"Kau memang bini jahanam!Tak guna! Tak kenang budi! Jantan mana pula yang kau cuba nak tidur ni?! Berapa banyak jantan dah kau cuba goda sebenarnya,perempuan lahanat?!!," segala kata2 maki hamun dikeluarkan sambil memukul isterinya dengan kayu golf.
"Jangan ingat kau boleh terlepas dari aku ingat tu,"ditariknya rambut isterinya hingga meraung2 isteri tersebut,diseret ke dalam sebuah bilik dan dikunci dari luar.
Isterinya hanya mampu merintih kesakitan,meminta ihsan dari sang suami yang cemburu buta.
Si suami tidak menghiraukan rintihan tersebut malahan dibalasnya lagi dengan kata2 makian dan tuduhan yang kuat. Dia duduk diruang tamu dengan beberapa botol kencing syaitan.
10 malam
Aku memulas tombol pintu perlahan2 takut terbangun kedua2 ibubapaku. Aku masuk melintasi ruang tamu dan terlihat bapaku dengan rutin hariannya.
Aku biarkan dan terus mencari ibu perlahan2.
Aku terdengar suara esakan yang amat lemah dari stor lama. Aku memulas tombol pintu tersebut namun telah dikunci.
Aku berlari ke bilikku dan ambil tukul dan diketuk tombol pintu stor.Aku menendang pintu setelah tombol berjaya rosak.
"YA ALLAH! ASTAGHFIRULLAHALAZIM,IBU!!!,'aku terpana terkejut lalu cepat2 menekup mulutku.
Ku lihat darah yang mengalir d hujung bibir ibuku.Muka bengkak2 serta kesan lebam pada badan ibuku lalu aku keluar melihat ayahku masih tidur.Aku cepat2 menarik ibu keluar dari bilik itu dan merangkul bahunya dengan perlahan agar tak kedengaran oleh sang durjana di ruang tamu.
Aku membawanya keluar rumah walaupun banyak kali jatuh aku tetap berusaha membawa ibu ke hospital berdekatan.
Ayahku?😏 Tunggu lihat arwah baru lah nak meroyan bagai. Tak berperikemanusiaan.Ayah tak guna!
Aku berusaha menahan teksi diluar.Entah ada atau tiada tengah2 malam begini.
Dengan hujan yang turun.
Tangan ibu aku letakkan dibahuku dan dibawa berjalan hingga ke simpang dekat security guard.
Memang terkejut beruk pak guard tu tengok kita orang berdua lantas diambil keretanya dan menyuruh kita orang masuk.
Aku membuka pintu kereta belakang dan meletakkan ibuku yang separuh sedar kedalam dengan bantuan pak guard tadi.
Pecut habis pak guard tu bawa kereta ke hospital,nasib je tak jem.
Aku kat belakang tak habis2 baca doa beristighfar agar ibu selamat.Dah kering air mata aku ni dibuatnya.
"Sabar ehh nak kita nak sampai dah ni"
Aku hanya mampu mengangguk dan bersyukur kerana masih ada yang hendak menolong.
...
Setibanya kami di Hospital Besar Johor aku cepat2 memanggil nurse yang ada.
Beberapa nurse datang ke kereta tadi dan mengangkat ibuku ke atas stretcher.
Aku berlari mengikut nurse tersebut kearah lif kecemasan.
Kakiku memang dah tak tentu arah dan berharap kami sempat sampai.
Doktor pun tengah berusaha menyediakan cpr ke atas ibuku.
Aku menyandar ke dinding lif .
"Sorry,"aku menunduk 30° kearah wanita yang aku tertolak tadi.
Dia hanya senyum.
Ting
Tingkat 6.
Nurse2 menolak ibuku kedalam bilik pembedahan dan aku mengiringi mereka sambil memberikan kekuatan dengan ibuku.
Ibuku dibawa masuk kedalam bilik pembedahan dan disedia untuk dibedah.
Aku pula terpaksa menunggu diluar kerana tak dibenarkan masuk walaupun aku berkeras hendak ikut sekali.
Akhirnya aku akur terduduk di depan pintu.
2 jam kemudian
"Dik,dik bangun dik rehat kat kerusi ehh"
"Jangan tidur kat atas lantai ni"
Aku membuka mata.
Perkara pertama aku nampak ialah pintu kaca yang amat besar dengan tulisan dilarang masuk.
Aku kat mana?
Kemudian aku nampak pak guard disebelah.
Kenapa pakcik ni ada kat sini?
Dan baru aku sedar aku kat hospital.
Menunggu ibuku yang sedang bertarung nyawa.
Ibu?
Ibu dah siap ke?
Aku memandang pintu kecemasan.
"Ibu."
"Ibu!"
"IBUU!!!!"
Tbc.
![](https://img.wattpad.com/cover/114445850-288-k327512.jpg)
YOU ARE READING
Destiny
Teen Fiction"Mak kau dah mati! Jadi kau dah tak berguna kat aku!" "Kau aku nak jual!" "Tapi ayah...." "Dasar anak buang" "Wehhh korang kita ada tong sampah lah kat sini!" "You don't deserve here,dog!" "Kau ni memang bohsia eh?" *** "Dah...sudahlah tu," dia men...