✿ Jimin | Pink Ribbon

3.1K 205 5
                                    

Watak: Jimin

Pairing: Kau (Readers)
________________________________________________________________________

"Hyung~" Jungkook memanggil.

"Hurm" balas Jimin perlahan.

"Hyung tahu kan,saya menang" ujar Jungkook lagi.Dia tersenyum lebar.

"Ye,hyung tahu.Boleh tak kita tak buat perjanjian ni?" Jimin memandang dongsaengnya dengan mata yang penuh harapan.

Jungkook memuncungkan bibirnya dan dia seolah-olah sedang berfikir. Batalkan perjanjian?.Memang tidaklah jawabnya.Jungkook bangun dan pergi ke arah almarinya.Sepasang baju maid berwarna merah jambu dikeluarkannya.

"Tapi saya dah terbeli benda ni and saya nak hyung teruskan jugak.Janji tetap janji" gaya Jimin yang tidak senang duduk membuatkan Jungkook bertambah suka.

"Terpaksalah" Jimin mengeluh perlahan dan mengambil baju maid yang berwarna merah jambu itu dari tangan Jungkook.

"Selfie cute-cute tau!" pesan Jungkook kegembiraan.

Jimin beredar dari bilik Jungkook,maknae di dalam groupnya.Baju maid yang sengaja di beli Jungkook itu akan menjatuhkan maruahnya sebagai lelaki yang gentleman.Mahu sahaja dia menitiskan air mata.Tiba-tiba pula bahunya di tepuk dan muncul muka maknaenya,sekali lagi.

"Oh,dan hyung kena pakai baju tu sambil jalan-jalan dekat taman yang berdekatan dengan dorm kita" selepas itu dia beredar ke dapur.

"What!"

"Janji tetap janji!" jerit maknaenya itu dari dapur.

"Aish" bertambah serabut lagi kepala otaknya.
____________________________________

Kau sedang sibuk memilih sesuatu di kedai hadiah yang berhampiran dengan tempat tinggal kau.Kau sebenarnya sedang mencari hadiah untuk diberikan kepada kawan baik kau.Kawan baik kau pernah bercerita kepada kau bahawa dia tidak pernah menyambut hari jadinya kerana keluarganya adalah orang susah.

Sebab itu kau ingin mengadakan parti hari lahirnya di rumah kau.Kawan baik kau mestilah tidak tahu,kejutanlah katakan.Kau masih lagi ke hulur ke hilir untuk memilih hadiah yang sesuai dan akhirnya kau berjaya juga.

Kau membelek-belek reben merah jambu yang sedang kau pegang.Reben itu nampak sesuai untuk kawan baik kau.Kau melihat harganya dan tersenyum lega.Murah dan hadiahnya nampak comel.

"Beli dualah,satu untuk aku dan satu untuk Rin" kau memilih reben yang sama dan terus ke kaunter pembayaran.

Rin lahir 20.8 dan tarikh hari ini ialah 18.8.Masih ada baki lagi dua hari. Sempat juga kau memilih barang-barang yang akan digunakan untuk menyambut hari jadinya.
____________________________________

"Semua orang pandang aku dengan pandangan yang pelik" gumam Jimin seorang diri.

Mana tidak peliknya.Seorang lelaki memakai baju seorang perempuan. Dongsaengnya,Jungkook pula sedang memerhatikan dirinya dari jauh. Sempat juga dia mengambil beberapa keping gambar Jimin yang sedang bergerak ke sana sini,tidak senang duduk.

Bolehlah aku ugut dia dengan gambar ni,Jungkook ketawa kecil.Camera Canon yang dihalakan ke arah Jimin masih lagi menjalankan kerjanya.Macam paparazzi yang pro,Jungkook masih lagi menjalankan pelannya.

"Mesti diorang akan gelakkan aku bila diorang tahu" Jimin mengenangkan hari yang paling malang dalam hidupnya.

"Awak nampak comel" suara perempuan yang menegurnya membuatkan dia berhenti memikirkan masalahnya.

Jimin memandang muka kau yang tersenyum manis melihat dirinya. Sebenarnya kau hendak pulang ke rumah tetapi apabila kau ternampak seorang lelaki yang memakai baju maid sedang duduk di atas bangku seorang diri.

Membebel dan membebel mungkin,kau beranikan diri untuk menegur.And nampaknya lelaki itu tersangatlah cute.Dengan pipi nya yang gebu itu,matanya yang sepet itu.Kau cair serta merta.

"Awak comel sangat!" kau tidak tahan.Mukanya yang comel itu membuatkan kau bertindak di luar kawalan.

Jimin terus sahaja kaku seperti batu apabila kau mencubit pipinya.Muka kau yang teruja seperti anak kecil dapat mainan membuatkan dia langsung tidak bergerak.Selepas beberapa saat melihat dirinya baru kau sedar sesuatu,ada benda yang kurang.

"Hurm,tapi saya rasa anda benda yang kurang" kau mengusap-ngusap dagu kau dan kau dah tahu apa benda yang kurang itu.

Jimin memandang kau pelik apabila kau mengeluarkan satu reben berwarna merah jambu daripada beg kertas kau.Belum sempat dia ingin bertanya kau telah pun meletakan reben merah jambu itu di kepalanya.

"Sekejap,awak tak rasa saya ni pelik ke?" Jimin menyoal hairan melihat gelagat kau.

"Pelik?.Oh ha'ah,kenapa awak pakai baju maid ni?.Promote cafe ke? " tanya kau bertubi-tubi.

"Saya kalah dalam perlawanan video game dengan dongsaeng saya dan saya kena pakai baju maid ni" penerangan Jimin itu membuatkan kau terangguk-angguk tanda memahami.

"Lepastu saya kena selfie dengan pose yang cute" sambungnya lagi.

"Kesiannya awak,tapi awak comellah dengan baju maid ni.Selfielah sekarang" kau tersenyum manis melihat wajahnya.

Jimin mengeluarkan phonennya dan kcakk!.Satu keping gambar dirinya yang memakai reben merah jambu yang sedondon dengan baju maidnya selamat di ambil.Malu yang teramat dia apabila kau menegurnya dan mengatakan yang dia itu cute.

"Nama saya __________.Nama awak apa?"

"Jimin.Reben merah jambu ni awak ambillah balik" reben merah jambu yang berada di atas kepalanya di cabut dan dihulurkan kepada kau.

"Eh,awak simpan jelah.Reben tu sesuai dengan awak.Saya nak kena gerak dulu ni.Bye!" kau bangun dan terus sahaja berlalu pergi meninggalkan Jimin yang masih lagi blur.

Simpan?,selepas itu dia menggaru-garukan kepalanya.Nampaknya hari ini tidaklah malang sangat,fikirnya sambil tersenyum gembira.
________________________________________________________________________

Mesti Jimin comel pakai reben.Huhu,teringin nak tengok.

Vote & Komen amat dihargai.사랑해 ♡   

BTS IMAGINES [DC]Where stories live. Discover now