Aduh! Ramai laa pulak orang dalam library ni. Apasal harini tiba² je ramai orang eh. Ah lupa pulak esok exam menengah rendah. Patutlah ramai.
Di satu sudut perpustakaan itu, aku ternampak satu meja kosong. Dengan pantas aku melangkah kaki ke meja tersebut. Apabila punggung ku hampir mencecah kerusi, muncul lah seorang hamba Allah yang sentiasa menyakitkan hati dan anggota² badan aku yang lain. Muhd Adib bin Rosli. Dia ni sehari kalau tak cari pasal dengan aku memang tak sah.
"Awak ni dah kenapa hah? Ni tempat duduk saya. Awam pergilah duduk kat tempat tempat lain."-bentak aku kasar ingin mempertahankan tempat duduk kesayangan. Acewahh
" Kau tengok muka aku ni..."-aku merenung mukanya. Tkde apa² pon. Dia nak suruh aku sepak muka dia ke? Kalau betul bukan setakat sepak. Penumbuk aku boleh bagi.
"..kau nampak macam muka aku ni kesah ke?". Watda dia kena kan aku. Wahai hati mohon tabah.
" Eh mana aci. Saya yang datang dulu. Penat tau saya cari. Lagipon saya ada pembentangan nak kena siapkan. Yang awak tu pon satu. Entah dari mana pon datang tiba² je ada kat sini. Spy tak bergaji ke apa."-haa tengok sepatah kau kata melantun-lantun aku balas. Well. Its me Aira.
"Ish minah ni kang aku tampar baru tahu."- eleh nak tampar aku. Ingat aku takut sangat ke.
" Mulut murai tak padan dengan form 5."- what?!! Mulut murai dia kata aku. Hish mamat kerek ni memang mintak mati awal.
"Erghh! Suka hati awak lah. Nah nak duduk sangat kan. Duduk la! Tak payah bangun sampai bila². Bye! Assalmualaikum."- kalau bertekak dengan mat kerek ni sampai esok tak siap jugak lah kerja aku. Aku mencapai barang² ku kemudian berlalu keluar dari perpustakaan tersebut.
Baik aku balik rumah dulu. Buat je lah kat rumah. Internet kan ada. Eh? Mana pulak kereta aku? Mata ku meliar mencari kereta myvi kecil cutie aku. Tapi tk jumpa. Huhuhu
Aku menepuk dahi setelah terfikirkan sesuatu. Bodohla kau ni Aira. Kau datang dengan teksi takkan balik dengan myvi. Haihh. Hehe student macam aku ni harus dicontohi. Walaupun form 5 tapi dah cekap bawak kereta. Lesen langsung tak ada maaa.. Buat macam mana dah minat aku.
Kalau macam ni terpaksa laa tunggu teksi. Lagipon dah lewat ni. Aku berjalan keluar dari kawasan sekolah lalu menuju ke tempat menunggu bas di hujung jalan sana. Tak jauh tak dekat. Beshe² je.
Sedang aku menunggu teksi datang, sebuah kereta BMW berwarna hitam berhenti betul² di hadapan aku. Ah sudah. Apa pulak laa kali ni. Seorang lelaki berkaca mata hitam menghampiri ku. Dia membuka kaca matanya. Wow. Handsome jugak laa. Macam bodyguard orang je. Tengok pakaian pon dah tahu. What!? Bodyguard?! Mungkin orang upahan penculik. Oh no....ibu! Tolong Aira😭
"Excuse me. Boleh tak saya nak pinjam telefon awak sekejap? Phone saya habis bateri."- nak pinjam apanya cik abang oi. Takkan tak tahu budak sekolah tak boleh bawak phone.
" Bukan saya taknak bagi. Tapi saya student. Student tak boleh bawak telefon ke sekolah. Maaf ye encik.".
"Ouh ok. Tak pe. Saya pon boleh terlupa yang student tak boleh bawak phone. By the way, awak nak ke mana ni? Tak balik rumah ke? Dah lewat ni."- mamat ni semacam je aku tengok. Bukan aku tak nampak mata dia asyik pandang aku atas bawah.
" Nak balik lah ni. Tapi tulah. Teksi tak sampai² lagi dari tadi."
