🔱 8

62 14 3
                                    

Kting!! Kting!!

Bunyi besi berlaga membuatkan aku terus menyebut nama Nita.

"Nita?"

Aku jalan perlahan dan tengok penghadang tangga yang banyak kesan darah mengikut corak tangan.

Bunyi kuat dari pintu masuk buatkan aku dan Nizam mula toleh arah pintu.

"Eh ape korang buat dekat sini?"

Tanya Senior Rezza. Dia pandang aku dan bagi isyarat mata.

"Nak cari barang.. Ijam tertinggal petang tadi"

Ujar Nizam dan bagi isyarat mata pada Senior Taufiq.

Senior Taufiq masuk dengan Senior Rezza dan cek semua pintu masuk.

"Senior pulak? "

"Ni hah, Rezza ni kena check fakulti bagai. Padahal pak guard ade"

Bebel Senior Taufiq yang masih ligat memerhatikan sekeliling hall fakulti.

"Senior.. Ni ape?"

Tanya aku setelah pegang warna merah ditangga.

Itu bukan darah. Pelik kan 😤

Senior Rezza daki anak tangga. Hujung jarinya disapu pada permukaan merah kemudian dia menghidunya.

Ini.. Pigmen pansy merah..

Desis hati Rezza. Terkejut dia kerana bunga pansy merah jarang ditemui.

"Ini bukan darah"

Rezza gosok dihujung jarinya antara jari telunjuk dengan ibu jarinya.

"Rasanya Madam Biehoon guna ni masa kelas seni halus.."

Rezza pandang atas dan tengok tingkat dua yang gelap. Taufiq daki anak tangga laju.

"Weh Rezza"

Panggil dia.

"1191..?"

Keluar sebutan nombor itu dari mulut Nizam. Nizam renung nombor itu dan mula berkerut dahinya

"Senior.. Bukan fakulti ni start no. Bilik 1506 ke?"

Pelik Nizam. Senior Rezza turut berfikir. Betul jugak.

Dia dah 2 tahun dekat U ni. Dah hafal dah semua bilik atau kelas dalam fakulti ni.

Ting!

Lambat lagi ke?
Saya penat la dengar kawan awak ni bebel dari tadi
9:32 p.m.

Padan muka kau 😂
Tulah nak sangat culik Nita.

Buat seketika Hayati tersenyum sendiri, kerana kawan baiknya masih hidup.

"Oi. Kau ade cermin tak?"

Minta Senior Taufiq. Aku angguk dan hulur cermin dari kocek seluar aku.

Memang wajib dibawa kemana mana 😊

Senior Rezza dan Nizam hanya pandang Senior Taufiq blur, Tetiba minta cermin.

"Kalau rasa nak betul kan jambul kau. Baik takyah. Kang ade kaki melekat dekat muka kau"

Rezza pandang Taufiq menyampah bila kenal sangat Taufiq yang jenis jaga penampilan ni.

"Bukan la.. Tengok ni"

Senior Taufiq halakan cermin pada tulisan nombor tu secara terbalik.

Maka kau akan dapat pantulan nombor tu secara terbalik.

Revenge Where stories live. Discover now