Rommate

35 3 0
                                    


Selepas diberi taklimat ringkas perlawanan besok pagi oleh Miss Chen aku merebahkan diri diatas katil.Wahh...nikmat lepas berhempas pulas di gelanggang.

Jam dimeja aku pandang sekilas.

9.00 p.m.

Patutlah mata ni rasa berat dengan penat main lagi tadi.Baru sahaja aku ingin melelapkan mata, mak tiri dah mula membebel.Aku menutup kedua dua belah telinga dengan tapak tangan kecik aku ni sebelum melelapkan mata semula.Tapi badan ni rasa disebat sebat je dan aku bergolek golek di atas katil sebab kena geletek oleh mak tiri.

Okay

Memperkenalkan yang berbahagia Puan Sri official Mak Tiri Qaizabelle Dhania,Nur Farhana Nawa.Dengan tuala melilit rambut dan diletakkan diatas kepala,seluar londeh dibawah, muka putih habis sedang bercekak pinggang dihadapan aku.

Dan paling aku menyampah

Baju favourite dia

Mickey mouse

Takpe lagi

Warna NEON!

Kau fikir kau lampu jalan?!

"Woii! Hanana..takde baju lain ke? Sakit dowh mata aku ni..ni kalau tutup lampu pun tetap binasa mata aku tau," sindir aku sambil tangan tutup mata.

"Kau jangan nak mengata baby fav baju aku ehh"

"Dah tak reti nak cuci kaki,cuci muka tu ke Qaizabelle Dhania? Takkan tu pun nak diingatkan.Kau mengigau aku biarkan je ehh..aku pimpin lagi kau keluar terus dari bilik ni," muka ketat dia kasi kat aku.

"Yelah Mak tiri, saya Cinderella Qaizabelle nak cuci kaki la ni," kedua dua tapak tangan aku rapatkan dan buat gaya sawadee.

"Jangan membazir air tu!" jeritnya sambil menepek krim di muka.

"Yelah!" jeritan aku balas.

Pencuci muka Safi Balqis Oxywhite aku picit dan mencuci muka.Sokong local products okay.Ni pun dah berseri2 muka aku tau.Aku mengurut perlahan muka aku mengeluarkan sebum yang terkumpul, minyak dimuka.Kemudian paip air aku buka dan membilas muka aku sambil tepuk 2 kedua dua pipi gebu aku.

"Comel juga aku ye" aku puji diri sendiri sambil melapkan dengan kain pink yang memang tersangkut dalam tu.

Berus gigi aku ambil dan picit colgate macam kacang pea dan berus gigi aku yang putih berseri ni.Aku kumur2 mulut dan ambil wudhu sebelum masuk tidur.

Aku keluar dari bilik air dan terus melompat diatas katil.

Asrama kitaorang ada 4 blok yang mana setiap bilik dilengkapi dengan bilik air,balkoni,4 single bed,4 meja belajar dan 4 almari pakaian.Ada tempat seterika sendiri.Memang serba lengkap.Rumah teres untuk warden dan rumah untuk tetamu.Dewan makan, dewan kuliah untuk ceramah or pendidikan waktu malam serta tempat berkumpul, library kecil dan taman sekitarnya.Kawasan asrama ni memang sangat cantik,bersih dan terjaga well,girls kan? Gaya ala2 vintage dan banyak culture dicampurkan.

Malas lah nak cakap pasal asrama.Nantilah eh.

Aku baring melentang sambil melihat siling. Badan aku golek baring menghadap katil sebelah "Sya,apalah kau orang belajar tadi?"

"Macam dalam jadual la"

"Korang masuk bab baru dah ke?"

"Makcik oii,yang laju sangat tu awak ehh," aku tengok Hana yang menyampuk perbualan aku dan Syazana.

Syazana pun sokong juga si Hana ni.

"Tapi tadi tak ramai pun cikgu masuk kelas," sambung Sya.

"Ramai guru terlibat dengan projek ntah aku pun tak tau"

 DestinyWhere stories live. Discover now