✿ Hoseok | You Deserve

2.1K 136 17
                                    

Watak: Hoseok (Jhope)

Pairing: Readers
________________________________________________________________________

You deserve...

i) You deserve flowers on your doorstep and coffee in the morning.

"Urgh,sakitnya belakang badan saya" tangan dan kaki diregangkan.

Disebabkan katil saya yang patah dua semalam (terima kasih kepada kawan baik saya,Yoongi), saya terpaksa tidur di atas lantai.

Dia tidak tahu betapa seksanya saya untuk melelapkan mata.Geramnya saya dengan dia!.

Ding Dong Ding Dong!!!

Siapa pula yang datang rumah saya pagi-pagi buta macam ini?.

"Malasnya nak bangun..." saya menguap kecil.

Saya gagahkan juga diri saya untuk bangun dan pergi melihat.Saya menuruni tangga seperti zombie yang kelaparan mencari mangsa.

Saya mengintai di sebalik tingkap.Aik?.Ada seorang lelaki comel berdiri di hadapan rumah saya sekarang ini.

"Takkan Yoongi suruh lelaki comel nii pujuk aku?.Sorry beb,aku takkan maafkan" gumam saya sendirian.

Baru sahaja saya ingin memulas tombol pintu,lelaki comel itu sudah berlalu pergi menaiki skuter yang berwarna merah jambu.Omoo,skuter dia pun comel juga.Pengsan sekejap.

Pintu rumah dibuka.Satu bunga ros hitam (?) dan satu bunga ros putih (?) serta secawan air coffee panas dari Cafe'Bermeat (Nama cafe hanya direka sekadar suka-suka.Tiada makna tersirat) menangkap perhatian saya.

"Apa kes tinggal bunga depan rumah aku nii?" Kepala yang tidak gatal saya garu.

Tanpa membuang masa,saya mengambil coffee yang panas itu.Terdapat note kecil berwarna biru tertampal di belakang coffee tersebut.

'Enjoy your coffee.Saya buat khas untuk awak ;) - Hoseok'

Hoseok?.Barista itukah?.Barista yang selalu tersenyum di hadapan kaunter kedai itu kah?

"Apa-apa pun,thanks Hoseok-ah" saya mengukirkan senyuman.

ii) You deserve notes left on your mailbox and ice cream sundaes at 3pm.

Argh!.Sudah dua hari saya terpaksa atau tanpa rela tidur di atas lantai.Saya sudah tak tahan!.

"Yoongi tak guna!.Pulangkan balik katil kesayangan aku!!!"Ye,saya sudah histeria.

Setelah penat saya menjerit mengadu nasib pada diri sendiri (Tinggal seorang diri memang susah.Apa kata kita cadangkan 'saya' bela kura-kura?), saya melompat ke atas sofa saya yang empuk.

Mungkin ada yang tertanya, 'kenapa saya tidak tidur di atas sofa?'.Sebabnya ialah saya sangat takut untuk tidur di bawah seorang diri.Otak saya ini imaginasi dia tinggi tau.

Ding Dong Ding Dong!!!

"What!.Again!" Frustnya saya dalam masa tiga hari ini.

Mula-mula lelaki comel yang bernama Hoseok datang bagi saya bunga dan coffee. Kemudian,Chae Ahjumma,jiran saya,datang memberikan sedikit cookies yang dibuatnya. Seterusnya,siapa lagi kalau bukan Yoongi datang untuk meminta maaf.

Hoseok dan Chae Ahjumma,saya boleh terima dan bermanis muka.Tidak bagi Yoongi,saya tidak boleh terima dan bermasam muka.Disebabkan dia, belakang badan saya sakit.

"Sekejap!" Saya menjerit supaya siapa pun yang berada di luar untuk menunggu.

Saya membuka pintu rumah. Namun,tiada siapa ada di hadapan rumah saya.Siapa nak bergurau pula ini!.

BTS IMAGINES [DC]Where stories live. Discover now