Aku Isterinya

6.8K 146 0
                                    

#AkuIsterinya
#part11

Aku bukan perampas dan bukan juga peruntuh rumahtangga orang.Apatahlagi rumahtangga kakakku sendiri.Jadi jalan terbaik ialah move on dan memulakan kehidupan.
Inilah yang aku lakukan sekarang...dan jalan terbaik untukku.Tinggalkan semuanya yang menyakitkan dan membuka buku baru..new chapter in my life, dan bila nenek menyarankan aku  untuk menyambung pengajianku ke luar negara ,aku tanpa membantah terus bersetuju.Aku cucunya dan aku tahu nenek mahu yang terbaik untuk aku.
Aku terus beredar dari situ kerana aku tak mahu kalibatku disedari oleh mereka yang mengenali aku.
Perlahan juga keretaku bergerak melalui jalan perumahan itu,almaklumlah jalannya sempit kerana kirikanan tu jalan banyak kereta parking.
Anak mataku menangkap tu kereta si alvin yang berada didepanku dan akan  berselisih dengan keretaku.Sudah berhias tu kereta dengan renda sama bunga.
Warna purple warna pilihannya dan itu  warna kesukaan kak belinda.Bukan si alvin yang memandu ...bisik hati kecilku bila kereta tadi berselisih.Dengan berhati hati ku teruskan pemanduanku.Baru bawa kereta baa😄😄....

Entah kenapa aku ingin singgah di tepi pantai.Petang petang macam gini,best duduk atas batu sambil kaki menjuntai di dalam air laut..seronok melihat ombak yang datang menghempas tepi pantai.
Aku meletakan keretaku di tempat redup dan terus  keluar dari kereta. Tidak ramai yang datang mengunjungi pantai hari ni,almaklumlah hari jumaat.
Aku pakai saja  tu selipar jepunku berjalan di di atas pantai,kalau kasut bertumit tinggi..barangkali suda tertimbus didalam pasir ...😂😝😝.
Kurasa tu pasir dengan kakiku,seronok suda tu jari kaki meminjak pasir,dan kali ni selipar jepun ku kupegang saja.Apalagi mulalah aku melompat dan menyepak tu air masin yang datang menghempas gigi pantai.
Entah kenapa aku tiba tiba ingin membuat istana pasir...mula dah perangai gila aku, tak sah kalau tak buat istana dari pasir 😝...mula mula aku buat bentuk penyu,kemudiannya barulah istana pasir....
Entah kenapa tiba tiba kenangan semasa kecil menerpaku.Masa tu aku baru 12 tahun dan family angkatku membawaku berkelah di pantai ini.Dan disinilah tempatnya istana pasirku telah di musnahkan oleh budak nakal.
Sambil menangis, aku menjerit menghalangnya dari memijak .Namun jeritanku hanya disambut dengan gelak tawanya.
Bukan itu saja dia kasi mandi lagi sama tu pasir lagi aku...cilaka betul.Habislah rambut kerinting ku penuh dengan pasir.
Aku terdiam bila seorang budak lelaki datang dan memarahi budak tadi.Nampak nya budak nakal tadi seperti takut dan terus meninggalkan aku yang sedang menangis.Mukaku tak payah cakap lagilah kalau di kepala saja suda penuh dengan pasir.Macam zombie suda.
Budak tadi datang mendekati aku dan membersih mukaku dengan tuala kecilnya,menepuk pasir yang ada di tubuhku dan membawaku kepada keluargaku yang berada jauh dari tempat ku berada.
Apalagi bisinglah tu mulut mama melihat aku.

Sampai sekarang aku tak tahu siapa budak lelaki yang pergi menyelamatkan aku dari terus dibuli.Nama pun aku tak tanya maklumlah takut suda lihat mama bising macam ayam kena cabut ekor....sorry ma😄🙊.

"Amboi....panjangnya mengelamun....
Sapa seseorang padaku.Aku tersedar dari kenangan silamku dan menoleh ke arah nya.
Dan aku terkejut bila orang itu adalah si Alex.

"Apa yang kau buat disini?.."-tanyanya sambil mencubit pipiku.Sakit pipiku kena cubitannya.Aku mengadu kesakitan lantas kutolak dia yang kebetulan duduk mencangkung disebelah ku.
Rasakan tu....picit lagi pipi pau ni😾😾.

"Geram ba tinguk kau punya lesung pipit....semakin kau marah makin cute  haha....."- tawanya sambil melibas tu pasir yang melekat dibelakang seluar nya.
Cilaka....macam tu kah melepaskan geram..bentak hati kecilku.

"Apa kau buat disini??...."- tanyanya lagi
Sibuk betul ni budak,yang dia terpacak di sebelah aku ni dan entah datang dari maba pun aku tak tahu....

"Kau nampak aku pegang apa ni!!!!"- aku memegang gumpalan pasir...biasalah tu istana masih setengah pembinaan.Belum siap pun.

"Pasir...."- jawabnya.
"Kau tahukan aku pegang apa dan cuba kau lihat apa yang aku sedang buat.."- balasku sambil menunjuk ke arah baldi kecil timbunan pasir dan ranting kayu ku cacak sekeliling imagine sikit yang tu pagar istana pasirku. Dan ditengah da tu setengah pembinaan istana yang kubuat...tapi belum complete.
sepenuhnya.

