4

28 4 0
                                    

Shownu membuka pintu rumah Hana. Mata Shownu memandang Hana yang sedang memerhati dirinya.

"Kau pergi mana? Aku call pukul 11:30 kau datang pukul 2:46. Gila ke? Da tak tahu jalan balik rumah?" Shownu hanya memekakkan telingnya. Shownu berjalan menuju ke tangga.

"Kau nak pergi mana? Aku tak habis cakap lagi. Tak ada adab ke?" Kata Hana sinis. Shownu memandang Hana.

"Kau sedar tak perempuan yang kau tak ada adab. Bukan aku. Kau seksa kakak kau sendiri lepastu kau rampas hak orang. Sedar sikit yang kau tak ada adab. Aku ada benda nak bagitahu kau. Jeon Somi a.k.a musuh ketat kau da balik Korea. Hope kau tak tertangkap dengan dia. Ingat Hana, Somi bekerja sebagai penyiasat profesional. Bagi dia, kau macam habuk yang beterbangan. Sekali dia dapat tahu yang kau dalang semua ni, habis la kau." Shownu menaiki tangga dan menuju ke bilik Sung Young.

..

Shownu membuka pintu bilik Sung Young dengan perlahan-lahan. Dia tidak mahu Sung Young terjaga. Shownu berjalan ke arah katil Sung Young. Dia mengusap rambut Sung Young perlahan.

"Kau tak tidur lagi kan? Bangunlah. Aku ada berita gembira nak bagi tahu kau." Shownu menggoncang badan Sung Young.

"Da lama aku tak dengar berita gembira daripada kau Shownu. Aku harap berita ni ada kena mengena dengan masalah aku." Kata Sung Young sayu.

"Memang pun." Shownu tersenyum lebar. Sung Young bangun dan duduk disebelah Shownu.

"Jeon Somi da balik Korea. Aku tak bagitahu dia yang kau dekat sini tapi jangan risau, one day she will know everything." Shownu meyakinkan Sung Young. Dia yakin yang Somi pasti akan tahu tentang semua ini. Somi seorang penyiasat profesional. Bagi dia kes seperti ini terlalu senang.

"Kau macam mana? Kalau dia dapat tahu yang kau ada kena mengena dalam hal ni macam mana? Kau tak takut ke?" Banyak soalan yang ditujukan kepada Shownu. Shownu tergelak kecil.

"Aku tak kisah pun. Yang penting kau selamat dan keluar daripada neraka ni. Aku dapat rasa kesengsaraan kau dalam ni." Sung Young memeluk Shownu. Shownu tersenyum lebar. Akhirnya dia dapat membuat hati Sung Young gembira.

"Terima Kasih."

🌸🌸

Jin bangun dari katilnya dan terus ke bilik air. Hari ini tiada siapa tahu bahawa hari ini ialah hari ulang tahun Jin. Hana juga tidak tahu kecuali Sung Young. Hanya dia yang tahu. Tapi hari ini terasa sunyi kerana tiada siapa yang tahu hari istimewanya ini.

Jin membuka telefonnya dan terkejut kerana mendapat 18 panggilan tak dijawab daripada Hana.

"Kenapa Hana call banyak kali ni?" Jin menekan butang hijau di telefonnya.

"Hello Hana, kenapa call banyak kali ni? Ada apa-apa yang penting ke?" soal Jin.
"Oppa! Happy Birthday! Hana call tadi sebab nak ucap selamat hari jadi dekat oppa. Jom keluar! Memandangkan hari ni birthday oppa so hari ni Hana belanja. How?" Jin tidak tahu mahu tolak atau terima pelawaan Hana. Jika ditolak kesian pula, tapi kalau terima kemalasan Jin berganda. Aduh pening sungguh.

"Okaylah. Oppa ambil Hana dekat rumah. Siap cepat. Jangan lambat." Jin mematikan panggilan. Hana tersenyum gembira dan terus bersiap-siap.

🌸🌸

Kereta Jin meluncur laju di atas jalan raya. Cermin mata hitam yang dipakainya dibetulkan. Dia pelik macam mana Hana boleh tahu hari ini hari ulang tahunnya. Dia mengeluh. Sepatutnya tiada siapa tahu tentang hari ini kecuali Sung Young. Hanya dia yang tahu.

Kereta Jin berhenti di hadapan rumah Hana. Dia mengambil telefon bimbitnya dan menekan nombor telefon Hana.

~Dret dret~
~Dret dret~

"Kenapa dia tak angkat ni?" Jin meletakkan telefonnya di dalam kocek seluarnya dan keluar dari perut kereta.
Jin berjalan ke arah rumah Hana dan memasukinya. Perlahan lahan Jin membuka pintu rumah Hana.

"Cantik juga rumah dia." Jin menaiki tangga rumah Hana dan dia terdengar bunyi seseorang batuk dan mengeluh.

"Mana ubat aku ni?" Jin sedikit tersentak mendengar suara itu. Ya, suara Jung sung young. Suara wanita kesayangannya. Dengan perlahan-lahan Jin mendekati pintu bilik itu. Dia memulas sedikit tombol pintu itu.

"Kim Seok Jin!"

.................

Since exam da habis, so maybe saya akan kerap update. Insya Allah.. Btw jgn lupa vote and comment.. Terima kasih sebab baca.. Saya hargai..

Run 운영|K.S.J|Where stories live. Discover now