Watak : Yoongi (Suga)
Pairing : Readers
________________________________________________________________________"Takdir menemukan kita"
🌞
Aku duduk termenung di tebing sungai.Bunga matahari yang berada di tangan digenggam erat.Cahaya matahari yang tidak terlalu terik membuatkan suasana menjadi nyaman.
Angin yang bertiup lembut diringi dengan kicipan burung membuatkan aku tersenyum.Hari yang indah!.Haih,malangnya aku ada kerja kena buat.Sedih betullah.
"Malas betullah nak bukak kedai hari ni" aku mengeluh.
Mata diarahkan pada aliran sungai.Sesuatu mahkluk dilihat terapung di atas air.Eh,keanehan apa yang terjadi di pagi hari ni?.
"Aik,apa benda tu?" Mata dikecilkan.
Itu bukan kepala ke?.Kalau tak silap,itu rambut.Apa benda tu?!.Mayat ke?!.OMG APA YANG AKU NAMPAK TU?!.
"Haha,aku mamai kot" kataku kepada diriku sendiri.Jantung dah berdengup macam lari 200 meter dah ni.
Lebih baik aku cabut dulu!.Cepat-cepat aku bangun.Bunga matahari di tangan dicampak ke dalam sungai.Baru sahaja aku ingin melangkah pergi,satu suara menerobos masuk ke dalam telingaku.
"Selamat tinggal dunia"
Perlahan saja bunyinya.Woi jangan main-main.Meremang bulu roma ni.
"Biarkan aku mati hari ni"
Berbunyi lagi.
"Hilangkan segala kesakitan"
Dan lagi.
"Aku dah tak kuat"
Tanpa disedari,aku menitiskan air mata.Aku kembali menghadapkan badan ku ke arah sungai.Aku lihat dia yang memejamkan mata.Itu bukan mayat,dia masih bernyawa.
Dia masih muda,tebakku.Tanpa membuang masa,aku terjun ke dalam sungai.Dia harus diselamatkan.
Aku takkan biarkan kau mati hari ni!.
Aku berenang ke arahnya dengan sedaya upaya.Arus sungai yang semakin deras aku ketepikan.Aku perlu pergi ke arahnya walau apa pun yang terjadi.Dia harus diselamatkan!.
Sikit lagi.
Tangannya yang putih itu aku tarik.Aku lihat dia yang masih lagi memejamkan mata.Sekali lagi tangannya aku tarik.
Bangunlah!.
Tiada pergerakan.
"Bangunlah!" Aku menjerit disisinya.
Akhirnya mata dia terbuka.Arus sungai yang semakin deras sedikit sebanyak menakutkan aku.Dia memandang wajahku.Kemarahan jelas terpancar di wajahnya.
"Bersyukur sikit saya selamatkan awak" tegurku.
Bila difikirkan balik.Sejak bila aku pandai berenang ni?.Kepala yang tidak gatal digaru.
Aku mana pandai berenang!.
Badanku sudah tenggelam timbul di dalam air.Tangannya aku lepaskan.Mulutku sudah seperti ikan yang terdampar di atas darat.Waduh-waduh,kenapa bengap sangat aku hari ni.
Oksigen!.Aku perlukan oksigen!.
"Tolong!" Sempat aku menjerit meminta tolong.
Sudah banyak air sungai aku yang telan.Dahlah tak sedap!.Pandangan aku mulai kabur.Aku dah tak larat.Penatnya.
YOU ARE READING
BTS IMAGINES [DC]
Fanfic『❁ BTS IMAGINES × 방탄소년단 』 ☁ Hai semua!.Buat pengetahuan kamu semua ini adalah buku ketiga saya.Imagines akan ditulis dalam Bahasa Malaysia.Mungkin ada yang one short dan mungkin juga akan ada yang ber'part' . Enjoy! ✧ CAST ✧ ✾ Kim Namjoon (Rap...