Mangsa

34 4 0
                                    

Mi laksa aku vakumkan ke dalam perut slurpp huu  best lah kau tekak.Ice lemon tea aku kacau dengan straw dan hirup sambil tangan kanan aku ambil pudding guna garfu.

Nikmat tak terhingga.Aku tengok team aku ni memang diam habis dapat makanan.

Best best je aku layan emosi makan sekarang ni tiba2 pula ntah malaun mana yang kacau suasana makan aku sekarang ni.

Splashh..

"woii! You ni takde mata ke ha?"

"Saya ke awak yang takde mata.Awak tak nampak ke dua pasang mata yang cantik bersinar2 ni kat depan, huh?"

"Ehh kau ni kan! Ada gak yang makan  penampar aku ni"

"Sorry not sorry, tapi aku sanggup berlapar dari makan tangan haram macam kau ni!"

Aku sengetkan kepala disebelah kanan meja dan nampak sekumpulan perempuan sedang bergaduh.Gaduh apa pun aku tak tahu.Yang aku tau sekarang ni dorang tengah ganggu ketenteraman aku nak makan.

Suara suara sumbang disebelah aku tak pedulikan dan sambung makan laksa.Suasana bising di kafeteria tu aku tak hiraukan dah asalkan aku habis makanan cepat lepastu blah dari sini...malas nak layan drama melayu kat sini.

Tak lama kemudian aku terdengar bunyi orang menjerit kesakitan betul2 di tepi aku.Team aku memang terlopong ternganga habis tengok scene tak berbayar tu.Hana yang nampak aku sedang berura ura ingin bangun dari tempat duduk menahan aku.

"Qai,sabar," bisiknya perlahan sambil menggelengkan kepalanya.

Aku hanya senyum dan berkata semuanya akan okay tanpa suara.

Aku bangun dan menolong perempuan yang  jatuh ditolak mungkin di tepi meja aku.Wana pun tolong aku sekali.Kami mengangkatnya dan meletakkan di tempat duduk aku tadi.

"Kau okay?"  tanya aku.

Dia tersenyum dan mengangguk. "Lupa aku dah ke, Qaiza?"

Qaiza? Satu orang je yang panggil aku macam tu dan dah sekian lama nama tu aku tak dengar disebut.

"Izzah?"

Bunyi tepukan kemudian kedengaran dari belakang aku.Ya, sekarang aku sedang membelakang kawasan scene tadi.

"Wow! Hasya Izzah. Long time no see,but how come you get so weak eh after only that small push? Oh lupa pula nak kasitau yang you ni sakit rupanya kan..tak lama OKU lah ni" katanya dan gelak gedik di penghujung ayat diikuti geng gediksnya.

"And tak sangka sekolah ni upah geng heroin yang teramatlah kerek kat sini," sambungnya lagi dan aku amat pasti ayat tu ditujukan dengan team aku.

Aku lantas berdiri dan berjalan perlahan ke arah geng gedik tadi.Aku silangkan tangan di badan dan merenung tajam kearah satu perempuan yang aku rasa ketua kot.

Aku scan perempuan dari atas ke bawah beberapa kali.Body okay..ada shape yang tentunya semua lelaki nak,skirt maroon atas lutut dan teramatlah pendek..sekolah ni takde peraturan ke?,baju putih dan melekap dibadan dan basah.Basah?

Basah?

How come? Aku belum bertindak lagi kot.Baru je nak jadi hero.

Aku tengok Izzah berdiri disebelah dengan memegang satu gelas tinggi yang berisi ice lemon tea.Macam mana aku tau?

Well, deria bau aku sangat kuat kalau pasal makanan.Tapi kenapa air tu macam familiar eh?

Aku pusing belakang dan nampak gelas ice lemon tea aku dah takde.Okay, now I get it.

Baru je aku nak buka mulut,Izzah duluan menyampuk.

"Hey,perempuan murahan!Kau kalau nak hina orang tu biar betul sikit faktanya dan kau bukannya sesiapa nak hina orang OKU.Kalau kau jadi OKU dan orang hina kau, apa kau rasa? Lemon? Macam air yang aku tuang dikepala kau ni,huh?Dan kau kalau kacau kawan aku lagi siap kau!"  marah Izzah.Dia menarik tangan aku dan berlalu keluar dari kafe tu.Team aku yang lain pun mengekori aku.

Aku hanya membontoti langkahnya.Kemudian dia berhenti dan menoleh belakang.

"Oh yes, aku lupa.Satu lagi kalau nak rasa kaki orang lemah ni sila buat lagi ye," sambungnya sambil menuding dirinya sendiri.

Kemudian kami keluar jauh dari kawasan tu and of course suara pekikan dan meroyan dari perempuan yang dilabel murahan oleh Izzah dan gediks oleh aku.

But

Still

Sekarang ni aku keliru dan amatlah keliru, kenapa aku rasa diri ini macam mangsa

Dan

Apa point aku merenung dia atas bawah tadi tu. Arhh my eyes sudah berlaku zina.

Tbc.

 DestinyWhere stories live. Discover now