AkuIsterinya

7.1K 143 1
                                    

Sambungan dari part 30

#AkuIsterinya
#part31
#By,StacyEmely

      Kutahan rasa pedih didalam hatiku,dan berusaha untuk tersenyum didepannya.
Adriana mengandung itulah yang terbit dari bibirnya.Isteri kedua suamiku membuktikan yang suamiku bukan mandul ...dan sekaligus menyangkal sangkaan ku dan mama.

Manik manik jernih membasahi pipiku..kesal dan rasa bersalah bercampur aduk didalam hatiku dan menyebabkan satu rasa yang amat menyeksakan aku.

Aku menyesal kerana menuruti kata kata mama dan membiar diriku dinoda lelaki lain yang bukan suamiku.Bukan sekali mahupun dua tapi berkali,malahan aku sendiri datang tanpa ditemani mama.
Lagakku tak ubah seorang pelacur,membuat temujanji dan datang sendiri ke hotel.Semua itu kulakukan demi untuk mendapatkan anak dan kepuasan yang aku tak bisa dapat dari suamiku,alvin.
Dua tahun ,aku tertekan dengan pemintaan dari semua pihak dan menyalahi aku kerana belum berhasil memberikan alvin seorang anak.

Dan mama menyarankan ini untukku,mendapatkan benih dari lelaki lain dan menyuarakan yang Alvin itu sebenarnya mandul.
Pernah juga kusuarakan untuk mengambil anak angkat tapi mama ternyata tidak bersetuju.
Mengandung dan meng -angkat satu perkataan dan maksud yang berbeza sama sekali.Tanpa berbincang dengan alvin,aku bersetuju dengan mama dan terjerebak dengan hubungan terlarang.
Cuma caraku berbeza,kerana aku yang memberi upah untuk servis yang diberikan.Dan salah satu yang menjadi pak urutku adalah seorang pemuda baya aku,seorang duda kematian isteri....servisnya cukup membuatku kepuasan berganda dan aku seringkali menempah dia untuk sesi seterusnya.

Setelah aku disahkan hamil,aku suda tidak menemui dia lagi.Dan jujur kukatakan aku suda pandai membandingkan layanan diatas katil diantara alvin dan duda itu.Dan aku akui,aku itu  mendambakan lelaki seperti si duda.

Alvin ternyata gembira bila mendapat tahu akan kehamilanku dan melihatkan dia aku berasa bersalah,dan ingin berterus terang saja namun mama tidak membenarkan aku.

Kali terakhir kulihat dia adalah semasa aku disorong ke bilik pembedahan semasa saat melahirkan.

Lamunanku terhenti,bila alvin kulihat menyimpan segala barang barangnya kedalam kotak dan semua pakaiannya sudapun disusun kemas didalam bagasi.
Lelaki itu akan meninggalkan aku...
Tiada kata dapat kuucapkan,suamiku telah membuat keputusan.

Dan diari adik  kulihat diletaknya didalam kotak barangan peribadinya.Sekali lagi dia memandang aku,membelai rambutku untuk terakhir kalinya.

Dan tanpa ku sedar ,aku menangis dan tak ingin untuk berpisah dengannya.Dia suami terbaik pernah ku ada dan kesilapanku membuat aku kehilangan dia......

Alvin kulihat melangkah keluar dari ruang bilik tidur kami.Dan aku suda tidak berdaya untuk menghalanginya kerana aku suda tiada apa apa untuk mengikat dia . Puan Sofia yang duduk menunggu di ruang tamu terkejut bila melihat alvin membawa pergi bagasi pakaiannya menuruni anak tangga.

-" kau mahu ke mana dengan beg beg ni, Vin!!...- puan Sofia menghalang .Segera ditariknya bagasi yang dibawa menantunya.

-"jangan kau mencuba untuk meninggalkan anakku jika kau teruskan juga,buruk akibatnya!!!"- ancam puan Sofia.

-"mama mahu lakukan apa ke alvin,ma!!....aku suda penat dipermainkan malah diperbodohkan oleh kalian dan walaupun aku tahu aku tetap melayan kalian dengan baik.Sekarang aku mahu pergi ,ma....sudah tiada apa apa yang membahagiakan aku dirumah ini....semua yang ada hanya kepalsuan,pembohongan dan palsu."- jelas alvin menarik beg nya dari ditahan mertuanya.

-" jangan kau cuba vin!!,aku tahu si ad ,budak sial tu memepengaruh fikiran kau dengan kata kata manisnya....sedarlah sebelum terlambat,belinda itu isteri kau yang sah dan dia perlukan kau sekarang ..waktu sakitnya dan  detik terakhirnya bersama kita!!"- ucap puan Sofia.

Aku Isterinya- CompleteWhere stories live. Discover now