"Jadi minggu orientation dah tamat.
Tahniah kepada kamu semua. Jangan lupa minggu depan dah start kelas. Jangan malas malas"Finally minggu yang paling memenatkan tamat!
Alhamdulilah harini dah 2 minggu aku digelar pelajar Universiti.
Macam macam aktiviti kiteorang buat. Dari situ kiteorang jumpa kawan baru. Redah suka duka sesama. Dari situ juga tahu siapa kawan dan siapa lawan.
"Hai loser"
Panjang umur. Baru cakap pasal lawan. Perkenalkan yang full pink dari atas sampai bawah ni, Intan. Nama penuh tak berminat nak tahu.
"Nita kau nak makan ape?"
Aku buat tak layan dan fokus pada menu. Nita kat sebelah pun tengah rambang mata tengok makanan.
"Excuse me, i tengah cakap dengan u ni"
Ooo please siapa you ni? Bukan dia ke yang loser sebab jatuh tergolek masa main dekat pantai. Sebok kejar topi terbang bagai 😏
"Yati mihun sup jom"
Nita peluk lengan aku dan jalan kedepan disikit. Intan dah bengang bila Hayati dengan Hasnita tak layan dia langsung.
"Excuse me, boleh tepi sikit tak? Orang ramai ni nak beratur beli makanan. Kalau rasa nak jadi tugu negara boleh pegi kat tengah padang sana"
Halau Faiez dan dia berhigh-five dengan Haziq.
Amik kau setepek kena kat muka.
Intan terus pandang Faiez tajam dan jeling.
"Tak guna. I hate you so much!"
Intan beredar sambil jalan terhentak hentak dengan kasut tumit tinggi dia.
"I hate you so much too!"
Ejek Nita. Siap loncat loncat lagi.
><><><><><><><
"Lusa first class kau ape?"
"Entah tak tengok jadual lagi"
Aku capai phone kat tepi dan slide unlock. Bukak calender phone dan terpapar jadual aku untuk semester ni.
"Architecture dengan Madam Ann"
Aku tolak phone ketepi dan sambung makan.
"Nita pulak? "
"Hmmm rasanya fashion dengan Mr. Teo"
Nita kuis mi dalam mangkuk
"Nanti weekend kalau free jom keluar? Ingat nak beli barang sikit. Makanan pon dah tinggal sikit.
"Boleh jugak. Stok makanan dalam loker pun dah nak habis. Duduk bilik asyik nak makan je"
Kiteorang ketawa bila masing masing jenis yang kuat makan.
><><><><><><><
Aku joging kat Taman U ni bila bosan duduk bilik. Kak Ira ngan Kak Echa tengah study tak boleh ganggu.
Nak telefon mama la.
Tut tut..
"Assalamualaikum, mama sihat?"
Tanya aku sebaik saja talian kami dihubungkan.
"Waalaikumussalam, sihat Alhamdulilah.. Kamu dah makan?"
"Dah ma.. Mama tengah buat ape tu? Meriah je rumah"
Tanya ku bila dari telefon ni dengar suara budak kecik. Rasanya adik aku semua dah besar.
"Ni hah pak ngah kamu datang. Singgah sekejap katanya"
"Owh. Ayah dah balik?"
"Belum. Harini ayah kamu buat overtime"
"Aduh ayah tu. Tak reti berehat"
"Mananya nak berehat. Kamu pun baru masuk U. Kena la kerja lebih"
Aku senyum sendiri.
"Perniagaan mama macam mana pulak?"
"Alhamdulilah semua okay. Achik ade tolong mama lepas balik sekolah dengan hujung minggu"
Rindu nya zaman sekolah menengah dulu..
"Along kan rindu kuih ubi mama. Post la sini "
Aku buat suara manja. Dihujung talian dengar mama ketawa.
"Banyak la. Kalau mama post pakai post laju pon kuihnya dah rosak"
"Ahahaha rindunyaa kuih mama"
"Nanti kalau papa cuti mama ajak jenguk kamu ya? "
"Betul?! Okay nak kuih ngan Soto"
"Eh dah bertambah menunya"
"Alaaa mama ni"
"Ahahahah dah pukul 6 petang ni. Kamu kat mana?"
"Tengah jogging kat taman ni"
"Dah dah balik. Kang leka jogging lupa hari dah senja. Ni mama nak letak telefon dulu, hati hati kat sana. Belajar elok elok"
Aku jeling jam tangan.
"Baik ma. Okay bye kirim salam semua. Muahh!"
"Yaa waalaikumussalam. Bye "
Tit. Panggilan diputuskan
Hilang rindu hihihihi 💘
Aku berhenti dan minum air. Aku bongkok sedikit dan betulkan tali kasut.
Tengah sibuk Hayati betulkan tali kasut. Satu lelaki dengan sengaja melanggar Hayati dari belakang.
"Oww"
Aku terjerit kecil bila satu susuk badan langgar aku. Asal main langgar langgar ni?
Jalan besar kot 😤
"Buta ke?" Marah aku.
Dah langgar tak reti mintak maaf.
Aku bangun dan kebas baju aku yang dah kotor sikit akibat jatuh tadi.
><><><><><><><
Hospital Bahagia (σ≧▽≦)σ
"Betul ke adik nak buat ni?"
Tanya Atiqah risau bila tengok adiknya kemas barang selepas mandi tadi.
"Betul. Adik dah janji dengan diri sendiri. One day. Dan haritu dah tiba"
Senyum dia dan ready untuk keluar dari sini.
"Thank you for everything sis"
YOU ARE READING
Revenge
Mystery / Thriller"Just choose one.. Death or Breath?" . = Idea 💡 from my lovely friend 💕=