Lamunan

43 4 0
                                    

"Okay good job my girls! Esok final and I hope so you semua buat yang terbaik," ujar Miss Chen.

Aku hanya melemparkan sebuah senyuman dari tempat duduk aku dan mencari headphone didalam beg sukan aku.Headphone aku letak di kepala dan pasang lagu kegemaran terkini aku, DNA dari Bangtan Boys.

Well, I'm a little bit fanatic of korea hahahha

Kawan kawan aku yang lain ada yang tidur sebab terlalu penat dan ada juga yang bercerita pasal budak lelaki yang dorang baru jumpa di Flister High School.

Yelah sekolah kita orang kan Pristin Girls High School.Kau rasa ada lelaki? Dari cikgu sampailah ke security guard semuanya perempuan.Jadi tak mustahil kalau kita orang tak pakai tudung time sekolah atau pakai skirt pendek bawah lutut ye, still ada peraturan okay. Semua pelajar tak risau sebab di hadapan pintu pagar terpampang papan tanda

Mens not allowed

Kalau ada hal pun akan dimaklumlah.Tu sebab kita orang suka ke sekolah lain sebab boleh bertemu dengan jodoh.hahaha

Dan

Sekarang ni kami berada didalam bas khas sekolah dan sedang menuju pulang semula keasrama.

Ya,kami semua tinggal asrama.Bukan apa senang nak latihan dan buat perjumpaan tapi memang semua pelajar PGHS bermula tingkatan 2 diwajibkan tinggal asrama.Takdelah alasan ponteng latihan sekolah berlaku sebab memang akan dicari sehingga kelubang cacing.Asrama pun tak jauh dari sekolah, belakang sekolah ada gate masuk ha situlah.Sekolah kita orang amatlah besar.First time masuk sesat kot.

Pandanganku dilemparkan diluar tingkap.Aku suka duduk ditepi tingkap tengok pemandangan dan kereta lalu lalang .Perjalanan sekolah kita orang dengan Flister tak jauh pun sebenarnya 20 minit sampailah tapi sebab jem dan traffic light bagai apatah lagi sekarang nak maghrib semua orang habis kerja so dari 20 minit ke 50 minit.

Sedang aku melayan lagu dikepala sambil menyanyi kecil aku teringat waktu aku di bilik kesihatan tadi.

Tak sangka otak aku ni teringat semula kisah 6 tahun lalu yang sangat  memberi kesan mendalam dengan aku.

×_×

Flashback 6 tahun lalu.

Qaizabelle Dhania
10 tahun

Aku menangis teruk time tu.Tanganku seolah olah tak mahu lepaskan tangan ibuku.Semakin deras air mataku melimpah,semakin erat pegangan tanganku.Aku menangis sekuat hatinya, meluahkan segala yang terkandung,tersimpan didalam hati.

Dan itulah kali pertama aku menangis dikhalayak ramai, didepan orang yang ibuku pun tak pernah nampak aku nangis dihadapannya.

"Qai,Qai..sudahlah tu ya...kau tak kesian dekat ibu kau ni..Allah lebih sayangkan dia.Yang hidup pasti akan mati," Ayish memujukku.

Dan itulah satu satunya kawan baik aku memerangkap jiran aku yang aku kenal dari kecil lagi, Airish Saphia.

Dia mengusap kepalaku,memeluk aku dan lembut tangannya melepaskan pegangan jariku dari tangan ibuku.

"Ayish,aku tak boleh tahan.Aku rasa bersalah sangat.Aku..aku tak boleh tahan," teresak esak aku bercakap sambil dipeluk olehnya.

"Qai..dah lah tu..aku tak sanggup tengok kau macam ni, sakit tau aku ni Walaupun aku tak boleh rasa kesakitan macam yang kau alami selama ni..tapi hati aku pedih tengok kau macam ni..tengok ibu macam ni..," pujuknya sambil mengusap perlahan kepala aku.

Aku memang dah terkulai dilantai, lemah. Satu perkataan yang amat menggambarkan diriku waktu tu.

"Aku takkan halang kau menangis,sebab aku memang nak kau nangis kuat macam ni.Kau nangislah semana mana kau nak,sepuas mana kau nak,luahkan segalanya...even aku tahu kau merupakan kakak aku yang paling kuat dan kau paling benci orang nampak diri kau lemah, nampak kau menangis tapi biarlah untuk harini je..aku nak kau luahkan segala isi hati kau yang dah lama kau pendamkan.kau tau kan sakit pendam lama2 ..sekurang kurangnya sakit kau berkurangan," katanya sambil menegakkan badanku dan tersenyum dengan aku.Kemudian memeluk aku semula dan kami berdua nangis sama sama.

 DestinyWhere stories live. Discover now