Aku Isterinya

6.9K 139 8
                                    

#AkuIsterinya
#part19


Puan Sofia*

( suara hati)

Suda tiada orang lainkah yang kau pilih menjadi babu anak kau ,bell...tetap juga kau berkeras mahu si adik menjaganya.Kau lupakah yang adik tu kekasih suami kau si alvin dan anak perempuan kepda kekasih papa kau!!..
Jika bukan ini pemintaan terakhir kau,suda tentu mama menghalau tu anak dari rumah .Benci sungguh aku melihatnya...wajahnya serupa mirip mamanya.
Andai kau tahu bell,mama cukup tertekan bila kau menyuarakan itu dan menyuruh suamimu memprristerikan adik.
Isteri apa kau ni ,bell,....menyuruh suami berkahwin dengan orang lain inikan pula dengan adik angkat kau sendiri!!!.
Kau tahu bukan ....adik tu bekas kekasih suami kau!!!.

Mama tahu kau takut tak akan ada orang menjaga anakmu ,sandra.Malahan sepeninggalan mu nanti suamimu akan mengantikan mu dengan orang lain dan mengabaikan anakmu.
Bell.....semua itu takkan terjadi seperti yang mama pernah beritahu kau dulu..suamimu takkan mengabaikan dan meninggalkan sandra kerana anak kecil itu anakmu .Malahan mama pasti penyakit yang kau hidapi ini dapat disembuhkan dan kau akan menjalani kehidupanmu semula bersama keluarga kau.

Kau cukup degil dan tetap dengan keputusan gila kau tu hingga suami kau sendiri pernah berkata dengan mama ......kenapa tidak suruh saja dia mati dari menurut semua kehendak mu.
Syg.......
Mama tahu kau sangat mencintai suamimu dan di masa yang sama menyayangi adik angkatmu ,Adriana Debbie.
Namun pernah kau terfikir tentang hati kau yang tersepit antara keduanya?.
Mama sengaja memadan kan kau dan alvin sungguhpun mama tahu Adriana dan alvin saling menyintai.
Mama hasut keluarganya alvin dan memburuk burukan adik semata mata ingin kau hidup senang.Malahan mama sanggup me- reka cerita yang adik seorang pelacur dan sering mengikut ramai teman lelaki ke rumah untuk ditiduri.

Mama sengaja lakukan ini bell,kerana mama takut suatu hari nanti papa akan tahu rahsia mama dan kebenaran tentang siapa kau selama ini dan bersiap sedia sebelum dia membuang kita dari hidupnya jika rahsia ini terbongkar.

SOFIA*.

Aku menghela nafas panjang terlalu banyak perkara yang harus aku selesaikan.Terlalu sulit untukku menerangkan kerana hidupku penuh dengan rahsia tersembunyi.
Aku datang dari keluarga petani.Dan mempunyai seorang rakan rapat yang sering membantuku disaat aku susah dan memerlukan,namanya Suzan .
Sehabis saja tamat persekolahanku di sekolah menengah,kami ke ibukota mencari pekerjaan untuk membantu keluarga.Lahir sebagai anak sulung dari lima orang adik beradik sememangnya menjadikan aku bertanggungjawab dan ingin juga seperti orang lain membuat ahli keluarga turut senang dengan hasil titik peluh sebulan berkerja.

Di ibukota  ,sebuah bandar yang begitu sesak dan sibuk ..mencari  dan mengisi sesuatu perkerjaan yang diinginkan sememangnya sangat sukar.Demi keluarga ,kami tidak memilih sebarang perkerjaan hinggakan kami terpaksa memilih untuk perkerjaan ini ,dan akhirnya kami  diterima sebagai budak pelayan di sebuah kelab malam.

Disinilah aku mengenali Richard .Dia sangat kacak dan merupakan pengunjung tetap,lagian dia kan anak orang kaya.
Namun dia menyukai temanku( suzan) dan sering meletakan tip yang banyak untuknya.
Kerana itu,aku berasa cemburu kerana apa kurangnya aku yang lebih cantik darinya.
Richard mempunyai seorang kawan ,dan dia merupakan seorang jurugambar..itu dari penglihatanku yang mana kamera sentiasa ada bersamanya (Francis).
Keakraban mereka menyakitkan hatiku apatah lagi dia ( Suzan) kini mampu membeli apa yang dia mahu....dengan duit tip yang rich berikan.
So....kerana cemburu,iri hati dan benci ...aku mempunyai satu rancangan jahat yang akan  membuat rich jatuh ke dalam tanganku.
Aku tahu suzan just ambil tip menemankan tuan richard minum dan berkaroke namun aku tak sanggup berkongsi lelaki yang aku suka dengan  orang lain inikan teman baik sendiri.Lagian diorang suda bercinta baa itu so tak mungkin lah jika tu hubungan tidak akan berakhir di ranjang katil.
Dan sebelum suzan memberikan tubuhnya,aku akan memerangkap richard dan memaksanya menikahi aku.
Aku memasukan pil tidur ke dalam gelas minuman suzan semasa kami makan malam sebelum bersama sama berangkat untuk ke tempat kerja.Seperti yang ku jangka,suzan terus tertidur tidak sedarkan diri di atas sofa rumah sewa kami.
Yes....akhirnya aku boleh berdua tanpa diganggu oleh suzan.Aku terus ke tempat kerjaku sambil menunggu kedatangan richard.
Tepat 11.30 mlm..kalibat richard kelihatan dan seperti biasa mencari suzan.
Dan aku terus merapatinya.

Aku Isterinya- CompleteWhere stories live. Discover now