"Kalau macam tu jomlah saya hantar awak balik."
"Eh takpe² saya boleh balik sendiri."
"Bahaya ni sorang² kat sini. Jomlah saya hantar."- masalahnye aku tengok kau pon macam kau ni memang dah bahaya cik abang oi.
" jom je lah." - dia menarik tangan ku. Aku tersentak lalu dengan segera menarik semula tangan ku dari genggamannya. Malangnya tenaga ku tidak dapat menandingi tenaga kaum Adam.
Aku merasakan mulut ku ditekup dengan sehelai kain kecil. Aku lali dengan bau yang kuat daripada kain tersebut dan pandangan ku semakin lama semakin gelap.
___________________
"Woi! Bangun! Membuta je kerja kau."- aku dekat mana ni? Kenapa ramai sangat orang dekat sini? Kenapa tangan aku diikat dekat kerusi? Wait..what?! Ya Allah dugaan apakah ini? Aku diculik. Tubir mata ku sudah dibanjiri air. Bila² sahaja dapat menitiskan air mata.
" Apa korang nak hah?! Korang semua ni sapa?! Apa salah aku sampai korang nak culik aku?!"- terhambur juga tangisan yang aku tahan sejak tadi. Dasar lelaki-lelaki tak sedar diri.
Selesai aku habis berkata, rambutku direntap daripada belakang oleh seorang lelaki. Handsome jugak la. Putih ala² mat saleh. Tinggi. Taste aku ni. Tapi malangnya bengis. Huhuhu apa laa nasib.
Author- sedar laa sikit kau tu kena culik😑
"Woi perempuan! Kau ingat aku bodoh sangat ke hah?! Aku takkan senang² lepaskan kau setelah apa yang kau buat kat aku dulu!"- apa semua ni? Apa yang aku buat sampai diorang sanggup culik aku? Aku kenal dia pon tak.
" Apa yang saya buat? Saya tak pernah kenal awak."- soalku sambil ditemani air mata.
Rentapan pada rambutku semakin kuat. Kedengaran dengusan kasar yang dikeluarkan oleh lelaki itu.
"Kau tak kenal aku Erin?! Ke kau buat² tak kenal? (Sambil senyum sinis). Muka ni lah yang kau tampar masa kat taman haritu. Berani naik tangan dah kat aku. By the way cantik kau sekarang Erin. Berapa ramai jantan dah yang kau layan dan kikis duit diorang hah?!"
Mamat ni nasib baik je tangan aku kena ikat. Kalau tak dah lama pipi kau tu bertukar warna. Eh? Aku rasa tadi dia ada sebut Erin dan tampar dan what? Taman?! Lah mamat gila ni ke.
Memang layak pon makan penampar aku. Ada ke patut cakap aku ni pmpuan murah."Awak rupanya..For your information, saya tak pernah keluar dengan mana² lelaki. Apatah lagi nak kikis duit diorang. Memang takla. One more thing saya nak ingatkan awak yang saya bukan Aira!"- sedikit tinggi aku bersuara kepadanya.
" kau fikir aku buta ke perempuan! Nak aku bawak cermin untuk kau baru kau kenal yang kau tu Erin!"
"I said no! Saya bukan Erin! Nama penuh saya Aira Farisha bt Mukhriz."
Lelaki yang berada di hadapan aku tersentak dengan pengakuan aku tadi. Nak sangat kan. Aku dah kata aku bukan Erin dia pandai² je tuduh aku.
"Ah! Aku tak prcaya! Yang penting memang kau curang belakang aku! Nak bukti? Kau tunggu sekejap."- ya Allah hamba Allah sorang ni..tak pham bahasa ke hah? Nk aku cakap siam baru nak faham kot.
Lelaki itu mengeluarkan phonenya lalu menunjukkan 'bukti' yang 'aku' curang belakang dia.
And guys what?!!....
YOU ARE READING
Penjara Terindah
RomansaMulai sekarang ni tempat kau! kau jangan sesekali nak cuba keluar dari rumah ni! orang² aku sentiasa perhatikan kau! kau faham?! - Akhyar Asyhafi Waaa takutnye sayaaa...(sambil tayang muka cool) - Aira Farisha Ishh kau ni! kau tunggulah nasib kau...