🔱 5

58 13 0
                                    

Dah berapa hari ni aku tido tak lena. Aku asyik kena ganggu dengan orang yang hantar chat tu.

"Siapa yang asyik chat kamu tu?"

Tanya Kak Echa yang tengah belek resipi memandangkan dia pelajar kulinari.

"Entah la kak. Spam agaknya"

Jawab aku yang dah terbaring atas katil dan mengiring pandang Kak Echa yang duduk dekat bawah.

"Yeke spam? Cara chat dengan yati macam dah lama kenal. Yati je yang tak layan dia"

Kak Echa keluarkan salah satu resipi dia dan salin satu satu.

Western food 🍕

"Tapi saya tak kenal dia langsung. Profile picture gamba perempuan tapi saya tak cam langsung siapa dia"

Jujur aku. Memang betul. Gambar profile dia gambar orang pakai kot putih. Nampak gayanya macam doktor.

Tapi kawan aku ade ke yang dah doktor?

Semua baru 19 tahun.. Itu pun ade yang dah sibuk dengan kem PLKN.

"Assalamualaikum"

Kak Ira bukak pintu dan susun kasut dekat tepi pintu tu. Dia letak beg dan kamera atas meja study dan mula baring sebelah aku.

"Ahhhhh penatnya"

"Best tak jalan?"

Tanya aku dan bagi ruang untuk Kak Ira baring.

"Best tu best. Cuma kiteorang tak mandi la just tangkap gamba je. Oh jap akak nak tunjuk something"

Kak Ira bangun dan ambil kamera dengan laptop tadi dan letak atas katil. Aku bangun dan duduk bawah tepi katil untuk tengok hasil kerja Kak Ira.

"Wah yang ni cantik!"

Puji aku bila keluar gambar budak kecik tengah main air dengan parents diorang. Nampak neutral gambar nya.

"Ohoiii orang didalam!!"

Tak ade ribut tak ade taufan, pintu bilik ditolak kuat dan masuk satu figura kecil.

"Aip aip keluar balik. Salam mana salam?"

Kak Echa buat tangan halau kucing dan Nita tersengih macam kerang busuk.

Aishh main redah ja. Menganggu ketenteraman jiwa 😷

"Assalamualaikumwarahmatullahiwabarokatu!"

Nita keluar semula. Dia ketuk pintu dua kali dan jenguk kepala.

"Boleh Nita masuk?"

"Tidak boleh. Sila keluar semula"

Aku pandang dia dan dia jelir lidah dan masuk selamba *ayat ape ni 😂*

"Akak tengah buat ape?"

Tanya dia persis Isabelle dalam cerita Phineas and Ferb tu ~_~

"Ni hah gamba akak dekat Bangi water park. Mana cantik?"

Kak Ira slide gamba dan tunjuk semua gamba yang dia tangkap. Kak Echa dah lentok kan badan bila siap salin resipi.

"Yati jom pegi kafeteria. Akak lapar"

Ajak Kak Echa. Dia pegi loker dia dan ambil tudung. Aku pun pegi hujung katil dan capai tudung.

"Belikan air! Thank you!"

Serentak Nita dengan Kak Ira. Aku ngan Kak Echa dah pandang diorang.

"Pemalas!" Kak Echa keluar dan sempat tarik rambut Kak Ira.

"Oww!! Echa!" Kak Ira ambil bantal dan baling arah pintu.

"Duit bak duit" Minta aku dekat Nita.

"Takde.. Belanja eh?"

Aku terus keluar. Well Nita jenis yang dia akan bayar kalau mintak tolong belikan. So no problem.

><><><><><><><

Kak Echa pegi bahagian makanan dan aku pegi bahagian peti ais untuk ambil air kotak laici dengan honeydew.

Dah beli tu aku terus pegi tempat Kak Echa dan dia past kan makanan tu dekat aku.

Maka aku lah yang kena berjalan ke kaunter pembayaran (。•́︿•̀。)

"Semuanya 6 hinggit 3 kupang dik"

Makcik tu hulur plastik dan pertukaran berlaku.

Hayati jalan dan mendekati Kak Echa yang tengah berbual dengan Senior Taufiq.

Aku tertoleh ke kiri sikit bila bau minyak wangi yang aku pernah terbau sebelum ni.

Eh mana budak lelaki tadi? Bau dia fimiliar. Mana dia..? 

Ahhh tak guna.

Hayati terpinga pinga dan tak perasan yang dia diperhatikan. Orang tu tersenyum sinis.

"Miss me uh?" desis dia.

Dia bangun dan jalan sebelah Hayati tapi Hayati tak perasan.

"Nanti kalau dah salin bagi aku tau"

Kata senior Taufiq tu merangkap member kulinari Kak Echa.

"Banyak ah. Penat aku menyalin kau nak"

Kak Echa tumbuk bahu Senior Taufiq kuat dan Taufiq dah gosok bahu dia bila berbisa rasanya.

"Member kan? Alaa boleh la"

Rayu Taufiq dan dia pandang Hayati yang tercegat kat belakang Echa.

"Oi kau"

"Hah saya!" Terkejut aku bila ditegur.

Aku tak pandang muka dia bila takut. Tetiba teringat tragedi dalam bilik teater (╥_╥)

"Rahsia kite kay!"

Senior Taufiq senyum dan kenyit mata pulak dekat Kak Echa. Nak gugur jantung rasanya.

Rahsia sangat 😳

"Sharing is caring!!"

Senior Taufiq lari dan duduk dengan member dia. Oh gosh dia senyum dekat aku ahahahahah *meroyan ^o^

Revenge Where stories live. Discover now