"Macam budak budaklah kau ni Ad......kau buat sebaik mana pun runtuh juga tu istana.Samalah seperti rumah,cuba kau buat tu istana pakai simen dan batu bata...kan berbaloi...."- tawa nya.
Badigol punya kawan...mahu saja aku ketuk kepalanya dengan baldi.Kau ingat aku ni arkitek kah....aku nak bermain dengan pasir pun tak senang duduk dengan kau ni....😒😒😒

"Kau datang dengan sapa ke mari?"- soalku(Adriana).Kulihat dia trsengih.
"Dengan kaulah....."- balasnya .
Aku tunjukkan penumbukku,tanda marah.

"Kau lihat kiri kanan dan sekeliling kau,kau nampak ada orang tak dengan aku???"-
Aku mengelengkan kepala.Nah disitu dia mentertawakan aku.

"Seperti kau...aku seorangan disini"- sambungnya .Aku menjelingnya.

"Yakah...takkanlah kebetulan ,atau kau dari tadi mengekori aku kan hingga ke mari."- tekaku .

Dia kulihat terpingga pingga.Kemudiannya ketawa kecil padaku.Telatahnya ini membuat aku berasa tidak puas hati.

"Esok,kau datang kah ke gereja?"-
Aku memandangnya,hairan akan pertanyaannya.

"Kau tak tahukah esok harinya?..tu diorang bell dan si alvin"-alex mengingati aku.Aku tersenyum  dan kemudian kembali fokus dengan pembinaan istana pasirku.

"Tahu...esok diorang berkahwin kan.Tadi aku ada singgah sekejap didepan rumah tapi tak berani nak masuk...sibuk baa kulihat tu diorang  pembantu sedang menghias laman ."-aku kemudiannya berdiri melibas tu pasir yang berada di seluarku.

"Kau singgah tapi tak masuk??...kau pasti  tiada orang nampak kau kah?"- alex bertanya lagi.

"Aku berada didalam kereta...takkan diorang nampak"- balasku sambil berjalan meninggalkan alex .Alex terus berlari mendapatkan aku dan kemudiannya berjalan seiringan denganku .
Kuperhatikan dia banyak mendiamkan dirinya,mungkin dia ada masalah lain yang tengah bergelut di kepala otaknya.
Sesampai ke tempat letak kereta,aku terus pergi ke arah keretaku.Kehairanan alex memandang ku ..
"Kereta kau?"-alex.
"Ya.."- aku(Adriana).
"Patutlah kau suda tak mahu menumpang aku lagi rupanya suda ada kereta sendiri"- dia kulihat bersedih.
Entah syaitan mana masuk ke tubuhku,tanganku mencubit kuat tu bahunya.
"Takkan aku saja  perempuan  yang bersama kau didalam kereta ,hingga kau bersedih begini I!!"- tawaku.

"Adoiiii sakitlah Ad....."pekiknya sambil memegang bahunya.Kemudian membuat muka seperti mahu menangis.

"Ayoooo darling,sorry...tak sengaja"- usikku.Tersengih tu mamat mendengar aku memanggilnya begitu.

"Oklah ,lex..aku pergi dulu yea..."- sambungku lantas masuk ke dalam kereta.Dia tersenyum seraya mengangguk .Tangannya melambai ke arahku.Aku membalas lambaiannya dan dengan berhati hati aku bergerak keluar dari kawasan tempat kereta.

Jam menunjukan baru  pukul 4 petang.Ada lima jam sebelum aku berlepas ke Paris.Dan aku perlu memastikan semua keperluanku tidak ketinggalan  sebelum berangkat malam ni.
Dan seperti biasa ,nenek dan makcikku akan membantuku.Dan disini aku mengenali Brenda,salah seorang sepupuku yang juga belajar di Paris.Dengan itu, makanya tiadalah kerisauan dihatiku,sekurang kurangnya aku tidak keseorangan di negara orang.

Sesampai dirumah ,kulihat si Brenda berlari ke arah keretaku dan menjengukku dengan muka ketat.
"Debb,lama betul kau keluar,penat oo tunggu kau"- runggut tu si Brenda.Aku kehairanan sebaik saja mendengarnya.Dan sebaik saja ku hulurkan bungkusan makanan ,terus dia tersenyum,fahamlah aku maksudnya..dak kesabaran menanti bungkusan yang dipesan😜.
Bungkusan plastik berisi roti canai dan kari kambing ,berserta satay bertukar tangan .Tersenyum dia sambil menghidu hidu bungkusan tu.
Aku mengikut nya dari belakang sebaik saja ku lock keretaku  dan sesampai saja di depan pintu,aku terperasan ada kasut lelaki di situ di rak kasut.
Ada tetamu ke??.....
Aku menjenguk ke ruang tamu tapi tak ada kalibat lelaki pun,kemudiannya ke ruang dapur.
Kulihat Brenda suda meletakkan isi bungkusan tadi di atas pinggan.Dan kari kambing tadi diletakan di dalam sebiji mangkuk.

"Mana nenek dan makcik suzan?"-tanyaku kerana dari tadi kalibat mereka berdua pun tidak kelihatan.Brenda menoleh ke arahku.

"Ada di laman belakang "- sahutnya sambil membawa hidangan tadi ke arah pintu menghubungkan ke laman belakang .Aku mengikutnya dari belakang .

Kulihat ada seorang pemuda berbual bual dengan nenek.Tampak kemesraan diorang,pasti salah seorang cucu nenek barangkali.Nenek kelihatannya ceria sempat lagi ketawa bila mendengar lawak basi pemuda tadi,aku tak dapat memandang mukanya kerana ,dia membelakangi aku.

Aku segera meningalkan mereka dan berlari menaiki anak tangga meluru  ke bilikku.Bagasi pakaian yang kutinggalkan tadi di sisi anak tangga kuheret bersama.

Aku Isterinya- CompleteWhere stories live. Discover now