🔱 12

58 10 2
                                    

Kak Echa tekan call beberapa kali bila orang yang ditelefonnya tidak angkat.

"Takpe, Biar saya call doktor nya"

Prof. Maznah menjauhkan sikit diri dari kami dan mula call Doktor.

"Okay jom. Dia dah dipindahkan ke wad persendirian"

Kami hanya angguk dan mengikut langkah Prof. Maznah.

Setiba nya didepan pintu, kami ketuk pintu perlahan dan mula masuk

Aku hanya tengok arah katil dengan perasaan yang sebak.

Bilik ni terlalu sunyi. Hanya ade mesin sahaja yang menemani Sazwan.

Iaitu degupan jantungnya sendiri.

Senior Taufiq dan Kak Echa hanya tunggu diluar.

"Assalamualaikum.. Wan.. "

Ucap Nizam yang dah ambil tempat disebelah katil Sazwan.

"Alhamdulilah keadaan kau dah okay sikit. Kalau haritu.. Berselirat wayar dekat badan kau kan?"

Ujar Nizam sambil usap tangan Sazwan. Dia masih cuba kawal perasaannya.

Aku terus setia berdiri di katil Sazwan. Mendengar semua cerita yang Nizam ceritakan pada Sazwan sepanjang Sazwan tiada ni Universiti.

Sesekali kami ketawa. Prof. Maznah kata walaupun dia tidak sedarkan diri kerana koma, dia masih boleh mendengar.

"Kejap eh.. Aku beli air dekat bawah"

Nita hanya angguk. Aku keluar dari bilik dan nampak Senior Taufiq dan Kak Echa sedang bincangkan sesuatu.

Aku hanya berlalu dan mula tuju cafe hospital ni yang berada ditingkat 1

"Ye ape yang boleh saya bantu?"

Tanya pekerja disitu selepas lama melihat aku yang masih memilih minuman.

"Hmm saya nak mocha satu"

Aku berdiri dihujung kaunter dan mula ambil air yang telah siap.

"Terima kasih"

Senyum aku dan mula cari meja kosong.

Ketika mata sibuk mencari meja kosong, tiba tiba mata aku tertangkap pada seseorang yang amat aku kenali.

"Senior Rezza? Dengan.. Kak Ira kan?"
Tanpa aku sedar, jarak aku dengan meja mereka amat dekat.

"Eh kau buat ape dekat sini?"

Tanya Senior Rezza yang agak terkejut dengan kehadiran aku. Begitu jugak dengan Kak Ira.

"Oh lawat kawan. Kak Ira! Rindunya!"
Aku terus peluk Kak Ira.

Pada mulanya dia agak terkejut dengan tindakan aku. Tapi akhirnya dia membalas pelukan aku sambil ketawa.

"Ye akak pun rindu Yati jugak"

"Akak buat ape dekat sini?"

Tanya aku yang dah pun duduk sebelah dia.

"Akak jaga adik akak la"

Kata dia sambil senyum.

"Eh bukan dekat perak ke?"

Pelik aku.

"Pada mulanya dekat perak. Tapi parent akak suruh dekat sini sebab kawan ayah akak boleh tolong"

Aku hanya mengookan saje dan mula jeling telefon yang berbunyi.

"Hello? Ye kenapa?"

"Kau dekat mana? Lama nye pegi beli air. Ke sesat?"

Risau Nita yang sebelah tu turut ade Nizam. Nak dengar perbualan 😂

Revenge Where stories live. Discover now