AkuIsterinya

8K 162 0
                                    

#AkuIsterinya
#Part5

Aku serba salah.Patutkah aku melupakan kisah cinta aku dan menguburkan kebahagiaan yang bakal menanti aku untuk keluargaku.
Wajah mama,kakak belinda dan Alvin bersilih ganti terbayang di  kotak fikiranku.
Langkahku longlai meninggalkan bilik mama, terus masuk ke bilik dan mengunci pintu dari dalam.

"Dik....dik....
Bunyi ketukan di luar pintu mengejutkan aku.Aku terjaga dari tidurku dan mendapati bantalku basah .Bukan air liur agaknya.
Hidungku pula dah tersumbat dan kemerahan .Mataku bengkak akibat terlalu lama menangis.
Kak Agnes terkejut melihat keadaanku sebaik pintu kubuka dari dalam..Dan aku malas nak menceritakan semuanya biarlah kali ni dijadikan rahsia ku sendiri.

"Dik..mari makan,mama dan papa menunggu di bawah"- ajaknya sambil menarik tanganku.Sebaik saja ku dengar yang kedua orang tua angkatku menunggu di ruang makan,perut yang lapar dari tadi tiba tiba kekenyangan.

"Adik masih kenyang ,kak...."- ucapku perlahan.Kak Agnes memandang aku.Kehairanan dengan keselambaan aku ,yang tidak seperti kebiasaannya.

"Adik,ada masalah kah?... "- soalnya lembut.Aku memandangnya .Kak...kalau lah kakak berada ditempat adik sekarang apa yang akan kakak lakukan??...bisik hati kecilku menjerit.

"Tak  adalah ,kak...adik okey je ni"-sahutku menyenangkan hatinya.

"Adik jangan tipu akak lah ,dik...akak tahu adik ada masalah dan muka adik tu baru lepas menangis"- ucap kak Agnes lantang tapi lembut.

Aku yang tadi menahan nahan airmataku dan sedayanya mengawal perasaan ku,tumpas dan hilang kekuatan didepan kak agnes.Dia terus memelukku dan membawaku masuk kedalam bilik tidurku.

"Kenapa ni ,dik...si burung tiung tu membuli adik kah ni?"- tekanya sambil mencapai tisu yang ada di atas meja tulisku.
"Jangan risau,bila dia ke mari,akak ketuk kepalanya dengan senduk sup biar dia tahu yang tidak sewenangnya dia membuli kau ,dik selagi ada kakak"- sambungnya tanpa mendengar penjelasan dariku dulu.

"Kak,adik sebenarnya sedih kerana adik akan tinggal berjauhan dari kakak ,mama ,papa dan kak Berlin.Kakak pun tahukan,adik susah nak ulang alih dari sana ke rumah ni setiap hari.Penat tau...."- sahutku.

"Maksud adik??,adik nak stay luar dekat dengan kampus?"- tanyanya cuba memahami situasiku.
"Ya..."- sahutku..
Teranguk anguk kak Agnes memahami permasalahan ku,ITU sebenarnya salah satu nya namun yang satu lagi ,aku simpan kemas kemasnya didalam kotak hatiku.Bila memikirkannya ..Aku jadi lemah.
Aku tidur tanpa menyentuh apa apa makananpun.Seleraku hilang...😿.

'~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sebulan kemudian...

Kak belinda menayang nayang cincin yang ada di jari manisnya padaku.Gembira sungguh dia.Kemudiannya menarik tanganku katanya ingin mempertemukan aku dengan tunangnya.

Dengan pantas aku menarik tanganku dari tangannya,terhenti dia kehairanan memandang ku.

"Dik...kenapa ni,??"- soalnya.Aku mengelengkan kepalaku sraya menunjuk ke arah pelangan yang kebetulan datang membeli bunga .Dia kemudiannya menghampiriku.

"Kenapa Ad pergi meninggalkan rumah kita? Mama,papa dan akak sangat rindukan Ad,malah akak bertunang pun Ad tak datang.."- luah kakak Berlin.

"Maafkan Ad ,kak..Ad busy kebelakangan ni"- terangku.Sesungguhnya aku tidak menyangka akan pertemuan ini.Bahkan aku tak pernah bermimpi pun untuk bertemu dalam situasi begini.

"Busy pun ..keluarga diutamakan ,ad"-tegurnya.

Terdiam aku mendengar.Seperti menyindir aku rasanya.Namun aku cuba berlagak seperti biasa.
Disinilah aku,berkerja sambil belajar.Kedai bunga milik mama rakan sekuliahku.Setiap Kali aku dikelilingi bunga,aku lupa semua permasalahan yang menimpa aku.Dan aku juga  suda tidak lagi tinggal dirumah besar itu.

Aku Isterinya- CompleteWhere stories live. Discover now