🔱 2

99 14 2
                                    

9:45 Malam

"Arghhhh!!"

"Hantuuuu!!"

"Ibuuu Haziq nak balik!"

Pelbagai ragam budak mahasiswa dan mahasiswi bila masuk bangunan teater yang dah lama tak digunakan.

Aku dah berdiri statik sebelah Nita bila sama sama takut.

"Yati macam mana ni"

Nita atau nama penuh dia Hasnita pegang tangan aku erat.

"Nak macam mana.. Semua kena redah ni"

Keluh aku sambil jenguk budak depan. Alamak lepasni turn kiteorang 😭

"Okay next"

Kak Risya hulur tangan dan hantar kiteorang sampai pintu masuk.

"E-er kak, saya rasa macam nak pegi tandas la"

Nita buat muka. Good pegi lama sikit.

"Aduhai tahan sikit boleh tak dik?"

"Tak boleh.. Saya takut kalau saya menjerit dalam tu, terkencing saya nanti"

"Meh cepat cepat"

Risau Kak Risya dan dia heret Nita ke tandas.

Eh eh aku macam mana?

Tunggu jelah sini.

5 minute later..

"Terus belok kanan lepastu capai lampu suluh dekat atas rak. Good luck!"

"Kak?"

"Aik? Hilang dah.. "

"Kalau kite jalan cepat, keluar pun cepat. Jalan jalan"

Kiteorang jalan rapat. Aku peluk Nita kuat dan jalan ikut arahan yang senior tadi bagi.

"Rak.. Rak.. Rak.. Mana rak?"

"Rak buku ke rak kasut?"

Nita dah risau bila lampu suluh yang dicari takde.

"Haaa Nita jumpa!"

Aku on kan lampu dan suluh jalan dihadapan.

Entah kenapa rasa cam lorong ni panjang sangat.

><><><><><><><

"Eeiii hantu hodoh jangan dekat!!"

Nita lari pecut dan heret sekali aku yang dah penat nak lari. Suara dah rock bila asyik jerit dari tadi 🌚

"Hai adik manis.. Nak gula gula tak?"

Nizam dengan rambut palsunya datang mendekati Hasnita dan Hayati yang dah separuh nyawa berjuang. Acewah.

"Nita! Nita!! Belakang ni ade sekor!"

"Yaa! Jangan ganggu dia!"

Nita baling lampu suluh geram dan tepat kena kepala si hantu gula gula tu. Sekaligus suasana gelap.

"Oii! Macam mana nak keluar kalau takde lampu suluh? 〒_〒"

Revenge Where stories live. Discover now