"Weh! Kau okay ke?"
Aku perlahan lahan membuka mata.Perkara pertama aku nampak ialah sekumpulan orang berkurumun disekeliling aku.Macam aku ni nak mati.
Dan baru aku ingat..
Ibu.
Ibu macam mana? Dah keluar.
Lantas aku bangun terduduk 90° dari katil dan pandang sekeliling macam orang tak tentu arah.
"Weh dia dah sedar ni"
"Emm..err"
"Awak?"
Aku memandang si dia yang memanggil.Muka kosong aku beri.Banyak persoalan sedang bermain di minda aku.
Aku kat mana?Dorang ni siapa?Macam mana aku boleh kat sini?Apa dah jadi?Ibu?Ibu dah siap ke?
"Awak okay tak ni?"
Aku membiarkan persoalannya berlalu begitu sahaja.Dan aku tahu semua mata sedang memandang aku macam nak telan aku je.
Aku bangun dan berlari keluar dari kawasan tersebut mencari
Mencari ibu.
"Weh,korang?Dia nak kemana tu?"
"Manalah aku tahu kot.Aku bukannya bapak dia,"dengus seorang lelaki berpakaian putih dengan sepasang seluar maroon dikenakan lagi dengan blazer black maroon.
"Weh kalau cakap tu tak leh ke elok2"
Dia hanya menjeling.
Aku?
Pengsan semula dihadapan pintu keluar.
×_×
Mataku dicelik.Aku memandang seluruh kawasan ini dan mataku tertangkap pada sekumpulan orang yang sedang memandang aku.
Aku mengurut kepalaku perlahan dan bangun dari tempat baringku.
"Emm,"
Belum sempat aku nak berkata,dah ada yang lebih pantas berkata."Kau!Tak yah nak keluar berlari macam tu je kalau nak menyusahkan orang je kerja!"
Aku hanya mendiamkan diri.Terkejut mungkin sebab diherdik oleh orang yang tak dikenali.
"Kau ni kan cakap elok2 kan boleh je..Tak yah lah nak tengking2 budak ni"
Aku memandang seorang wanita yang sedang menegur lelaki tadi.
"Hai,aku Sofea Manisah.Panggil je aku Fea,"kata seorang wanita yang tingginya lebih kurang aku tapi dia amat cantik.Paras wajahnya dilengkapi dengan sepasang mata dark blue dan hidung yang mancung.
Aku hanya menunduk.
"Awak dah okay ke?,"tanyanya lagi.
"Hah?" Aku menayangkan muka kosong campur keliru.
Dia hanya ketawa kecil.
"Awak okay tak? Ni tadi awak dah sedar pastu tetiba je lari lepas sebut ibu pastu tup tap belum keluar dah pengsan semula,"katanya.
Jari telunjukku dihalakan ke muka aku sendiri dan seolah2 berkata
"Aku buat macam tu ke tadi?"
YOU ARE READING
Destiny
Teen Fiction"Mak kau dah mati! Jadi kau dah tak berguna kat aku!" "Kau aku nak jual!" "Tapi ayah...." "Dasar anak buang" "Wehhh korang kita ada tong sampah lah kat sini!" "You don't deserve here,dog!" "Kau ni memang bohsia eh?" *** "Dah...sudahlah tu," dia men...