah awak. Makhluk Allah semua sempurna. Tak ada seorang pon yang terlepas daripada melakukan kesilapan. Allah sentiasa memaafkan hambanya." Balasku sambil memberi senyuman yang paling manis.

Aku melihat dia seperti berfikir sejenak lalu berjalan ke arah aku. Apahal pulak dah.

"Nasib mood aku baik harini."- dia duduk bercangkung di belakang aku lalu membuka ikatan tanganku. Tanpa aku sedari bibir ku mengukir satu senyuman.

"Terima kasih awak."- kataku sambil tersenyum manis. Tetapi kasih Ku itu tidak dibalas olehnya. Huhuhu..

Dia menarik tangan ku lalu berjalan ke pintu keluar.

" Eh? Awak nak bawak saya pergi mana ni?"- langkah kami terhenti dan dia pusing menghadap aku lalu berkata...

"Tadi kau cakap nak solat kan?"

Aku mengangguk

"Nak pergi laa ni."- wahhh..dia tunaikan permintaan aku la. Melting kejap. Ahakss

Aku tersenyum lalu menarik lengannya dan kami berjalan keluar. Berlapik okeh.

__________________

Mulutku terlopong luas apabila kami tiba di sebuah rumah banglo tiga tingkat ini. Macam istana nouh. Kelihatan beberapa orang lelaki muda berbadan tegap sedang berdiri megah di hadapan pagar rumah banglo tersebut. Bodyguard maybe.

"Mulut kau tu tak boleh nak luas lagi ke?"- aku yang tersedar akan sindiran itu pantas menekup mulut dengan tangan. Lelaki itu hanya menggeleng. Ahah ! Cakap pasal dia, apa nama dia eh? Baik aku tanya.

" Awak. Nama awak apa eh?"- dia yang berjalan mengdahului aku berhenti tiba² dan memusingkan badannya terhadap aku. Ishh dia ni nasib baik tak terlanggar.

"Eh soalan bodoh apa yang kau tanya nih?" -aik? Tanya nama pon soalan bodoh ka?

"Bodoh apanya nama ja pon."

"Kau dah couple dengan aku nak dekat 3 tahun takkan cepat sangat kau lupa nama aku? Oopss lupa kau kan dah bersundal dengan jantan lain memang tak ah nak ingat nama aku."

Sabar Aira sabar. Kau ingat yang kau tu cuma nak selamatkan kak Airin ja.

"Alaa cepatlaa bagitahu."-aku menggoncangkan lengannya. Berlapik yer.

" haih kau ni. AKHYAR ASYHAFI BIN MOHD RADIN. Puas kau?!"

"Hehe macam tu laa."-kataku sambil tersenyum manis.

" Awak. Kita nak buat apa dekat sini? Rumah sapa ni?"

"Ni rumah aku. Parents aku tak ada dekat sini. Ni rumah kedua yang aku kasi kau. Entah² rumah yang satu lagi pon kau dah lupa dah."- eh means aku kena tinggal sini? Alaa ibu Aira nak balikkkk.. Hmm rumah satu lagi? Jadi kak Airin selalu pergi rumah dia?

" Dah jom masuk. Sampai bila nak tercegat dekat luar ni."- aku mengangguk lalu membontoti langkahnya ke dalam rumah. Lidah aku kelu untuk berkata-kata ketika ini. Dekorasi di dalam rumah banglo tiga tingkat ini sangat cantik berbanding di luar.

"Bilik kau dekat bawah dekat dengan dapur. Kau jangan ingat kau duduk rumah ni boleh goyang kaki je eh. Aku tak pernah upah maid dalam rumah ni so kau yang jadi maid aku. Kau faham?"

"Faham awak."- apalah nasib. Relax..demi kakak.

" awak. Saya takda pakaian laa. Macam mana ni.."

"Kau siap cepat kita beli baju kau."

Alahai prince charming.

"Ok awak. Thanks. Saya lambat sikit eh nak solat dulu."-tanpa menunggu balasan daripadanya aku terus berlari ke dalam bilik.

'Hishh budak ni'-gumam akhyar

Penjara TerindahWhere stories live. Discover now