✿ Jin | Not Fairies nor Devil

2.3K 128 3
                                        

Watak: Jin

Pairing: Ellin
________________________________________________________________________

"Everything you touch is surely die" - Passenger
-
-
-
-
-
-
-
-

Bosannya hidup aku!.

Ellin menghentak tongkat yang diberi ketuanya.Dihadapannya terbaring mayat seorang lelaki yang baru sahaja dilanggar lori balak dari mana datang pun dia tak tahu.

Darah pekat mengalir bagaikan sungai di atas jalan raya tersebut.Orang ramai berkerumun melihat kejadian tersebut.Ada yang sibuk menelefon pihak hospital. Melaporkan tentang kejadian tersebut.

Ellin hanya memandang lelaki tersebut.Perasaan kesian sudah lama terkubur di hati hitamnya.Sekali lagi tongkat yang mempunyai kepala tengkorak itu dihentak.

Telefone lah hospital apa pun.Waktu dia dah sampai.

Mata gadis itu berubah warna.Anak mata yang dulunya berwarna coklat sudah bertukar warna hitam gelap.Roh lelaki tersebut di tarik keluar.

"Mana pulak partner aku ni?!" Sempat anak gadis itu tertinjau-tinjau (?),mencari kelibat Yun.

Tugas aku tarik je.Yun yang hantar roh tu ke tempat yang aku pun tak tahu.Mana pulaklah si kucing hitam niii!!.Bikin wa panas je.

"Woi kucing!.Baik kau keluar sekarang.Aku belasah sat gi!" Amaran pertama sudah keluar.

Sudah beberapa minit berlalu. Mata Ellin sebelah kiri sudah bertukar semula kepada warna asal manakala warna anak mata sebelah kanan masih lagi cuba ditahan daripada bertukar.

Rasa sakit mula terasa,mencucuk kepala Ellin.Itulah nasib dia, dapat pekerja lembap ya amat. Gadis itu sahaja yang mempunyai kelemahan yang besar seperti itu.Rakannya yang lain langsung tiada masalah jika mahu tunggu partnernya datang mengambil roh tersebut.

Ellin boleh dikategorikan dalam golongan lemah.Mungkin sebab itu dia dapat partner yang macam itu.Kucing yang juga lembap.Dia dan kucing itu sama-sama kasihan.

"Ellin..haa..haa..haa" tersemput-semput kucing hitam itu terbang ke arah Ellin.

Hanya sebelah sayap sahaja dapat berfungsi.Kucing yang diberi nama Yun itu nyaris sahaja jatuh terhempas ke bawah.Ye,Yun kucing yang tidak sempurna.

"Haa,sampai pun!.Aku fikir ke mana lah kau menghilang!." Tangan dicekak di pinggang. Tongkat dibiarkan terapung.

"Maaf Lin,tadi sayap aku sakit sangat.Aku dengar loceng kau,tapi aku tak boleh terbang.." terang Yun.

Ellin mengusap kepala Yun.

"Bukan salah kau lah.Nah,ambik roh dia ni.Hantar ke tempat yang kau perlu hantar.Aku tak nak dia jadi roh yang berkeliaran" roh tersebut di serahkan.

Yun membuka mulutnya dan roh itu masuk ke dalam perutnya.Selepas mengucapkan terima kasih,Yun terus terbang masuk ke satu pintu gerbang yang berwarna putih.Hanya kucing seperti Yun sahaja yang dibenarkan masuk ke dalam tempat misteri tersebut.

Yun,kau dan aku sama-sama kasihan.Kau kucing penghantar roh yang cacat,aku pula gadis lemah yang ditugaskan menarik roh seseorang manusia.

"Manusia lagi lemah dari aku.." Ellin meninggalkan tempat kejadian.Doktor sudah mengesahkan bahawa lelaki tersebut sudah meninggal dunia.

**********

"Jin-ah!"

Seokjin terjaga dari tidurnya.

BTS IMAGINES [DC]Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang