Author POV
"Awak cepat laa awak..ishh lambat laa awak jalan."- ujar Aira sambil menarik lengan baju Akhyar. Terselah keterujaan di wajah gadis itu.
" Ishh kau ni boleh sabar tak! Tak lari ke mana pon mall ni!"- menggeleng kepala Akhyar melihat gadis yang disangkanya Erin itu berubah perangai seperti budak² sekelip mata. Walaupun hatinya terusik sedikit dengan kecomelan gadis tersebut, namun dia segera tersedar dengan niatnya untuk membalas dendam.
"Memang laa tak lari masalahnya awak tu yang lambat sangat."
"Menjawab²! Aku cili mulut tu kang."
"Fikir aku takut sangat ke'-gumam Aira perlahan tapi masih boleh didengari oleh Akhyar.
" Kau cakap apa tadi? Kau ulang balik."-Akhyar mendekatkan wajahnya ke wajah Aira.
'Fuh relax Aira. Cool.. '
"Hehe takda apa."- ujar Aira sambil tersengeh.
Akhyar tidak membalas sebaliknya berjalan masuk ke dalam mall meninggalkan Aira di belakang.
" Eh awak! Tunggulah saya!"-teriak Aira lalu berlari mendapatkan Akhyar yang jauh meninggalkannya.
_______________
"Akhyar? Cantik tak baju dengan shawl ni?"- soal Aira sambil memusingkan badannya ke kiri dan kanan. Akhyar yang khusyuk melayan iPhone mengangkat kepala memandang Aira.
Tidak semena-mena iPhone yang dipegang terlepas daripada pegangan.(jatuh atas riba ja noh)
Dia terkaku, terkelu, terkedu, dan segala ter yang seangkatan dengannya. Adakah di depan matanya sekarang adalah bidadari yang dihantar oleh Allah kepadanya. Memang tidak boleh dinafikan bahawa Aira kelihatan cantik dan menawan dengan jubah yang dipakainya.
Aira yang perasan soalannya tidak dijawab memandang Akhyar di hadapannya. ' eh mamat ni. Aku tanya boleh pulak dia tengok aku macam nak telan.'
" Awak?"
Sepi
"Awak?"
Sepi
"Akhyar?!"
"Hah? Apa?"-Akhyar yang terdengar namanya diseru lantas kembali ke alam realiti. (Lel)
" Awak dengar tak saya tanya apa tadi?"-soal Aira tak puas hati.
"Kau tanya apa?"-soalan yang keluar daripada mulut Akhyar nembuatkan Aira mendengus kasar.
" hishh. Takda apalah."- bidas Aira lalu menjeling lelaki di hadapannya itu.
"Eleh. Jeling² aku cungkil biji mata tu padan muka. Dah kau pergi tukar baju. Lepas tu ambil duit ni pergi bayar." -arah Akhyar lalu menghulurkan kad kreditnya kepada Aira.
"Betul ke ni awak? Awak belanja saya baju ni?"-Mata Aira bersinar-sinar sambil merenung anak mata Akhyar.
"Sebelum aku tukar fikiran baik kau pergi sekarang."
"Eh jangan². Ok saya pergi tukar. Thanks awak."-balas Aira sambil tersenyum manis. Tanpa menunggu balasan Aira memecut laju ke dalam bilik persalinan.
______________
Setelah memarkirkan kereta di hadapan rumahnya, Akhyar menoleh ke arah tempat penumpang di sebelahnya. Jantung Akhyar mula memain rentak apabila melihat Aira yang tidur nyenyak itu. Dia merasakan bahawa gadis di hadapannya bukan Erin yang dia kenal dahulu.
" Hoi! Bangun! Sedap eh kau buat tahik mata. Aku penat drive kau membuta ja." - ujar Akhyar kasar seraya menggoncangkan bahu Aira dengan kasar.
"Emph? Dah sampai? Huarghh bestnya tidur."- Aira bangun apabila terasa bahunya digoncang. Sambil memisat matanya, dia menguap kecil membuatkan Akhyar tersenyum. Bayangkan lelaki yang panas baran dan dingin ni first time senyum sebab perempuan nouh.
" kau turun sekarang! Takkan nak duduk dalam kereta nih!"-sergah Akhyar membuatkan Aira tersedar. Dia mengangkat barang-barang yang dibeli lalu keluar daripada perut kereta.
Aira hanya memerhati Akhyar yang membuka pintu rumah. 'Hishh pelik la aku dengan mamat nih. Tadi bukan main cakap nak seksa bagai lah. Ni siap bagi aku bilik mewah, beli baju bagai apa cita. '
"Hoi! Kau berangan apa lagi tu! Masuk laa! Aku biar kau mereput kat luar tu baru kau tahu!"-aira yang terperanjat akan sergahan itu meluru masuk ke rumah. Memang takla nak duduk kat luar tu.
" Mulai sekarang ni tempat kau! Kau jangan cuba² nak lari dari sini! Orang aku sentiasa perhatikan kau! Kau faham?!"-soal Akhyar kasar sambil menuding jari ke arah Aira.
"Waaa takutnya saya..(sambil tayang muka comel)"
"Hishh kau ni! Jaga laa kau nanti."
"Huarghh saya ngantuk laa boss. Saya masuk dulu eh. Nak tidur. Bye² goodnight. Assalmualaikum." -balas aira selamba sambil membuat flying kiss ke arah Akhyar. Tanpa menunggu balasan, kakinya pantas mengatur langkah ke dalam bilik.
Akhyar terpana melihat aksi comel gadis itu. Perlahan-perlahan mulutnya mengulum senyuman.
YOU ARE READING
Penjara Terindah
Storie d'amoreMulai sekarang ni tempat kau! kau jangan sesekali nak cuba keluar dari rumah ni! orang² aku sentiasa perhatikan kau! kau faham?! - Akhyar Asyhafi Waaa takutnye sayaaa...(sambil tayang muka cool) - Aira Farisha Ishh kau ni! kau tunggulah nasib kau...