AkuIsterinya

6K 121 3
                                    

#Story-AkuIsterinya
#StacyEmely
#Part-36
#Date-15.9.2017
#Time-10pm

Kedengaran bunyi tembakan tidak jauh dari tempat nya  bersembunyi dan serta merta  ingatan akan wanita yang mengacukan pisau kearahnya  tadi.
Baru saja dia  melarikan diri dari sekumpulan lelaki yang menculik dia,tertembung pula dengan seorang wanita yang difikirkan dapat menyelamatkan dari ditangkap semula namun sangkaan nya meleset,wanita itu berdiri didepan nya sambil mengacukan pisau  dan menyuruh menanggalkan pakaian ,sepatu dan barang kemasnya.Rantai leher yang menghiasi  lehernya diragut hingga  terluka dan cincin kahwinnya di ambil secara kasar.

Setelah wanita itu merampas dan mengenakan pakaian dan barangan  hasil rampasannya,wanita tadi sepertinya mahu menerkam namun langkah terhenti bila terlihat akan keadaan nya dia dan terus berlari meninggalkan dia yang mengenakan pakaian wanita itu,sepasang baju kurung lusuh berselipar jepun.

Hari semakin gelap dan dia perlu untuk mencari tempat untuk dia bersembunyi .Dengan langkah yang perlahan kerana kepenatan ,dia akhirnya sampai di satu tempat yang diyakininya selamat untuk sementara waktu.

Lapar dan dahaga membuat dia tidak berdaya.Namun dia tetap mengagahi diri untuk melepaskan diri dan berada bersendirian di tengah hutan tebal.

Disaat ini ,dia mengharapkan agar suami ada disisinya menyelamatkan dan melindungi dia dari bahaya dan tanpa disedari bercucuran airmatanya sambil dia berdoa agar dia dan kandungannya selamat  dan berjaya menempuhi semua ini.
Bunyi tembakan tadi mengejutkan dia dan membuat kan dia ketakutan.Pasti itu dari kumpulan yang mengejarnya tadi lalu kenapa ada bunyi tembakan....

Apa wanita tadi..arrghh mana mungkin...dia suda lari dan aku tak tahu dimana...bisiknya.

Suasana semakin gelap dan sepertinya ada beberapa orang lalu didepan tempat persembunyian dia.Dan dari gayanya ..ya,itu mereka.
Seorang lelaki dari mereka yang bertubuh sasa memberikan arahan agar mereka berhenti rehat disitu dan kelihatannya dia seperti sedang menjawab panggilan telefonnya dia.

Dari perbualan nampaknya mereka diupah dan mereka baru selesai menjalankan tugas yang diberikan ke mereka .

Apakah itu menunjuk pada tembakan tadikah tapi apa??,siapa dan kenapa??...
Soalan demi soalan muncul di benaknya.

"Cik..kami suda habisi dia dan  mayatnya kami biarkan saja di tengah hutan biar menjadi makanannya harimau ...hahaha!!!..

Teman temannya yang ada disitu turut ketawa dan tawa itu sangat mengerunkan untuk didengari.Selesai saja dia menjawab panggilan ,mereka terus beredar dan berjanji untuk bertemu di satu tempat .

Hatinya kuat menyatakan mereka telah menembak pengemis tadi dan menyangka itu dia dan jika betul...wanita tadi telah membuat dia terhutang nyawa dan kematiannya patut di bela.Tapi bagaimana..dia sendiri sekarang bersendirian dan berada didalam hutan.

Berada didalam hutan dan tanpa apa apa pelindungan pastinya menjadikan dia mudah menjadi makanan binatang buas dan demi untuk terus hidup,dia harus berada di tempat tinggi dan dalam keterpaksaan dia memberanikan diri dan keadaannya memanjat pokok  yang boleh dikira agar tinggi.
Berpandu sinaran bulan terang ,akhirnya dia berjaya dan berharap agar malam berlalu dengan cepat agar dia bisa keluar dari hutan itu .
Siang datang perlahan,dia yang nyata suda tiada tenaga cuba untuk sedayanya mencari apa apa saja yang boleh dimakan .
Dan tuhan nyata sayangkan dia,di tengah hutan tebal itu ada beberapa pokok pisang dan ada diantaranya  sedang mula masak.
Sambil menangis ,dia menelan sedikit demi sedikit buah pisang yang belum masak sepenuhnya.Teringat akan nenek dan makcik Abigail yang selalu memanjakan dia dan memasak apa saja yang dia mahu.
Bahkan josh ,abang sepupunya akan mencari apa saja yang di idamkannya.
Alvin..akan menurut tapi selalu mementingkan kesihatan nya dia...

Aku Isterinya- CompleteWhere stories live. Discover now