Aira POVApahal mamat tu? Tak pasal² nak tengking aku. Erin la tipu la apa la. Ah lantak la dia. Serabut otak aku.
"Woi!"-sergah Aliya tiba² membuatkan aku tersentak sedikit. Hishh minah ni kang ada yang makan selipar aku ni kang.
" Kau pehal main sergah² hah? Nak mati awal?" -bidas aku kembali.
"Wowowo relax. Yang kau tu dah kenapa tak balik² lagi. Hari dah nak malam ni." - aduh! Aku menepuk dahiku. Macam mana lah boleh lupa pulak nak balik lepas hantar minah senget ni balik rumah.
"Yelah aku nak balik la ni. Saja nak melepak sini."- alasan apakah ini ....
" Ke kau ingat pasal mamat kat Taman tadi? Jangan² dah jatuh cinta kat mamat tu." - terkekek-kekek dia ketawakan aku. Minah ni memang mintak kaki.
"Kau mulut jaga sikit eh. Kang tak pasal² aku bagi kaki kang. Kau ingat aku nak sangat dengan dia. Tak pasal² nak maki aku. Gila ke apa."
"Yelah². Aku gurau je. Tu pon nak ambil serious."
"Hm yelah. Aku balik dulu. Nak malam dah ni."
"Ok. Bawak kereta tu elok²."
"Ye."- sejurus kemudian, kereta ku meluncur laju meninggalkan perkarangan rumah Aliya.
____________________
" Assalmualaikum. Ibu! Ay––—"
Pang
"Nak jadi apa dengan kau ni hah! Ayah dah berbuih mulut larang kau jangan minum. Kau degil jugak! Balik lewat malam entah ke mana! Dengan siapa kau keluar hah?!" - aku terkaku sebaik sahaja membuka pintu rumah dan terlihat tangan ayah yang selamat mendarat di pipi mulus Kak Syafini. Dia terjelopok jatuh ke atas lantai. Mungkin akibat tamparan yang terlalu kuat.
"Suka hatilah Airin nak buat apa pon. Selama ni ada ke ayah dan Ibu peduli pasal Airin. Ada ke? Sejak Aira lahir semua ambil kisah pasal Aira. Bila Airin mintak sesuatu dekat ayah, semua alasan ayah bagi. Tapi bila Aira mintak mudah sangat ayah nak bagi. Ayah dengan Ibu sama ja." - aku mati kata. Begitu jugak Ibu dan ayah. Rupanya apa yang terpendam oleh kak Syafini akhirnya terluah juga. Sampai macam tu sekali dia menahan rasa.
"Apa Airin cakap ni. Ayah dan Ibu tak pernah abaikan Airin. Kami sayangkan Airin dan Aira sama rata. Airin anak Ibu dan ayah. Jangan macam ni ya sayang."- Ibu cuba untuk menenangkan kak Syafini. Kakak hanya diam tidak berkutik. Hehe lupa nak bagitahu sebenarnya nama kakak aku Airin Syafini. Aku lebih suka panggil kak Syafini. Entahla kenapa.
" Ah! Alasan. Sudahlah. Airin nak naik. Airin penat."
"Kamu jangan kurang ajar Airin. Airin..Airin!"- kakak terus meluru ke bilik. Panggilan ayah dihiraukannya. Ayah mula rasa bengang dengan sikap kakak yang menjadi-jadi itu.
" Sudahlah bang. Biarlah dia. Nanti baik lah tu. -Ibu mengusap belakang ayah perlahan untuk menenangkan amarah ayah yang memuncak. Silap hari bulan meletup rumah ni. Haha joke².
"Hah Aira. Yang kamu tercegat dekat pintu tu kenapa. Hish budak ni."-tegur Ibu kepadaku yang masih terkaku di pintu rumah.
"Err..Ibu, ayah. Aira baru balik tadi. Baru lepas hantar Aliya balik rumah."
"Hm yelah.."
"Ayah. Ayah janganla cakap macam tu dekat kakak. Aira yakin dia akan berubah suatu hari nanti. Makin kita paksa makin dia degil. Kita doakan yang terbaik untuk kakak eh."
"Entah lah. Ayah malas dah nak fikir. Ayah nak naik solat."
Aku hanya mengangguk tanda mengiyakan. Aku hanya melihat figura ayah yang makin hilang dari ruang tamu.
________________________
Author POV
Seperti biasa, Aira menaiki teksi ke sekolah. Dia memang peramah orangnya, ceria dan selalu tersenyum.
Sampai sahaja di pintu pagar sekolah, dia menyapa Adib iaitu ketua pengawas sekolah. Nasib Aira baik hari ini kerana tidak akan dimarahi oleh Adib. Sebab apa? Sebab lambat datang sekolah laa.
"Awal datang harini."-tegur Adib yang bunyinya seolah-olah berbau sindiran.
"Ada masalah dengan awak ke? Haih orang datang lambat salah awal pon salah. Habistu baik tak payah datang terus."- bidas Aira kembali.
"Eleh. Itu pon nak ambil serious." - Aira hanya membalas dengan jelingan lalu meninggalkan Adib di pintu pagar sekolah itu sendirian.
________________
Pada pagi itu, sesi persekolahan di mulakan dengan kelas sejarah. Aira yang sedang sibuk termenung tidak sedar bahawa gurunya sedang merenungnya tajam.
Pap!
Aira tersentak daripada lamunannya apabila menyedari sesuatu yang menghempap mejanya. Dia terkejut apabila cikgu rosna betul² di hadapannya sambil memandang tajam.
"Aira! Kamu dengar tak apa yang saya cakap dekat depan tadi?!"-soal Cikgu Rosna kasar serious.
"Ttaa...tak Cikgu."-balas Aira tergagap-gagap.
" Habistu yang kamu sibuk termenung jauh tu dah kenapa. Sibuk ingat nak kahwin huh?"- Aira seraya mengangkat mukanya memandang Cikgu rosna. Dia terasa mukanya membahang menahan malu apatah lagi kedengaran gelak ketawa rakan-rakannya yang meletus. Aira hanya membalas soalan itu dengan gelengan.
"Hish kamu ni!sebagai denda saya nak kamu buat pembentangan esok kat depan mengenai Bab 5. Faham!?"
"Baik Cikgu."- Cikgu rosna kemudiannya kembali ke hadapan kelas dan menyambung topiknya yang tergendala tadi.
_________________
Aira POV
Balik lambat pulak laa aku harini. Letih laa macam ni. Nak kena pergi library pulak cari bahan present esok.
Sedang aku melangkah kaki ke library, aku terasa ada yang memerhati aku. Aku melajukan langkah ke perpustakaan.
Ah! Perasaan aku je tu. Lantak lah.
YOU ARE READING
Penjara Terindah
RomanceMulai sekarang ni tempat kau! kau jangan sesekali nak cuba keluar dari rumah ni! orang² aku sentiasa perhatikan kau! kau faham?! - Akhyar Asyhafi Waaa takutnye sayaaa...(sambil tayang muka cool) - Aira Farisha Ishh kau ni! kau tunggulah nasib kau...