Pendahuluan

1K 38 5
                                    

Kerna Syurga  bukan Percuma adalah sebuah buku yang  mengisahkan tentang seorang lelaki yang di dalam dirinya dijentik oleh jari hijrah tetapi tidak begitu kuat untuk menahan sakit sakit  payahnya berubah.  Ramai yang ingin berubah dan ramai yang sedang berjinak-jinak untuk berhijrah tetapi terkandas dek kutukan dan hinaan orang di sebelah.

"aku nak berubah! "
"aku nak hijrah! "
"aku akan cuba jadi lebih baik! "

Tetapi setelah dua tiga hari, mereka kembali menyarungkan kasut jahiliah, tidak tahan sakitnya apabila mula-mula berhijrah.

Sesuatu yang pelik akan menjadi pelik pada mulanya, tetapi lama-lama ianya akan menjadi biasa apabila manusia sudah lali dengan keadaannya.

"Di dalam hati setiap pendosa, pasti ada rasa nak berubah jadi lebih baik walaupun sedikit.  Percayalah"

Seorang yang kurang baik akan berubah menjadi yang terbaik. Sungguh, hijrah itu tiada titik noktah. Tetapi mampukah seseorang itu menahan keperitan sementara hijrah sebelum merasai betapa indahnya berubah?

Tiada jalan pintas ke Syurga melainkan dengan bersusah payah dahulu.

Buku ini juga menceritakan betapa hinanya seorang manusia yang menggunakan agama untuk menikmati kenikmatan dunia. Apakah dia lupa yang dunia itu adalah berstatus sementara dan akhirat itu kekal selamanya?

Juga dikisahkan betapa indahnya persahabatan yang tercipta kerana Allah SWT. Ada yang mengatakan,

"Serious, aku tak berani nak tegur  dia biat jahat. "

Apa itu definisi ukhwah bagi kita? 

Ketahuilah, syarat ukhwah itu adalah bersama-sama mengajak kearah kebaikan dan mencegah kemungkaran. Definisi sebenar-benar ukhwah itu adalah apabila kau dan sahabat-sahabat kau bersama-sama mengejar redha-Nya dan akhirnya berbaring rileks sambil makan buah delima di dalam Syurga!

Sahabat,  tak mudah nak dapat. Dah dapat?  Genggam erat!

Secara konklusinya,  buku ini menceritakan betapa susahnya seseorang lelaki dalam menghadapi berbagai-bagai hinaan dan cabaran sebelum dia betul-betul dapat diterima oleh masyarakat setelah dia berhijrah.

Apabila kita berhijrah dan kita kehilangan sesuatu yang kita rasa ianya berharga bagi kita, sedarlah sebenarnya ianya bukanlah apa-apa.

Percayalah, Allah akan gantikan dengan yang lebih baik dan lebih layak dengan kita!

"Syurga bukan percuma.  Tetapi percayalah,  orang paling miskin dalam dunia ni pun boleh beli.  Kerana harganya bukan pada harta,  tetapi  taqwa. " - Najmi Fetih.

*****************
nanti saya publish bab yang pertama. pendahuluan memang pendek so stay tuned...

Kerna Syurga Bukan PercumaWhere stories live. Discover now