Nenek Tak Suka

50 1 0
                                    

"Arghh susahnya nak buat benda ni" berjam jam Leman main kiub ni

"Kau kena belajarlah" kata Haikal

"Aku belajar pun tak faham"

"Sinilah aku buatkan" Haikal mengambil kiub itu dari tangan Leman dan menyiapkannya kurang dari seminit

"Ha dah siap" Haikal menyerahkan kiub itu kepada Leman semula

"Ish macam mana kau buat ni" Leman teraburkan semula kiub itu dan cuba menyelesaikan

"Dah dahla tu Leman tidur jelah dah malam sangat ni esok kena bangun pagi" Haikal menguap

"Yela yela" Leman meletakkan kiub itu di atas meja dengan keadaan tidak siap

Keesokan paginya

"Leman kau buat ke ni?" Haikal membelek kiub yang telah siap

"Eh aku ingat kau yang buat" Leman mengangkat keningnya sambil menghirup kopi

"Aku buat sekali tu jela sebelum kita tidur,berapa jam kau siapkan ni sempat pula tidur" Haikal menyindir

"Aku tak buatla" Leman rampas kiub itu sambil membelek

"Ke kau cabut pastu pasang balik?" Haikal senyum sinis ke arah Leman

"Siallah kau,aku tak main kotorla" Leman berang

Pada petang itu Leman teraburkan kiub itu semula dan berusaha menyiapkannya.

"ya Allah susahnya" Leman mengeluh setelah berjam jam tidak berjaya

"Meh la sini aku ajar" Haikal ajar tetapi Leman masih tidak tahu membuatnya

"Ish kenapa kau buat senang je" Leman membelek belek kiub yang sudah diteraburkan itu

"Memang senang" Haikal ketawa sinis

Leman mengalah terus ke bilik tidurnya

Keesokannya Haikal terkejut sekali lagi apabila kiub itu disiapkan dengan sempurna

"Leman ni kau boleh buat" kata Haikal

"Aku tak buatlah,dalam rumah ni kau je yang reti buat"

"Habistu sapa buat?"

"Mestilah kau yang buat,takyahla berlagak sangat"

"Eh aku tak buatla"

"Dahla meh sini aku nak try lagi"

Leman teraburkan kiub itu dan buat dengan tekun.Dia menggunakan semua teknik yang dipelajarinya.Beberapa jam kemudian dia berjaya menyiapkannya.

"Yes! Jadi wei!" Leman gembira sambil menunjukkan kiub itu kepada Haikal

"Ha baguslah" Haikal tidak menunjukkan minat

"Hahahaha bukan senang" Leman malam itu tidur dengan senang hati

Keesokannya , Leman terkejut apabila terdapat sebentuk cincin emas yang pelik bentuknya berada di atas kiub yang disiapkannya.

"Wei hahaha terima kasihla sebab hargai usaha aku" Leman ucap kepada Haikal

"Apa kau merepek ni?" Haikal menggaru kepalanya

"Ni kau bagikam sebab aku dapat siapkan"

"Eh mana ada,aku kerja bukan gaji besar nak bagi kau hadiah ni"

Leman bertambah pelik,oleh kerana itu Leman cuba menyiapkan kiub itu sekali lagi tetapi dia tidak berjaya dan mengalah.Akhirnya dia cuba mengelat dengan mencabut kiub itu dan memasang semula.

"Ha Haikal aku dapat siapkan lagi!" Leman menunjuk kepada Haikal

"Erm ya baguslah" kata Haikal

Esoknya Haikal hairan rakan serumahnya Leman masih belum bangun dari tidur walaupun sudah tengah hari.Haikal ingin menjenguk bilik Leman tapi berkunci.Ditelefon tidak angkat dan mengesyaki sesuatu tidak kena Haikal memecahkan pintu bilik Leman.

Darah di merata rata tempat kiub Leman yang sudah siap berada di atas katilnya dengan secebis kain yang bertulis "Jangan main tipu cu,nenek tak suka"

Ha Ha Ha!Where stories live. Discover now